Assalamualaikum dan salam sejahtera, aku telah diundang untuk berbincang dalam sidang meja bulat bersama MDeC selepas majlis MSMW 2016. Fokus utama adalah Digital DNA atau pun istilah biasa disebut sebagai membudayakan Digital kepada masyarakat Malaysia. Untuk mencapai misi tersebut kerajaan telah mengubah nama Multi Media Development Corporation (MDeC) kepada nama baru Malaysia Digital Economic Corporation (MDeC).
Aku juga dijemput ke majlis anjuran Google Malaysia yang bertemakan Google Go Digital. Misi utama adalah untuk membantu komuniti bisnis Malaysia untuk mengubah cara berbisnis daripada secara konvensional kepada cara Digital. Google Malaysia akan buat roadshow untuk mempromosi program Go Digital di Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Sayangnya majlis yang aku hadiri di Kuala Lumpur hanya dihadir beberapa orang usahawan Melayu daripada ribuan usahawan yang datang. Projek besar ini mendapat sokongan MiTi jadi sayang sangat kalau usahawan Melayu menyampingkan budaya bisnis digital ini. Aku juga pernah dijemput untuk satu majlis yang di pejabat Google Malaysia yang juga membentangkan perancangan pemasaran Digital Malaysia.
Antara fakta-fakta penting tahun 2016 yang aku boleh kongsikan adalah :
- Lebih kurang 25 juta rakyat online
- 15 juta rakyat Malaysia menggunakan smartphone
- 92% rakyat Malaysia mencari informasi di Google
- 18 juta rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook
- 1 daripada 3 orang yang menggunakan Google search akan membuat belian secara online
- Hanya 1 syarikat daripada 4 yang ada website
- Hanya 1 daripada 10 syarikat menggunakan pemasaran sosial media
Ramai kekawan berniaga nak berjaya tetapi tidak ramai yang sanggup keluar duit untuk melabur belajar ILMU bisnis yang pelbagai. Mungkin ini salah satu sebab kejayaan bisnis kita tidak boleh dikekalkan. Sebagaimana teknologi yang berubah pantas begitu juga budaya bisnis sebenarnya bergerak sangat pantas sehingga ramai yg tertinggal dan ada yang tak ambil kisah. Hujungnya merungut tewas dalam bisnis dan ramai yg lansung serek nak berbisnis.
Lihat saja perubahan dalam dunia pemasaran digital ada pelanggan yang suka melihat gambar cantik di FB, ada pelanggan yg fokus mencari informasi di Google, ada pelanggan yang menggunakan hashtag di twitter, ada pelanggan malas membaca lebih suka tonton video di Youtube, tu belum lagi yg suka pinterest, path, linkedin, tumblr, foursquare dan dari survey paling banyak sale terhasil dari review blog.
Adakah kita sebagai usahawan kisah semua ni atau fokus hanya pada satu kaedah pemasaran sahaja??
Usahawan yg kisah semua kaedah tulah yang kita panggil usahawan Digital yg akan kekal lama dalam industri. Tu belum lagi cerita kisah trend produk dan service yg sentiasa berubah.
Kami team Denaihati Network pun sedang belajar dan nak mengajar utk jadi usahawan Digital. Kepada rakan blogger, usahawan online dan usahawan konvesional yang berminat untuk belajar kaedah pemasaran Digital murah kami menyediakan pakej khas berharga RM4900 dibimbing oleh guru-guru yang pakar dalam bidang mereka antaranya Sifu Eizil (Blog & SEO), Aqif Azizan ( Copy Writing & eBook), Denaihati (Branding dan Video Youtube) dan Firdaus Azizi ( FB dan Instagram ads). Kepada yang berminat sila hubungi kami kerana kelas pertama hanya terbuka untuk 20 pelajar sahaja.
120 Comments
Bila lihat angka macam tu. Nampanya peluang perniagaan secara online semakin mudah. Belajar dengan team DH memang bermanfaat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cara Buat Duit Duduk Di Kampung
Mdec pun dah ubah nama. Memang kesan daripada dunia digital dan online amat besar pengaruhnya. Kena usaha ke arah tu.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cara Buat Duit Duduk Di Kampung
15 Juta rakyat menggunakan smartphone satu angka yang besar juga tu, Bermakna peluang untuk mereka akses ke laman kita sangat besar
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan
Betul tu. Jika dapat 1% dari angka tu pun dan banyak. Jika lebih dari tu boleh kira sendiri kan. Info yang bagus.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cara Buat Duit Duduk Di Kampung
Dapat 1% pun dah banyak rasanya. Jika dapat lebih lagi memang boleh untung banyak.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Gagal Dengan Jobdirumah
Betul tu, kebanyakan memilih untuk membeli dalam talian berbanding kerana piliha yang tidak terhad,
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Alzheimer aka Nyanyuk – Masalah Di Penghujung Usia
membeli dalam talian dapat memberikan kepuasan.. sebab terlalu banyak pilihan untuk membuat perbandingan..
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
Mana yang bagi harga paling menarik dan berkualiti menjadi pilihan akhirnya. Tapi kadang benda ni tak berlaku juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cara Buat Duit Duduk Di Kampung
Saya pun suka juga beli dalam talian. Mudah dan banyak pilihan. Beli yang berkenan aje. Kena berjimat juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Dari Rumah Tanpa Modal
nampak nya memang Malaysia akan menuju ke dunia digital tidak lama lagi.
Curahan rasa spa8i @ ..Syarat Kelayakan Permohonan SPA8i Online
Macam dah menuju pun, cuma perlu dioertingkatkan dan ada sokongan daripada kerajaan, jangan fikir cukai je dulu 😛
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Alzheimer aka Nyanyuk – Masalah Di Penghujung Usia
Kita pun kena menuju kepada perkara yang sama jika nak terus bertahan dalam dunia bisnes. Info yang berguna untuk kita semua.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Gagal Dengan Jobdirumah
wah, best lah semoga malaysia selalu jaya dan minat for young man untuk join ke dunia digital ini semakin ramai
Curahan rasa bisnes puasa @ ..15 Jualan Laris Di Bulan Puasa Terbaru
ramai yang tahu sebenarnya.
cuma tak ramai yang ada kemampuan untuk melakukannya.
itu sahaja.
simple.
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 620-645
mungkin ada kebenarannya juga kata-kata cikgu Titan ni.. tapi, kalau nak ada kemampuan utk buat promosi secara online, kenalah belajar.. betul tak?
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
Usahawan melayu perlu lebih ramai lagi menerima pendedahan ini. Fokus perniagaan juga perlu dipelbagaikan dan tidak tertinggal dari arus semasa.
Curahan rasa Nurolhuda @ ..Hari Guru Kelas Pengajian Al-Quran 2016
betul tu… jadikan kejatuhan bisnes NOKIA sebagai pengajaran… mereka hilang dari persaingan sebab tak buat apa-apa… sedangkan pesaing lain terus menerus buat inovasi….
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
kita tak nak bisnes usahawan Melayu menerima nasib yang sama seperti Nokia..
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
sebab tu semua usahawan Melayu disarankan supaya belajar ilmu pemasaran secara online..
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
Tawaran untuk menyertai kelas pemasaran Digital yg dianjurkan oleh Team Denaihati network agak mahal… tetapi sangat berbaloi untuk disertai, sekiranya anda langsung tidak mempunyai ilmu pemasaran digital…
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
Saya teringat kisah 9 tahun lepas… masa tu saya masih lagi bertugas di Mukah Sarawak.. waktu Dr. Irfan Khairi aktif mempromosikan bengkel pemasaran internet dgn bayaran RM800..
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
RM800 untuk menghadiri satu bengkel rasa agak mahal.. kalau nak pergi, nak kena beli tiket kapal terbang lagi… so, saya tak jadi nak pergi, walaupun keinginan tu ada…
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
Sampai sekarang ni saya rasa menyesal tak pergi… sebab kebanyakan peserta yg pernah menghadiri bengkel tersebut, dah ada bisnes internet masing2… siap ada yg dah jadi sifu dlm pemasaran internet di Malaysia… antaranya sifu Jamal fbads..
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
Dalam 3 tahun lepas tu, Sifu Jamal FBads pula anjurkan bengkel fbads dgn bayaran RM1200.. masa tu pun saya masih bertugas di Mukah Sarawak… huhuhu..
Peserta yg pernah menghadiri seminar tu, kebanyakannya sudah mampu buat sales 5 angka sebulan menerusi fbads…
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
Walaupun saya tak dapat menghadiri bengkel2 tersebut… tapi saya berusaha belajar sendiri… sedikit demi sedikit… sehinggalah sekarang… byk try and error yang pastinya merugikan masa dan kos…
Sebab tu, saya syorkan sangat, siapa yg langsung tidak mempunyai ilmu pemasaran online.. eloklah join kelas pemasaran online yg team denaihati anjurkan…
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
Alhamdulillah.. saya pun sedang berjinak-jinak untuk menjadi seorang usahawan online..
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
buat masa sekarang ni saya sedang membantu adik ipar saya, mempromosikan tudung2 yang telah beliau lakukan sedikit pengubahsuaian..
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
Alhamdulillah… semalam dan hari ini, saya baru sahaja menyertai bengkel video editing….
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
Selamat berjaya Denaihati… Satu kemajuan yang pasti pesat di masa depan. Bekerja dari rumah.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Air Terjun Lata Makau (Sungai Luit)
yurp… saya percaya ramai yang memasang impian untuk bekerja dari rumah..
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
memasang impian tak salah.. tapi perlu disusuli dengan tindakan untuk melakukannya..
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
kena cari ilmu.. kena terokai pelbagai kemahiran.. pasang niat terus istiqomah dalam perniagaan.. buat sampai jadi..
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
Malaysia emang go digital sebagai warga malaysia kita harus berbangga
Curahan rasa Muhammad Amar @ ..Menjijikan, Wanita ini buang kotoran didepan Umum
hebat nie… kena pasang niat dan kuatkan semangat untuk join team Denaihati..
Curahan rasa yangbaik @ ..Dunia ini tempat berlumba
good luck yang baik.. semoga berjaya menempa kejayaan dalam dunia pemasaran digital dalam team denaihati network..
Curahan rasa anuar @ ..Giveaway Carian Homestay Malaysia
Tawaran yang menarik dari Team Denaihati Network
In Shaa Allah kalau ade rezeki boleh la turut serta sekali 🙂
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Ingin Belajar Forex Secara PERCUMA?
Tulah… boleh tahan juga bayaran yang dikenakan untuk belajar kaedah pemasaran digital dari team Denaihati Network…
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
Tapi, saya percaya tentu berbaloi dengan tawaran yang diberikan.. lepas menghadiri bengkel tersebut, tentu jualan meningkat berkali ganda..
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
Ayuh kita mulakan dengan diri sendiri, kemudian kita beritahu sahabat lain supaya dapat manfaatkan dunia digital sepenuhnya 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jana RM60 Ribu Sebulan Uruskan Uber
bagus juga idea tu… tapi sekarang saya sedang membantu adik ipar saya berniaga secara online…
Curahan rasa anuar @ ..Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
Berniaga online memang boleh jadi sekarang. pasaran online agak luas berbandiang pasaran biasa.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Cek Ketiga Dari Nuffnang
Comments are closed.