Assalamualaikum dan salam 1Dunia.
Satu majlis ringkas telah di adakan di Bayu Lounge, Kelab Tasik Putrajaya pada malam 10 Mac 2015. Majlis makan malam anjuran eQurban Resources Sdn Bhd ini diadakan untuk meraikan rakan niaga eQurban yang telah memberi sokongan selama ini dan penyampaian hadiah cabaran iphone 5s. Selain itu, program rakan niaga eQurban juga telah dikemaskini untuk memberikan faedah lebih baik kepada semua rakan niaga.
Terima kasih kepada yang hadir, di antaranya ialah Tuan Haji Mohamad Sahar Din (Timbalan Presiden DPIM) dan isteri, Hj Abdul Rashid (Pengerusi Surau Al Ikhlas, Taman Bukit Belimbing) dan isteri, wakil dari Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Turki, wakil-wakil dari LPKIM, PERISMA serta rakan-rakan niaga yang lain merangkap blogger yang berkesempatan hadir.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Effendi selaku Penasihat Syariah eQurban bagi memberkati majlis makan malam ini. Seterusnya ucapan dari CEO Denaihati Network iaitu Haji Amir Hassan yang memberi penerangan ringkas misi dan visi yang akan dilakukan pada tahun ini dan tahun seterusnya.
Sebelum ini telah dimaklumkan bahawa eQurban yang merupakan peneraju Qurban dan Aqiqah Malaysia telah diambil alih oleh Denaihati Network Sdn Bhd dari Kumpulan Al Ansar. Sistem tempahan dan pengurusan yang baru juga telah diperkenalkan dalam web eQurban.com untuk memastikan semua tempahan diuruskan dengan baik dan sistematik.
Majlis makan malam bersama rakan niaga eQurban seramai lebih kurang 50 orang ini bertujuan memberikan sedikit info tambahan yang akan diwar-warkan oleh semua yang hadir.
Pada tahun 2014 ini juga beberapa lokasi tambahan sembelihan program aqiqah juga telah ditambah seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Kazakhstan, Turkmesnistan, Tajikistan, Kyrgysztan dan Mongolia. Semua lokasi tambahan ini ditambah tidak lain tidak bukan bagi membantu komuniti Islam di sana. Taraf ekonomi mereka sekarang amat memerlukan bantuan dari kita.
Terdahulu sebelum, beberapa rakan niaga dan blogger juga ke Kemboja untuk melihat sendiri perkembangan Islam seperti di Masjid Ar-Rafeeah, Tonle Sap dan Sekolah Dubai Stoeng, Kampung Cham.
CEO eQurban, Haji Masrukhin Marzoki yang kerap ke lokasi-lokasi tersebut memberitahu pelbagai program telah dilakukan seperti pembinaan Madrasah Nurul Iman, Masjid dan Madrasah Sultan di Kampung Baru Trapang Ramas Mondolgiri, program tanah wakaf, projek wakaf pili dan perigi, projek kolam ikan, khidmat sewa kenderaan dan tuk-tuk, program pendidikan kemasyarakatan dan pelbagai lagi yang dilakukan. Usahasama dan infaq dari pelbagai pihak juga telah memudahkan serta melancarkan program yang sedang berjalan.
Program rakan niaga juga telah dikemaskini dengan pembayaran komisen secara bulanan berbanding tahunan sebelum ini. Terdapat juga hadiah-hadiah khas cabaran eQurban 2015 kepada rakan niaga yang berjaya mengumpul jumlah komisen terbanyak sehingga 31 Disember 2015. Semoga usaha kecil yang cuba dibuat oleh eQurban Resources Sdn Bhd disertai bantuan rakan-rakan niaga akan memberikan tambahbaikan kepada mereka.
Majlis makan malam ini diserikan dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang cabaran iphone 5s yang sebelum ini telah dianjurkan oleh blog denaihati.com ini.
Tahniah kepada semua pemenang iPhone 5s yang dapat hadir, peserta dan sponsor yang terlibat sepanjang berlangsungnya cabaran iPhone 5s ini.
Kepada semua rakan niaga equrban pula, ambillah peluang yang baru ini untuk menjana pendapatan sampingan di samping menjadi sebahagian daripada ibadah kita. Jika ada yang bertanyakan aqiqah di kawasan yang lebih memerlukan, maka hubungkanlah mereka dengan program equrban ini. Banyak lagi lokasi-lokasi yang akan ditambah termasuk juga Maahad Tahfiz yang terpilih di seluruh Malaysia.
Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda, Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)
Sekiranya masih belum berdaftar sebagai rakan niaga, dijemput untuk mendaftar di halaman eQurban.com.
Semoga dengan pengurusan baru dan program-program yang akan dilancarkan, eQurban akan bertambah maju untuk memberi khidmat kepada penduduk islam di seluruh dunia insyaALLAH.
90 Comments
Tahniah kepada semua yang berjaya, insyaAllah ada kelapangan cuba untuk EQurban juga nanti
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
wah beruntungnya kpd para pemenang. tahniah kpd denaihati buat program yg begitu mmberi kesan positif kpd smua
Mek ila pun dah join. Maklumlah jika ada rezeki lebih, bolehlah buat korban selalu.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..2 Tips Penting Agar Gastrik Tidak Berulang Lagi
pertandingan yg menarik. taniah kepada semua pemenang. harap ia memberi motavasi kepada pemenang pemenang semua
Curahan rasa Tim Nusara Catering @ ..Video Kenangan Indah oleh Eternity Production
tahniah untuk para pemenang dan semoga terus sukses pada masa yang akan datang..
Curahan rasa mrhanafi.com @ ..Cara Blogger Buat Promosi Offline
blogger lelaki tak datang ya pada acara penyerahan hadiah ini wah memang meriah ada bro framestone dan hazmanfaidzil
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Tips Bersabar [1]
blogger lelaki jauh dari lokasi ..mungkin sebab itu dia tiada kesempatan untuk datang..wah femes juga blogger lelaki tu..ye
Curahan rasa mrhanafi.com @ ..Dilema Nak Pilih Yang Terbaik
Kemenagan ini satu motivasi pada diri untuk lebih berusaha lagi pada masa hadapan. Bukan senang mahu berjaya/menang. kecuali memerlukan cabaran yang hebat daripada orang lain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Menyekat Penyebaran Keganasan, Seksual Di Facebook
apapun tahniah bang kamil saleh memang terbaek dah dua kali menang iphone kan
betul tu…usaha yang kental dan rezeki dari Allah…tenkiu denaihati atas pemilihan sebagai pemenang
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Lenovo A5000
Alhamdulillah….. terima kasih buat Tuan Denaihati dan semua penaja contest iPhone 5s. Tanpa contest yang hebat ini saya tak akan berjaya memenanginya sebuah iPhone 5s.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Bestnya jadi pemenang. Bukan murah telefon tu. Ada yang jual diri untuk dapatkan satu. Hmmm..
Curahan rasa Papa Roq @ ..Domain Authority: Blog Malaysia Terunggul
kalau dah tahap jual diri memang teruk banget tu..minta kita semua dijauhkan dari perkara yang begitu obses begini
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Panduan Supaya Orang Suka Kita
Spa tu yang jusl diri untuk dapatkan satu iPhone 5s. Ada banyak cara untuk dapatkannya seperti join contest yang menawarkan hadiah lumayan. Bila dah join, usaha biar sampai berjaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
para peserta yang menang amat beruntungla..dapat hadiah dan dapat juga jumpa rakan-rakan blogger
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Petua Buat Orang Suka Dengan Kita
Memang betul tu Hero Bornea…. saya jumpa ramai blogger yang hebat-hebat seperi tusn Denaihati, Melastik Bintang, BroFramstone, Anarm Khairol, Hazman Fadzil, Ishak Ismail, JMR, Hpmurah2u, boss equrban , Nur Misnan Norfanil dan ramai lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
bolehlah berborak masalah blog dengan blogger otai itu aku Alhamdulillah pernah berbincang lebih satu jam dengan tuan Amir Hasan
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Tips Bersabar [1]
Menarik hadiah untuk cabaran eQurban 2015….Para affiliaters tak wajar lepaskan tawaran yang power ni disamping membantu orang menjalankan ibadat qurban dan akikah.
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Mula Bisnes Online Dengan MB2000
Tipnya telah disediakan di dalam blog Denaihati bagaimana nak jadi jutawan, boleh baca dan targetkan untuk mencari penderma untuk aqiqah dan qurban sebanyak 417 ekor lembu sebulan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
teringin saya nak masuk..mana tahu ada rezeki yang lumayan kat di situ..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kelahiran Blog WordPress Yang Baru
Jangan tunggu lagi Hero Borneo. Boleh baca entri di blog ini Tip untuk jadi jutawan. Saya doakan agar Heto Borneo berjaya nanti, Insya Allah…,..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Alhamdulillah, moga usaha murni ini berpanjangan dan memberi manfaat kepada semua!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Selamat Tinggal Inhaler – Khidmatmu Tidak Lagi Ku Perlu
saya berdoa semoga usaha ini Allah permudahkan..dan kepada para peserta selamat berusaha
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kelahiran Blog WordPress Yang Baru
Sama-sama kita ramai-ramai pakat berusaha Gar berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Masuk contest pun bolrh berjaya jika usaha berterusan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Tahniah buat semua para pemenang 😉 Seronok menang hadiah gajet ni.. hee
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..GiveAway Safi Balqis White Trilogy by Ayue Idris
Comments are closed.