Assalamualaikum dan salam 1Dunia.
Satu majlis ringkas telah di adakan di Bayu Lounge, Kelab Tasik Putrajaya pada malam 10 Mac 2015. Majlis makan malam anjuran eQurban Resources Sdn Bhd ini diadakan untuk meraikan rakan niaga eQurban yang telah memberi sokongan selama ini dan penyampaian hadiah cabaran iphone 5s. Selain itu, program rakan niaga eQurban juga telah dikemaskini untuk memberikan faedah lebih baik kepada semua rakan niaga.
Terima kasih kepada yang hadir, di antaranya ialah Tuan Haji Mohamad Sahar Din (Timbalan Presiden DPIM) dan isteri, Hj Abdul Rashid (Pengerusi Surau Al Ikhlas, Taman Bukit Belimbing) dan isteri, wakil dari Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Turki, wakil-wakil dari LPKIM, PERISMA serta rakan-rakan niaga yang lain merangkap blogger yang berkesempatan hadir.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Effendi selaku Penasihat Syariah eQurban bagi memberkati majlis makan malam ini. Seterusnya ucapan dari CEO Denaihati Network iaitu Haji Amir Hassan yang memberi penerangan ringkas misi dan visi yang akan dilakukan pada tahun ini dan tahun seterusnya.
Sebelum ini telah dimaklumkan bahawa eQurban yang merupakan peneraju Qurban dan Aqiqah Malaysia telah diambil alih oleh Denaihati Network Sdn Bhd dari Kumpulan Al Ansar. Sistem tempahan dan pengurusan yang baru juga telah diperkenalkan dalam web eQurban.com untuk memastikan semua tempahan diuruskan dengan baik dan sistematik.
Majlis makan malam bersama rakan niaga eQurban seramai lebih kurang 50 orang ini bertujuan memberikan sedikit info tambahan yang akan diwar-warkan oleh semua yang hadir.
Pada tahun 2014 ini juga beberapa lokasi tambahan sembelihan program aqiqah juga telah ditambah seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Kazakhstan, Turkmesnistan, Tajikistan, Kyrgysztan dan Mongolia. Semua lokasi tambahan ini ditambah tidak lain tidak bukan bagi membantu komuniti Islam di sana. Taraf ekonomi mereka sekarang amat memerlukan bantuan dari kita.
Terdahulu sebelum, beberapa rakan niaga dan blogger juga ke Kemboja untuk melihat sendiri perkembangan Islam seperti di Masjid Ar-Rafeeah, Tonle Sap dan Sekolah Dubai Stoeng, Kampung Cham.
CEO eQurban, Haji Masrukhin Marzoki yang kerap ke lokasi-lokasi tersebut memberitahu pelbagai program telah dilakukan seperti pembinaan Madrasah Nurul Iman, Masjid dan Madrasah Sultan di Kampung Baru Trapang Ramas Mondolgiri, program tanah wakaf, projek wakaf pili dan perigi, projek kolam ikan, khidmat sewa kenderaan dan tuk-tuk, program pendidikan kemasyarakatan dan pelbagai lagi yang dilakukan. Usahasama dan infaq dari pelbagai pihak juga telah memudahkan serta melancarkan program yang sedang berjalan.
Program rakan niaga juga telah dikemaskini dengan pembayaran komisen secara bulanan berbanding tahunan sebelum ini. Terdapat juga hadiah-hadiah khas cabaran eQurban 2015 kepada rakan niaga yang berjaya mengumpul jumlah komisen terbanyak sehingga 31 Disember 2015. Semoga usaha kecil yang cuba dibuat oleh eQurban Resources Sdn Bhd disertai bantuan rakan-rakan niaga akan memberikan tambahbaikan kepada mereka.
Majlis makan malam ini diserikan dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang cabaran iphone 5s yang sebelum ini telah dianjurkan oleh blog denaihati.com ini.
Tahniah kepada semua pemenang iPhone 5s yang dapat hadir, peserta dan sponsor yang terlibat sepanjang berlangsungnya cabaran iPhone 5s ini.
Kepada semua rakan niaga equrban pula, ambillah peluang yang baru ini untuk menjana pendapatan sampingan di samping menjadi sebahagian daripada ibadah kita. Jika ada yang bertanyakan aqiqah di kawasan yang lebih memerlukan, maka hubungkanlah mereka dengan program equrban ini. Banyak lagi lokasi-lokasi yang akan ditambah termasuk juga Maahad Tahfiz yang terpilih di seluruh Malaysia.
Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda, Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)
Sekiranya masih belum berdaftar sebagai rakan niaga, dijemput untuk mendaftar di halaman eQurban.com.
Semoga dengan pengurusan baru dan program-program yang akan dilancarkan, eQurban akan bertambah maju untuk memberi khidmat kepada penduduk islam di seluruh dunia insyaALLAH.
90 Comments
Tahniah kepada pemenang cabaran dan kuiz. Yang tak berjaya jangan putus asa..Insyallah ada peluang lain yang menanti..
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..10 Perbezaan Penjaja Miskin Dengan Penjaja Kaya
wah best! memang majlis tersebut penuh bermakna buat rakan-rakan blogger baik secara langsung dan tak langsung..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..10 Ciri Isteri Ideal Buat Suami
Walaupun majlis simple namun meriah dengan kehadiran pemenang contest iphone 5..tahniah semuanya. lepas ni bleh pulun untuk eQurban pula la yea
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Singkirkan Whitehead dan Blackhead
Alhamdulillah..majlis simple tapi meriah dan penuh pengisian…sama2 berusaha utk tahun 2015 ni
Curahan rasa JMR @ ..Menu Patin Buah Original masak tempoyak bersama Food Blogger Malaysia di Ana Patin House, Mutiara Damansara.
Tahniah DH. Perkembangan positif seperti yang DH laksanakan ini pastinya memberikan kebaikan kepada semua rakan bloggers..
Curahan rasa emalinmohd @ ..Suamiku Pemalas Sekadar Mitos Atau?
Alhamdullilah berjalan lancar majlis yang agak sederhana. Tahniah dH atas usaha yang murni & tahniah kepada pemenang2.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!
Alhamdulillah. Terlaksana juga majlis gemilang buat pemenang iphone 5S. Tahniah kepada semua pemenang dan juga team Denaihati.
Curahan rasa yangbaik @ ..Monolog Tanpa Tajuk
Tahniah kepada semua pemenang cabaran iPhone 5s … dan syabas buat penganjur.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Cara Semak / Tracking Pos Laju Online Dan SMS
Setelah berpenat lelah, akhirnya berjaya juga pemenangnnya. Kompem tak tido malam dok belek IP tuh… 😉
Curahan rasa SuperNifz @ ..Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi
Penat lelah selama ini akhirnya berbaloi-baloi. Syukur Alhamdulillah.. dapat iPhone 5s dan dapat makan malam yang sedap-sedap.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kelebihan Sertai Contest SEO Malaysia Best Blog 2015
congratulation for all the winner that’s great effort for your achievement in the blogosphere
Curahan rasa xaxac @ ..Reasons to hire app developer for your business, NOW!!
Assalamulaikum bro denaihati… lama tak singgah sini… tahniah kepada pemenang bertuah…
Curahan rasa Cik Ash @ ..Review Shopping Barang Menang Baucer RM150 Nile.com.my
Tahniah semua pemenang, syukur Alhamdulillah…. saya terselit diantara 5 pemenang bertuah. Terima kasih semua terlibat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kelebihan Sertai Contest SEO Malaysia Best Blog 2015
tahniah sekali lagi PG ucapkan buat kesemua pemenang. 😉
buat para penganjur cabaran iphone 5s hari tu, terima kasih banyak-banyak ya 😀
Majlis simple tetapi meriah. Itulah yang boleh diperkatakan terhadap majlis ini. Terima kasih Denaihati dan eQurban. Semoga terus maju jaya. Semoga PG juga akan menang nanti di lain contest, tetapi tak apa dapat Rm??? pun syukur Alhamdulillah….
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kelebihan Sertai Contest SEO Malaysia Best Blog 2015
Nampak meriah dan punyai objektif yang sihat.
Tahniah buat semua pemenang iPhone. Last 24 jam sure lekat dengan phone saja ni. 😀
Insya-allah cabaran eQurban akan cuba disahut pula.
sudah penat bersaing, kini tiba masanya untuk meraih kemenangan bersama penganjur.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Kenapa Anda Tidak Dipanggil Temuduga Kerajaan
betul tu awak. penat bersaing dan penat juga menanti keputusan hari tu tau. hehe. rasa macam give up pun ada 😀
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5S Giveaway by Syafiqspecki
Betul tu…penat lelah, mengantuk dan berputus asa bermain dalam diri ini, akhirnya segala rintangan dapat diatasi. Alhamdulillah….berbaloi-baloi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kelebihan Sertai Contest SEO Malaysia Best Blog 2015
semoga majlis makan malam yang dianjurkan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara penganjur dan para sahabat.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Download Nota Peperiksaan Separa Perubatan
Comments are closed.