Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog ketiga yang terpilih adalah blog status PR3 Faizal Fredley telah mengumpul 4565 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan.MacBook Air menjadi impian dan harapan Faizal Fredley semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Faizal Fredley kenapa MacBook Air menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Kalau kail panjang serawan,
Lautan dalam memang tak terduga,
MACBOOK AIR Memang Menawan,
Kalau dapat confirm tak tidur Malam.
Kalau takut dilambung ombak,
Takkan berumah di tepi pantai,
Kalau tiada usaha yang berterusan,
Jangan la harap nak menang contest DENAIHATI.
2,3 kucing berlari,
Berlari-lari di laman rumah,
DENAIHATI.COM hidupkan untuk memberi,
Kalau dah rezeki MACBOOK AIR jadi gadget impian.
Assalamualaikum, contest dari Denaihati memang selalu dinanti. Alhamdulillah kali ini dengan hasil usaha dan sokongan dari teman-teman blogger yang lain akhirnya aku berjaya untuk ke peringkat seterusnya dalam usaha untuk memenangi gadjet impian dari pihak Denaihati.
Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada team Denaihati yang sering menganjurkan contest yang gempak selain berkongsi ilmu dunia blogging yang berterusan searus dengan perjalanan dunia yang semakin menggila ini.
Tahun lepas team Denaihati.com muncul menganjurkan contest akhir tahun yang terbesar dengan sokongan berberapa pihak seperti Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak telah berjaya menggemparkan dunia blogger. Contest tersebut berjaya menarik sehingga ratusan blogger untuk turut serta dalam contest yang dilancarkan pada penghujung tahun 2011 itu.
Sebagai tugasan akhir untuk memenangi MacBook Air yang super awesome ini, aku dengan ini bersusah payah walaupun dalam kesibukan final exam yang memang menyentak separuh kawalan akal fikiran, namun berjaya menghasilkan satu entry kenapa aku layak dapat gadget impian dan menjadi pemenang contest ini.
Aku sekarang menggunakan Acer Aspire 4315 yang telah dibeli secara ansuran 5 tahun lepas. Bayaran terakhir telah aku habiskan 3 tahun lepas. See? Lamakan untuk aku ambil masa bagi nak langsaikan hutang laptop dulu. Biasalah student kan, manalah ada duit nak beli cash. Lagi satu laptop yang aku guna untuk taip entry yang korang sedang baca ni pun dah berusia hampir 5 tahun. So, faham-faham la. Heheh.
Sekarang gadget yang muncul di pasaran jauh lebih canggih dari laptop aku. Kadang-kadang aku nak online di mamak pun segan nak keluarkan laptop aku ni. Yelah, kaler yang hitam pun dah jadi kelabu, keyboard tak payah citer, dah beribu cap jari ada.
Untuk connect wifi pula memang susah. Kadang-kadang boleh connect, kadang-kadang hampeh. Yang ni bukan disebabkan wifi yer, ni disebabkan laptop aku yang banyak berjasa siapkan assignment aku sepanjang aku bergelar mahasiswa.
Bateri? Hahahah. Buat aku gelak je. Laptop aku ni mana boleh pakai bateri kot.
Masalah berat tu belum dicerita lagi. Aku rasa macam bawak beras satu guni bila bawak laptop ke kelas atau library. Lama-lama aku pun dah jadi tough dah tak payah sibuk-sibuk pergi gym. Tambahan pulak aku pergi kelas dan library naik bas lagi la menyusahkan. Nak ku tinggalkan tak mampu sebab ada gunanya. Sabar jelah.
Lagi satu aku ni merupakan student computer network engineering, so sudah semestinya perlu menggunakan sofware yang berat. Jadi, korang bayangkanlah dengan Intel Celeron processor 560 (2.13 GHz, 533 MHz FSB, 1 MB L2 Cache), 512MB DDR2 beserta 120GB HDD, macam mana aku nak gunakan sofware yang perlu untuk course aku ni? Sekadar nak guna Microsoft Word untuk taip assignment bolehlah. Itu pun kadang-kadang heng.
So kalau aku menang contest gadget impian ni bolehlah aku dengan tanpa sengan silu online kat mamat or library untuk update blog atau layan tips blogging dari denaihati.com. Lagipun nak guna untuk buat kerja pun senang. Nak angkut kat mana-mana pon boleh.
Ciri-ciri Macbook Air yang membuat aku begitu tertarik
Macbook Air memang kedengaran agak mewah, dan hanya segelintir sahaja orang yang memilikinya. Mungkin bagi orang seperti aku agak keterlaluan jika aku menggunakannya. Namun hidup hanya sekali dan peluang untuk aku dapatkan MacBook ini bukan selalu datang. Kali ini biarlah aku cuba. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung aku? tiada siapa yang tahu. Hidup mesti berani gagal kerana kadang-kadang gagal ini memberi kita kematangan yang sudah semetinya tiada dijual di mana-mana kedai di dunia ini.
Nipis – Macbook Air, notebook ternipis di dunia, Notebook senipis 0.76 inci atau 1.94 cm ini mempunyai berat seringan 3 pound atau 1.36 kg.
Processor and Memory
Intel Core 2 Duo processor with 4MB on-chip shared L2 cache running at full processor speed
- 800MHz frontside bus
- 2GB of 667MHz DDR2 SDRAM onboard
Storage
- 80GB 4200-rpm Parallel ATA hard disk drive2
- Optional 64GB solid-state drive2
- Optional external USB MacBook Air SuperDrive
Display
13.3-inch (diagonal) glossy widescreen TFT LED backlit display with support for millions of colors
Supported resolutions: 1280 by 800 (native), 1152 by 720, 1024 by 768, 800 by 600, 800 by 500, 720 by 480, and 640 by 480 pixels at 16:10 aspect ratio; 1024 by 768, 800 by 600, and 640 by 480 pixels at 4:3 aspect ratio; 720 by 480 pixels at 3:2 aspect ratio
Benda ni memang nipis walaupun banyak benda nak kena beli sebagai tambahan untuk make sure aku boleh guna Macbook Air ni dengan lebih sempurna. Tapi aku tak kisah dengan keringanan dan kenipisan tu, memang telah memikat hati ini.
Sekian. Itu sahaja dari aku untuk contest ini. Mungkin peluang aku nak menang cukup tipis sebab aku tau aku tiada kreativiti untuk menghasilkan video muzik atau edit gambar untuk nampakkan kesungguhan aku menghasilkan entry yang bermutu seperti peserta lain. Namun aku percaya jika dah rezeki memang tak ke mana dan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL menjadi pencetus semangat kenapa aku menyertai contest ini.
Sebelum bersurai kita layan lirik Lelaki Seperti AKU yang telah diubah liriknya sesuai dengan contest gadget impian ini.
Memang tak ada Notebook seperti kamu
Tapi yang lebih hebat banyak
Memang tak ada Notebook secanggih kamu
Tapi yang lebih canggih banyak
Maka tak perlu ku susah hati
Ada yang baik nak bagi ku free
Untuk ku jadikan Notebook peribadi
Memang tak ada Notebook senipis kamu
Tapi yang lebih nipis banyak
Memang tak ada Notebook seringan kamu
Tapi yang lebih ringan banyak
Maka tak perlu ku keluarkan simpanan
Untuk beli Macbook Air Idaman hati
Kerana ada yang murah hati
Oo Denaihati tolonglah beriku Macbook Air
Nak ku beli tak mampu
Ku harap pada kamu
Ku yakin pasti dapat
Kalau itu rezeki
Oo denaihati.com tolonglah beriku Macbook Air
Ku tahu kamu baik
Ku tahu kamu kacak
Ku belum rasa lagi
Canggihnya Macbook Air
Ceritanya aku ingin guna Macbook Air
Makanya dari itu haraplah ku menang
Kerna aku memang sangat nak menang!!
– lirik edited by Cikgu Naman
Nota :
- Faizal Fredley diberi masa sehingga 11.59pm, 17/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
415 Comments
L2 cache tu apa ya..
sesiapa tahu?
kurang arif dalam bab komputer..
Curahan rasa zhazmi @ ..Penerimaan Baucar Buku 1Malaysia
sama la ngn aku..buta it..heheh…apa tu ek..x tau gak,,,
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
saya pun tertawan dengan macbook air tu. Nak menggantikan laptop ACER ku yang dah 5 tahun juga umurnya.
Curahan rasa hanani @ ..Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
wah sama…..beli jgn x beli yer…aku x mmpu nk beli…harap contest ni jer…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
MacBook Air, bahagialah yang bisa mendapatkannya, semangat FF ! Semoga anda berjaya…
Curahan rasa Dadan @ ..Keutamaan Hari Jum’at
terima kasih lagi sekali..semgat dah luntur dah tgk peserta lain ….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
haha, ingatkan tehramuan punya geng tadi
tapi memang cool lah entri macbook air ni..lain dari yang lain 🙂
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Tutorial Official CyanogenMod Samsung Galaxy Mini ( Nightly Builds )
hahaha..mai mne lak teh ni..heheh….terima kasih sb sudi komen….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
wah.. panjangnya mengarang.. memang best la macbook air ni, teringin la juga.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..Tips SEO : Bila tepat memilih kata kunci
hehehe….x sedar entry ni panjang….apa pun terima kasih yer….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
Sudah lihat MacBook Air terus jatuh cinta cuma poket tidak mengizinkan. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Gaji pegawai kerajaan wajib serah kepada isteri
sama lah ngn aku…jatuh cinta gak tapi poket kering lol….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
fuh.. nipisnya.. nipis sungguh poket kalau membelinya. tapi banyak guna tu, boleh buat potong sayur.
Curahan rasa Fizz @ ..Kreatif! Awek Melukis Menggunakan Bola Keranjang
hhaahh..setuju ngn ko….bukan setakat poket je nipis dgn rambut sekali..hehehhe
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
fuh..panjang betul entri nih..apa2pun semoha tuah menyebelahi kita berdua…semoga berjaya 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Review Filem Man On A Ledge
heheeh..kan best kalau sama2 menang..tapi ko dah jauh tinggal kan aku lol…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
ingat tak ade laptop yang hanya ada ruang 120gb hard disk
Curahan rasa zhazmi @ ..Ni Lebah Ke?
Punya saya juga malah sudah 8 tahun, hardisknya juga 120 GB
Curahan rasa Bang Iwan @ ..SEANDAINYA
hahaha..ada la..laptop aku tu…heheh
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
gud luck bro, yang paling saya suka part pantun tu, sebab saya pun suka berpantun
pagi-pagi gosok gigi
gosok gigi sambil berangan
mengalah jangan sekali kali
macbook air dah hampir di tangan
http://ahaaziz.blogspot.com/
nih ada lagi yang berpantun memberi sokongan tuk FF, saya suka pantun tapi tidak bisa buat…
Curahan rasa Dadan @ ..Keutamaan Hari Jum’at
Sungguh Cantik Gadis rupawan
setiap saat muncul diangan-angan
Macbook Air Gadget Impian
Semoga bisa jadi kenyataan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..SEANDAINYA
he..he.. pantunnya tidak seindah dengan entri diatas…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..SEANDAINYA
Ternyata bang Iwan pun pandai berpantun, bagus koq bang, kalau saya dari tadi mikir buat bikin pantun ga bisa-bisa…heheh… 🙂
Curahan rasa Dadan @ ..Keutamaan Hari Jum’at
Cuman gitu doang koq Kang, lagi pula syairnya cuman kebetulan mengena. he..he..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Say No To Valentine’s Day
terbaiklah pantun bang iwan….memang kena
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Popular @ Follower Beriban Bajet Bagus
hahaha..nice pantun ko..aku main hentam jer..x pandai sgt berpantun…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
Good luck Bro, moga impian jadi kenyataan 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Rindu dengan BLOG, rindu dengan KORANG.. rindu seSANGAT!!!
heheh….insyaallah….harap2 menang la yer…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
Mesti minat Aliff Satar ni..haha
Curahan rasa Firdaus Latib @ ..Sindrom Karya Tidak Berkualiti – Cara Mengatasinya
hahaha…x lah..tp lagu dia best gak….boleh la kalau nak layan…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
wah, siap ada pantun tu. macam david teoh pun ada, siyes kalau dapat mac book ni memang tak lena lah jawabnya. aku pun teringin gak. tapi tak tahulah bila mampu nak dapatkan. kalau faizal dapat, bolehlah aku pegang-pegang. hehe
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Mukjizat Azan
ahhaahha..david teo la sgt…..heheh..apa pun tq bro sb sokong skali…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
Mantep dapat gadget lagi,..
Herm…laptop ni guna yg murah pon dah ok. Laptop acer hang tu cuma perlu tambah RAM ok ler tu. harga laptop sekarang ni tak der ar mahal cam harga laptop dulu.
Kalau guna Mac pon sok lusa kalau problem masyukk juga nak maintenance tu. awal2 memang ar masyukkk jer and teruja bila berada dalam genggaman. bila dah lama2 baru tau masyukkk ke tak..hu3..
apa2 pun Good luck for u bro.
Curahan rasa M’Rie R’Nie @ ..Stroom Featured 125×125 Auto Change Ads
laptop aku tu dah tambah ram dah…3 gig dah…processor dia kot..processor mhal bro..baik tukar laptop jer….aku pilih mac ni sb hadiah contets kalau pilih hadiah biasa agak rugi lah kan…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
Comments are closed.