Macam mana nak rajinkan diri solat 5 waktu

Spread the love

Pertanyaan “macam mana nak rajin solat?” ini mendapat perhatian dan ramai yang berkongsi cerita, cara dan kisah mereka berkaitan solat. Antaranya:

“Salam bro, just nak share pengalaman saya. Saya ni tak ada lah rajin solat dan selama berapa tahun hidup ni, memang jarang sekali practice tuntutan agama. Lepas kahwin baru konsisten sikit. Tapi apa yang membuatkan saya rasa nak solat tanpa paksa adalah atas dasar rasa “grateful”. Syukur masih ada bumbung atas kepala, masih boleh beli makan minum, syukur masih boleh kerja dan lain-lain.

Solat ni sebagai tanda kesyukuran. Bila saya ubah mindset macamni, tak ada rasa tepaksa dan solat pon rasa tenang. Mungkin pengalaman saya ni boleh bantu bro juga, InshaAllah. Have a good day”

Ada juga yang berkongsi “Bang saya nampak abang tweet cara nak jaga solat. Saya cadangkan abang mula dengan perbetulkan wudhu. Take time amik wudhu, sebab bilal bin rabbah sahabat nabi sampai terdengar tapak kakinya di syurga kerana khusyuknya dia berwudhu. Lepastu abang lebihkan sikit bahagian yang perlu diratakan, Alhamdulillah rasa auto suka rukun-rukun solat. “

Dalam usaha untuk rajin solat, boleh juga amalkan doa ini secara sungguh-sungguh dan yakin Allah akan makbulkan dan bantu

Ya Allah, jadikanlah aku orang yang sentiasa melaksanakan solat. Begitu juga anak keturunanku. Whai tuhanku, kabulkan doaku. Amin

Kepentingan Solat Dalam Kehidupan,

Solat merupakan tiang agama. Ia merupakan rukun Islam yang kedua selepas daripada mengucap dua kalimah syahadah.

Amalan pertama yang akan dihitung di Hari Kiamat nanti adalah pada solat seseorang. Sekiranya solat fardhu seseorang tidak dilaksanakan dengan sempurna, maka amalan lain tidak lagi berguna.

Kewajipan solat merupakan perintah Allah S.W.T kepada hambaNya yang cukup syarat. Ia dapat memberi  kesan positif dalam kehidupan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna.

Mengerjakan solat dengan sempurna dapat memelihara diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud “sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar” (Surah al-Ankabut ayat 45).

Solatlah selagi nyawa masih ada, mula dengan paksa diri hingga selesa dan bersalah jika tidak melaksanakannya

@santapanminda

Walaupun kita belum baik, tapi solat tetap wajib #solat #taubat #fyp

♬ PadaMu Kubersujud – Religi Islam – Afgan

macam-macam lagi cara yang kita boleh buat yang penting kita usaha ke arah itu. Usaha ye? pasti boleh


Spread the love

2 Comments

  1. Bagi Artie selalu beringat yang dalam setiap kita lakukan di dunia, mesti ada buat dosa – sedikit sebanyak. Dengan cara bersolat dekatkan diri kita pada Pencipta, antara cara mohon kemaafan buat diri & keluarga.

    1. Salam.jika saya.guna pertua utk rajin solat..air batu..air sejuk.terus pangkah.sebsb tangkap lutut jadi sakit.malas solat..air suam terbaik UTK lutut..badan kaki sihat otak cerdas.solat rajin sebab ingat tuhan..wslm

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!