Maaf tertweet entri lucah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku nak mohon maaf kepada semua 63 ahli dan paling utama kepada 68,850 rakan twitter Tribe Denaihati Network yang telah menerima beberapa tweet yang tajuknya agak lucah. Ramai sangat yang tidak selesa dengan tweet yang berunsur lucah walaupun kandungan entri tidak selucah mana pun. Ahli Tribe Denaihati Network kena faham kita berada dalam network yang besar dimana setiap entri kita automatik akan di tweet oleh ahli kepada rakan twitter mereka yang lain jadi jangan jadikan ahli lain seperti Blogger Trafik Hunter.

Memang ramai yang tak puas hati :

  • @Bella @restnrileks @Mariuca > ya, bro @denaihati ada ramai twitter followers, malu kalau org fikir he sokong post lucah..tsk tsk
  • @Ariffsah > Tak perlu kot entri2 yang guna keyword keywords lucah. Merosakkan account twitter orang lain je.
  • @RestnRileks > Ariff, yanmie. Memang betul. Ramai juga yang tegur (bukan ahli triberr) yang tanya kenapa restnrileks ni lain macam je kandungan dan cara penyampaian. Heheee. Dah la auto tweet status ke Wall Fb juga. Kena fikir ni. Kena fikir.
  • @Mariuca > Setuju amat sgt, mmg Merosakkan timeline org, deleted and this is not the first time entry2 sebegini Dari akaun tersebut!
  • @Azmanisma > Minta diberi amaran keras kepada yg berkenaan atau removed sahaja sebab,twitter saya disharekan di fb..so tak sesuai kalau ada tajuk macam tu.Saya pun tak ada masa nak check triberr setiap masa
  • @Muhammad Hafiz > aku baru je sedar pasal ni.. sbb mmber fb tegur.. aduhh.. malunya aku..

Tujuan Tribe Denaihati Network adalah untuk berkongsi informasi dan luahan rasa hati kepada seberapa ramai rakan twitter yang boleh. Menjadi tanggungjawab kepada setiap ahli untuk berkongsi sesuatu yang tiada unsur lucah kerana ramai yang sangat sangat tidak selesa dengan tajuk entri lucah. Entri bertajuk lucah memang boleh menarik trafik tetapi kalau pandai memaksima teknik SEO entri biasa pun boleh menarik lebih banyak trafik berbanding entri lucah. Tak percaya ini buktinya @ Kajian Trafik Blog.

Ramai yang sedang menunggu untuk masuk Tribe Denaihati Network jadi kepada yang dah jadi ahli kalau rasa Tribe Denaihati Network banyak memberi manafaat jangan dipersiakan. Aku selaku Chief untuk Tribe Denaihati Network tidak teragak-agak akan mengambil tindakan untuk mengeluarkan mana-mana ahli yang menyusahkan ahli yang lain.

Kepada ahli Tribe Denaihati Network ambil masa untuk login akaun Tribber dan lihat senarai entri dan delete mana-mana entri yang tak berkenan dihati dan jangan lupa juga klik +ve karma tanda sokongan pada entri yang kita tweet.

Kepada rakan twitter yang mempunyai twitter follower melebihi 500 kalau nak join Tribe Denaihati Network boleh tinggalkan Username Twitter @ Tribe Denaihati Network.

Kepada ahli Tribe Denaihati Network kalau nak belajar buat setting jom terjah @ Setting Akaun Tribber.

Baca juga Analisa Ringkas Trafik dari Tribber @ Zulseffort.com


Spread the love

65 Comments

  1. tengok tujuan utama dan sebab mengapa buat macam itu. Itu lag penting bagi aku. Kekadang, apa yang kita fikir, tak sama dengan orang lain fikir..

  2. tak perlulah guna keyword lucah semata2 untuk tarik trafik. tapi kalau tajuk lucah tapi kandungan entri untuk menyedarkan orang yg mencari dengan keyword tersebut rasanya itu lebih baik

  3. Ya Allah, saya baru berberapa minggu lepas luahkan tentang hal ni kat twitter, nak keluar dari TRIBE pasal malu dengan auto retweet post yang lucah…saya malu sangat…pasal blog saya tidak menyiarkan gambar2 wanita yang membuka aurat…
    Curahan rasa Cik Kuntum @ ..Penyakit 3B BloggerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!