Assalamualaikum dan salam 1Dunia.
Satu majlis ringkas telah di adakan di Bayu Lounge, Kelab Tasik Putrajaya pada malam 10 Mac 2015. Majlis makan malam anjuran eQurban Resources Sdn Bhd ini diadakan untuk meraikan rakan niaga eQurban yang telah memberi sokongan selama ini dan penyampaian hadiah cabaran iphone 5s. Selain itu, program rakan niaga eQurban juga telah dikemaskini untuk memberikan faedah lebih baik kepada semua rakan niaga.
Terima kasih kepada yang hadir, di antaranya ialah Tuan Haji Mohamad Sahar Din (Timbalan Presiden DPIM) dan isteri, Hj Abdul Rashid (Pengerusi Surau Al Ikhlas, Taman Bukit Belimbing) dan isteri, wakil dari Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Turki, wakil-wakil dari LPKIM, PERISMA serta rakan-rakan niaga yang lain merangkap blogger yang berkesempatan hadir.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Effendi selaku Penasihat Syariah eQurban bagi memberkati majlis makan malam ini. Seterusnya ucapan dari CEO Denaihati Network iaitu Haji Amir Hassan yang memberi penerangan ringkas misi dan visi yang akan dilakukan pada tahun ini dan tahun seterusnya.
Sebelum ini telah dimaklumkan bahawa eQurban yang merupakan peneraju Qurban dan Aqiqah Malaysia telah diambil alih oleh Denaihati Network Sdn Bhd dari Kumpulan Al Ansar. Sistem tempahan dan pengurusan yang baru juga telah diperkenalkan dalam web eQurban.com untuk memastikan semua tempahan diuruskan dengan baik dan sistematik.
Majlis makan malam bersama rakan niaga eQurban seramai lebih kurang 50 orang ini bertujuan memberikan sedikit info tambahan yang akan diwar-warkan oleh semua yang hadir.
Pada tahun 2014 ini juga beberapa lokasi tambahan sembelihan program aqiqah juga telah ditambah seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Kazakhstan, Turkmesnistan, Tajikistan, Kyrgysztan dan Mongolia. Semua lokasi tambahan ini ditambah tidak lain tidak bukan bagi membantu komuniti Islam di sana. Taraf ekonomi mereka sekarang amat memerlukan bantuan dari kita.
Terdahulu sebelum, beberapa rakan niaga dan blogger juga ke Kemboja untuk melihat sendiri perkembangan Islam seperti di Masjid Ar-Rafeeah, Tonle Sap dan Sekolah Dubai Stoeng, Kampung Cham.
CEO eQurban, Haji Masrukhin Marzoki yang kerap ke lokasi-lokasi tersebut memberitahu pelbagai program telah dilakukan seperti pembinaan Madrasah Nurul Iman, Masjid dan Madrasah Sultan di Kampung Baru Trapang Ramas Mondolgiri, program tanah wakaf, projek wakaf pili dan perigi, projek kolam ikan, khidmat sewa kenderaan dan tuk-tuk, program pendidikan kemasyarakatan dan pelbagai lagi yang dilakukan. Usahasama dan infaq dari pelbagai pihak juga telah memudahkan serta melancarkan program yang sedang berjalan.
Program rakan niaga juga telah dikemaskini dengan pembayaran komisen secara bulanan berbanding tahunan sebelum ini. Terdapat juga hadiah-hadiah khas cabaran eQurban 2015 kepada rakan niaga yang berjaya mengumpul jumlah komisen terbanyak sehingga 31 Disember 2015. Semoga usaha kecil yang cuba dibuat oleh eQurban Resources Sdn Bhd disertai bantuan rakan-rakan niaga akan memberikan tambahbaikan kepada mereka.
Majlis makan malam ini diserikan dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang cabaran iphone 5s yang sebelum ini telah dianjurkan oleh blog denaihati.com ini.
Tahniah kepada semua pemenang iPhone 5s yang dapat hadir, peserta dan sponsor yang terlibat sepanjang berlangsungnya cabaran iPhone 5s ini.
Kepada semua rakan niaga equrban pula, ambillah peluang yang baru ini untuk menjana pendapatan sampingan di samping menjadi sebahagian daripada ibadah kita. Jika ada yang bertanyakan aqiqah di kawasan yang lebih memerlukan, maka hubungkanlah mereka dengan program equrban ini. Banyak lagi lokasi-lokasi yang akan ditambah termasuk juga Maahad Tahfiz yang terpilih di seluruh Malaysia.
Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda, Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)
Sekiranya masih belum berdaftar sebagai rakan niaga, dijemput untuk mendaftar di halaman eQurban.com.
Semoga dengan pengurusan baru dan program-program yang akan dilancarkan, eQurban akan bertambah maju untuk memberi khidmat kepada penduduk islam di seluruh dunia insyaALLAH.
90 Comments
ada hadiah lagi untuk top sales semoga lebih banyak lagi blogger yang join dan meningkatkan sales untuk tahun ini
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kebahagiaan Seorang Hamba
Siapa tahu mungkin team Denaihati akan buat contest yang mana kali ni hadiahnya ialah iphone6? 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Tips untuk kurus
Kepada yang tidak berjaya, bolehlah menyertai lagi contest akan datang yang bakal dianjurkan oleh Denaihati.
Curahan rasa Vander Good @ ..Tips untuk kurus
Tidak lupa juga kepada mereka yang telah memenangi hadiah top komentar dan kuiz mingguan.
Curahan rasa Vander Good @ ..Tips untuk kurus
Tahniah kepada mereka yang telah berjaya memenangi hadiah utama iphone 5s. Memang terbaik!
Curahan rasa Vander Good @ ..Tips untuk kurus
Program yg sgt baik & bermanfaat buat umat Islam.. Tahniah juga diucapkan kpd pemenang contest iphone5s.
Curahan rasa Khir Khalid @ ..Majlis Makan Malam eQurban Bersama Rakan Niaga
Tahniah utk semua pemenang contest iPhone 5S dan saya teruja sangat-sangat dapat pergi ambil hadiah yang dimenangi tu. Semoga eQurban bertambah berjaya apabila operasinya diambil alih oleh Denaihati Network. Insha Allah…..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kelebihan Sertai Contest SEO Malaysia Best Blog 2015
yalah..memang ingin rasa nak promote equrban..mana tahu pahala dapat..duit pun dapat
Curahan rasa Hero Borneo @ ..5 Tips Sempoi Mudah Kurus
Yup bro sama-sama kita promosikan dapat pahala dan dapat hadiah lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kelebihan Sertai Contest SEO Malaysia Best Blog 2015
Tahniah kepada pemenang iphone. Tak ada kesempatan nak pergi majlis ni.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Keluar Duit di Mesin ATM kena GST
bila ada pertandingan baru ada cabaran dan saingan yang sengit.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..3 Sebab Sukar Faham Bacaan Al-Quran
bagus equrban ni.. semoga berkembang lebih maju dalam membantu mereka yang memerlukan..
tahniah .. mimpi saya satu hari mampu membuat sesuatu yang sebegini juga
Curahan rasa zool @ ..Things to Consider While Purchasing Compact Wheel Loaders
program ni memang bagus untuk beramal kepada yang memerlukan sambil menambahkan pendapatan…..
Curahan rasa berita semasa online @ ..Jenazah Izzamir Nabihan Pelajar USM Selamat Tiba di Pulau Pinang
tahniah kepada semua pemenang, saya sangat suka tengok Denaihati dalam konteks “blogger” berkembang menjadi bagus macam ini, terbaikkkk
Curahan rasa myrujukan @ ..Potensi Keuntungan Dari Bisnes Satay Secara Kecil Kecilan
Kesian dan sedih tengok keadaan mereka kat sana, alhamdullilah ada gang macam Dh nih yang sudi membantu.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Isteri Lebih Power Daripada Suami
Satu program yang amat bagus. Tahniah kepada para pemenang dan pihak penganjur 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Apa 1 Kehebatan Isteri Yang Suami Terpaksa Surrender???
Comments are closed.