Malam Nisfu Sya’ban

Spread the love

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan Salam Syaaban,

Malam Nisfu Syaaban adalah pada pertengahan bulan iaitu tanggal 15 Syaaban. Berdasarkan hadith, tiada amalan khusus untuk malam Nisfu Syaaban ini.

Namun, sebagai umat Islam, berdoalah dan mohonlah ampun atas keberkatan bulan Syaaban itu sendiri dengan niat untuk meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

Menurut pandangan Dr. Yusuf al-Qaradawi tentang amalan pada malam Nisfu Syaaban, tidak pernah diriwayatkan dari Nabi SAW dan para sahabat bahawa mereka melakukan amalan tertentu seperti; berkumpul di masjid, membaca doa tertentu dan solat sunat tertentu yang dikhaskan pada malam itu. Selain itu juga, tidak ada riwayat untuk membaca surah Yasin, solat dua rakaat dengan niat untuk panjang umur, selamat dari musibah dan dimurahkan rezeki. Namun jika dilebihkan doa dan amal ibadah pada malam itu, tidaklah salah asalkan tidak menyalahi akidah Islam.

Malam Nisfu Sya’baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Berkata Imam asy-Syafi’ie dalam kitabnya al-Umm:

“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan MALAM NISFU SYA’BAAN.”

Malam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah taala.

Para tabi’in tersebut menghidupkan Malam Nisfu Sya’ban dengan dua cara:

Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk solat sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti solat sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nisfu Sya’ban dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi’in itu.

Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya’baan yang menjelang.

Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Aamiin.

Bacaan yang lain:


Spread the love

3 Comments

  1. Tidak ada amalan khusus. Jadi sebaiknya banyakkan amalan yang ‘dekat’ dan ‘serasi’ dengan diri supaya amalan itu dapat dibuat dengan sepenuh hati bukan seperti dipaksa-paksa. Kerana kita mahu amalan yang berterusan bukan setakat malam nisfu syaban semata-mata.

    Jika seharian dia tidak lepas membaca alQuran jadi malam itu boleh bertadarus panjang. Jika zikir sehariannya selawat, jadi malam itu boleh amalkan selawat yang pelbagai dan panjang-panjang daripada biasa. Begitulah…
    Curahan rasa ahmadyani @ ..Ada Resepi Air Soya Tak Tuan? Bulan Puasa Nak Dekat Dah Ni, Saya Cadang Nak Bisnes Air Balang Kat Bazar Ramadan La….My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!