Assalamualaikum dan salam sejahtera, aku telah diundang untuk berbincang dalam sidang meja bulat bersama MDeC selepas majlis MSMW 2016. Fokus utama adalah Digital DNA atau pun istilah biasa disebut sebagai membudayakan Digital kepada masyarakat Malaysia. Untuk mencapai misi tersebut kerajaan telah mengubah nama Multi Media Development Corporation (MDeC) kepada nama baru Malaysia Digital Economic Corporation (MDeC).
Aku juga dijemput ke majlis anjuran Google Malaysia yang bertemakan Google Go Digital. Misi utama adalah untuk membantu komuniti bisnis Malaysia untuk mengubah cara berbisnis daripada secara konvensional kepada cara Digital. Google Malaysia akan buat roadshow untuk mempromosi program Go Digital di Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Sayangnya majlis yang aku hadiri di Kuala Lumpur hanya dihadir beberapa orang usahawan Melayu daripada ribuan usahawan yang datang. Projek besar ini mendapat sokongan MiTi jadi sayang sangat kalau usahawan Melayu menyampingkan budaya bisnis digital ini. Aku juga pernah dijemput untuk satu majlis yang di pejabat Google Malaysia yang juga membentangkan perancangan pemasaran Digital Malaysia.
Antara fakta-fakta penting tahun 2016 yang aku boleh kongsikan adalah :
- Lebih kurang 25 juta rakyat online
- 15 juta rakyat Malaysia menggunakan smartphone
- 92% rakyat Malaysia mencari informasi di Google
- 18 juta rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook
- 1 daripada 3 orang yang menggunakan Google search akan membuat belian secara online
- Hanya 1 syarikat daripada 4 yang ada website
- Hanya 1 daripada 10 syarikat menggunakan pemasaran sosial media
Ramai kekawan berniaga nak berjaya tetapi tidak ramai yang sanggup keluar duit untuk melabur belajar ILMU bisnis yang pelbagai. Mungkin ini salah satu sebab kejayaan bisnis kita tidak boleh dikekalkan. Sebagaimana teknologi yang berubah pantas begitu juga budaya bisnis sebenarnya bergerak sangat pantas sehingga ramai yg tertinggal dan ada yang tak ambil kisah. Hujungnya merungut tewas dalam bisnis dan ramai yg lansung serek nak berbisnis.
Lihat saja perubahan dalam dunia pemasaran digital ada pelanggan yang suka melihat gambar cantik di FB, ada pelanggan yg fokus mencari informasi di Google, ada pelanggan yang menggunakan hashtag di twitter, ada pelanggan malas membaca lebih suka tonton video di Youtube, tu belum lagi yg suka pinterest, path, linkedin, tumblr, foursquare dan dari survey paling banyak sale terhasil dari review blog.
Adakah kita sebagai usahawan kisah semua ni atau fokus hanya pada satu kaedah pemasaran sahaja??
Usahawan yg kisah semua kaedah tulah yang kita panggil usahawan Digital yg akan kekal lama dalam industri. Tu belum lagi cerita kisah trend produk dan service yg sentiasa berubah.
Kami team Denaihati Network pun sedang belajar dan nak mengajar utk jadi usahawan Digital. Kepada rakan blogger, usahawan online dan usahawan konvesional yang berminat untuk belajar kaedah pemasaran Digital murah kami menyediakan pakej khas berharga RM4900 dibimbing oleh guru-guru yang pakar dalam bidang mereka antaranya Sifu Eizil (Blog & SEO), Aqif Azizan ( Copy Writing & eBook), Denaihati (Branding dan Video Youtube) dan Firdaus Azizi ( FB dan Instagram ads). Kepada yang berminat sila hubungi kami kerana kelas pertama hanya terbuka untuk 20 pelajar sahaja.
120 Comments
memang ramai tak gunakan peluang yang terhidang ni..
sememangnya ada ruang untuk jadi usahawan digital ini
Itu sebenarnya pun tak senang juga, perlu ada kemahiran teknikal dan latihan yang secukupnya barulah boleh jadi usahawan digital yang ampuh…
Curahan rasa Sani @ ..Dengan Raymin Ezyjack RJW20U Tukar Tayar Kereta Boleh Sambil Gelak Ketawa!
Waah.. Melopong kejap tengok 7 fakta penting kat atas tu. Terbaik lah, peluang cerah buat peniaga-peniaga atas talian.
Curahan rasa UmmiMRA @ ..Bisnes Online Itu Mudah . . . . ke?
Peluang tu memang ada dimana-mana bezanya yang ambil tindakan atau buat tak tahu sahaja.
Curahan rasa Sani @ ..Dengan Raymin Ezyjack RJW20U Tukar Tayar Kereta Boleh Sambil Gelak Ketawa!
Hehe..peluang dah terbuka tu.. semoga mereka yang berkaitan mengambil kesempatan yang ada.. peluang tak datang bergolek kan.. Hehe..
Curahan rasa Hafizul @ ..Teknik Kiraan GST Microsoft Excel
Alangkah bagusnya jika ramai peniaga kita bertukar daripada bisnes biasa kepada online (digital) supaya dapat penjenamaan yang hebat untuk diketengahkan.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Peniaga Online Bakal Dikenakan Cukai Pendapatan
Wah bestnya Tuan Amir dapat jemputan daripada Google Malaysia untuk program mereka Google Go Digital.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Peniaga Online Bakal Dikenakan Cukai Pendapatan
Semoga ramai yang buat bisnes menceburi berkaitan melalui online (digital) dan boleh di pasarkan secara global di pasaran antarabangsa.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Peniaga Online Bakal Dikenakan Cukai Pendapatan
Tahniah Denaihati network sekarang ini sudah buat bisnes berkaitan branding dan video youtube. Semakin ke hadapan sempena bisnes digital.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Peniaga Online Bakal Dikenakan Cukai Pendapatan
Banyak syarikat besar yang dah nampak perubahan dunia digital di negara kita telah merubah arah ke arah perniagaan di dalam talian. Perniagaan lebih fokus dan mudah.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Jual Air Boleh Untung RM6000 Lebih Sebulan
Bila lihat angka pengunaan internet yang samakin meningkat ni. Makin besar peluang nak buat bisnes secara online. Kena belajar benda ni majukan diri jika nak terus bersaing secara sihat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Jual Air Boleh Untung RM6000 Lebih Sebulan
Dunia sekarang semuanya dihujung jari. Jika dimanfaatkan secara berhemah, in sha Allah segalanya akan baik.
Curahan rasa Coffeene @ ..LAZADA SHOPPING THERAPY
Dunia dihujung jari memudahkan dan melancarkan lagi urusan perniagaan. Ianya lebih mudah dan cepat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Jual Air Boleh Untung RM6000 Lebih Sebulan
Bila semua go digital. Ada baiknya juga kita juga perlu ikut jadi digital juga. Baru seiring dengan peredaran semasa.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Tanpa Modal Semasa Cuti Sekolah
memang banyak kaedah marketing online..tapi kadang2 tak terkejar nak ambik tau semua..maybe kena fokus satu2 dan cuba samaada sesuai dgn perniagaan kita atau tak..
Curahan rasa jida @ ..Testimoni Vivix – Bacaan Kencing Manis Pak Ngah Kembali Normal
Jika ramai staff boleh buat banyak. tapi jika tak ramai boleh tumpu kepada satu dua cara aje.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Tanpa Modal Semasa Cuti Sekolah
Thanks sebab share artikel ini .. sangat awesome .. Selain dari pemasaran online jangan lupa juga kepada pemasaran secara offline.. Branding produk melalui sticker ..
Kaedah sticker ok juga. Orang mudah nampak bila berjalan-jalan. Boleh cuba sticker ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Cari Duit Poket Mudah
Terbaik lah Denaihati..
Sangup dan mahu membimbing anak bangsa untuk lebih maju kehadapan..
Mahu mengajar rakyat malaysia bersosial sambil menjana pendapatan dari internet..
Curahan rasa onlajer @ ..Bosscoffee bercerita tentang peluang bisnes air
Banyak manfaatnya bila berniaga secara online. Pasaran terbuka dan ramai yang boleh jadi pelanggan kita. Terima kasih info ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Cari Duit Poket Mudah
Comments are closed.