Assalamualaikum san Salam 1Dunia, baru-baru ini aku mendapat satu whatsapp dari seorang rakan yang ada kaitan dengan sebuah entri yang pernah aku tulis beberapa tahun dahulu bertajuk “Life begin at 40“. Banyak ilmu dalam perkongsian ini yang sepatutnya aku kongsikan dengan semua pembaca. Asal usul ilmu ini aku kurang pasti tetapi kepada menulis aku mohon kebenaran untuk berkongsi dengan semua pembaca.
Bila ada persoalan tentang umur 40 tahun manusia, saya terfikir sejenak. Belum pernah saya membincangkannya dengan sesiapa sebelum ini. Bila saya cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pada umur ini barulah fikir tentang masa depan.
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj & Makjuj Terbongkar! Klik Sini
9 Formula Pantas Menarik Rezeki. Klik Sini
Rahsia Kuasa Sedekah Terbongkar. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
“Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ,” Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati”.
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa. Semoga kita digolongkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang mampu mengisi umur kita dengan sebaik-baiknya sehingga meringankan hisab kita di akhirat. Amiin. Istiqamah dan bersederhanalah dalam setiap perkara.
Wallahu a’lam.
156 Comments
sebab tu ada org cakap lau nak berubah sebelum umur cecah 40 tahun..he3
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Mom Blogger Top Referral Contest
Tahun ni dah masuk umur 40 tahun, memang rasa untuk menambah amal ibadat membuak2. Semoga tak leka dalam hidup 🙂
Terima kasih atas perkongsian ilmu dan pencerahan ini. Mengingat di pertengahan tahun 2014 ini usia saya genap 40 tahun.
Terima kasih di atas perkongsian info.. Lagi 7 tahun umur saya juga akan melangkau ke angka 40.. Tips ini pasti akan saya baca semula pada ketika itu…. In Shaa Allah sekiranya dipanjangkan umur..
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi Terbaru Isteri Saya, Cantik Tak? (Bahagian 29)
Prof Kamil, penulis buku best seller Travelog Haji – memulakan perjalan kerohaniannya juga pada umur 40. Sehingga sekarang terus terusan menjadi pendakwah….
Curahan rasa saljuhumairah @ ..3 Cara Mudah Memasarkan Prepaid Tune Talk – Tone Excel dengan Sistem Auto Pilot
macam pernah lihat dia,, tapi di mana yaa,, 😀
Curahan rasa muja @ ..Geniee SSP, Syarikat Pengiklanan Dari Jepun Untuk Semua Blogger.
macam kenal jer model itew hahaha model xberbayar ker
life begin at 40 tapi life end before 40 pun ada. kenalah sentiasa beramal baik dan bertaubat
Curahan rasa myra jay @ ..Penggunaan Kalimah Allah oleh gereja: Apakah ada jalan penyelesaiannya
Subhanallah, saya masih 33 tahun memang yang saya rasakan sekarang masih serasa masih muda dan belum cukup dewasa sebenarnya, terima kasih sudah berbagi artikel bagus ini
Curahan rasa haidar @ ..Jus kulit manggis ini memperbaiki fungsi organ tubuh
pernah dengar… nak bertaubat & meninggalkan tabiat buruk kite biar lah umur sebelum 40 thn.. dikuartiri kalau selepas itu, susah nk buat tabiaat tersebut…..
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Tips Bijak Merancang Kewangan , 2014.
Bika2 saja malaikat nyawa dtg beri salam.
Semoga kita sama2 sentiasa mengingati mati
Dan bersedia utk mati.
Curahan rasa nurmisnan @ ..Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai Terbaek boh
Segala apa yang tuan Denaihati perkatakan di sini memang benar dan memang tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis. Saya pun dah awal 40-an. Semaikin ke arah cenderung untuk lebih hal-hal berkaitan agama. Semoga Allah sentiasa memberi hidayah kepada semua umat manusia.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Dapatkan Free Gifts Dengan WhoHAA.com
Terima kasih telah memberikan pencerahan dan mengingatkan.
Pada dasarnya kita sebagai umat manusia dan juga beragama memang diharuskan untuk memanfaatkan waktu dan umur dengan sebaik-baiknya, baik dalam hal urusan dunia dan akhirat.
Semoga kita bisa memanfaatkan umur dengan sebaik-baiknya aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Pendaftaran TKHI PPIH 2014
terima kasih atas peringatan dan info. sy pun dah semakin menghampiri angka 4 tu.. moga tidak hanyut lbh jauh lagi…
Curahan rasa explorasa @ ..Ada Apa Dengan Blog eXplorasa
Terima kasih berkongsi. Harap pada usia itu sudah matang didalam tindakan dan berfikir.
Curahan rasa akubiomed @ ..Jangan jadikan anda mangsa seterusnya Demam Denggi Berdarah
Comments are closed.