Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa tak kenal Lisa Surihani antara artis paling terkenal di Malaysia juga Ratu Sosial Media Malaysia. Lisa Surihani adalah duta MSMW2012 antara pengguna Facebook yang awal sejak 2008 mempunyai follower fanpage kedua paling ramai di Malayais melebih daripada 1.9 juta selepas Upin & Ipin. Follower twitter Lisa Surihani juga melebihi 540k tetapi tidak tersenarai dalam Top 100 Twitaholic Malaysia mungkin kerana beliau tak set negara kepada Malaysia.
Apa yang kita boleh belajar daripada Lisa Surihani ialah tidak menggunakan promosi murahan untuk melonjakan nama beliau dalam industri seni Malaysia walaupun mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial media malah menunjukkan bakat seni yang berkualiti dalam setiap drama filem yang dibintangi. Antara filem yang paling ngetop dibintangi oleh beliau adalah Ombak Rindu.
Dalam dunia Sosial Media Malaysia yang semakin pesat berkembang ramai pengguna menganggap dunia bebas tanpa batas dan bebas bersuara apa sahaja yang hendak disuarakan sehingga lupa bahawa setiap negara ada undang-undangnya. Hampir semua pembentang kertas kerja di MSMW2012 daripada berbagai negara mengatakan bahawa di negara mana pun di dunia tiada kebebasan 100%. Kita mesti bertanggungjawab dengan setiap apa yang kita tulis di wall Facebook dan yang di tweet di Twitter sebab setiap informasi ini akan pergi viral menjelajahi dunia siber tanpa batasnya.
Mungkin anda boleh buat Facebook Kelab Murtad, Facebook Kelab Gay, Menyebarkan Hadith Palsu, Mencari Pelanggan untuk Melacur diri dan sebagainya siapa yang kisah tetapi akhirnya kalau ianya boleh mengugat keamanan sebuah negara pasti tindakan akan di ambil oleh Pihak Berkuasa. Mungkin aku agak ketinggalan tetapi bagi aku tiada agama dalam dunia yang memberi kebebasan 100% pada pengikutnya. Dalam Islam ada hukum dan tertib yang mesti dipatuhi untuk mendapat ganjaran tanpa batas Syurga abadi kerana dunia ini hanya tempat persinggahan yang sangat sebentar.
Sosial Media ini ibarat pisau kalau digunakan dengan baik maka hasilnya baik sebagaiman Lisa Surihani menggunakan Sosial Medianya untuk berinteraksi dengan peminat beliau bukan menyebarkan gosip liar.
Nota : Ketika majlis pengenalan MSMW2012 tak ambil gambar Lisa Surihani sebab ramai sangat serbu beliau tapi nak best masa kat parking rupanya parking sebelah sebelah jadi sempatlah bertukar kad dalam gelap
193 Comments
Bahaya tu DenaiHati jika ada yg merakamkan detik2 pertukaran kad dgn Lisa Surihani di tempat letak kereta di kawasan yg gelap pulak tu!!! 🙂
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Hehee, kena tangkap dengan abg Yusry naya ler.. 🙂
Lisa tengah darah manis sekarang ni 😉
Curahan rasa Myra Jay @ ..MJ nak menang Nikon D90 dari Denaihati – Harap Rakan2 sudi membantu
Menjadi idola kepada artis yg baru utk mengikut trend yg dibawa oleh beliau.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Sukses buat mba Lisa.
Curahan rasa salsabila @ ..Stella Perfume
Memainkan watak yg paling penting dlm cerita Ombak Rindu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Semoga perkahwinan Lisa Surihani kekal bahagia bersama Yusry nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
semoga cepat2 menimang cahayamata…
Curahan rasa Nana @ ..Rosak Otak Akibat Makan KFC
Semoga suatu hari nanti sang blogger akan jadi seperi artis, diserbu peminat fanatik spt DenaiHati ke?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
hahaha…best tu…sensasi2020 paling top nanti selepas DH
Curahan rasa Nana @ ..Rosak Otak Akibat Makan KFC
tumpang singgah Dh.Nak tanya,nak rembat dari mana eh top visitor untuk blog wordpress ??
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Permainan Dikala Waktu Kecil Ku 3
saya sayang Lisa surihani!
Sama jugak, sayang ketat2 dengan Lisa Surihani 🙂
Comel dan pandai jaga diri 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..MJ nak menang Nikon D90 dari Denaihati – Harap Rakan2 sudi membantu
Saya juga, anggun orangnya dan cantik.
Curahan rasa salsabila @ ..Buy Perfume Online
LIsa memang best!
tukar kad dalam gelap? huiyoooo
Curahan rasa sjiehan @ ..Perkahwinan Imam Muda Hassan & Fardatul Ulfah
artis kalau orang tak serbu memang tak sah la..kalau blogger jadi macam tu..hmm hmmm
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Tutorial Penggunaan Sygic GPS Navigator Di Android ANDA (Peta Malaysia)
pasni orang serbu hang la pulak… hehehehe
Curahan rasa sjiehan @ ..Perkahwinan Imam Muda Hassan & Fardatul Ulfah
tukar kad dalam gelap bersama Lisa? wow! 😀
Curahan rasa caenz @ ..Tonton Drama Online Korea Secara Percuma
Lisa ini salah satu wanita idaman semua pria…hehehe 😀
Curahan rasa Dadan @ ..Nasehat dan Doa untuk Fajar
termasuk idaman kang Dadan juga ,heheheh
Curahan rasa salsabila @ ..Creed Perfumes
niat di hati mmg nk bgambar dengan lisa masa tuh tapi kan bila ramai sangat yang pergi kat dia terys kuar dewan .. makan lagi best kuikui
bertukar kad dalam gelap rupanya hahahahha..
MSMW2012 banyak mengubah cara berfikir kalau nak banding kan dengan dulu2 kala… mmg tak rugi pun pergi sana
Curahan rasa namia @ ..Kebebasan Yang Terhalang
Saya kenal lisa surihani hanya dia yang tak kenal saya. Haahahhaha..
Kalau tak caya, cuba tanya dia.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..EPISODE1—>PERCUTIAN KELUARGA: PERSIAPAN
kalau saya lebih parah, saya tak tahu siapa Lisa, apalagi Lisa lebih tak tahu lagi sama saya…hehehe.. 😀
Curahan rasa Dadan @ ..Nasehat dan Doa untuk Fajar
Hehehehe,, bisa aja kang Dadan.
Curahan rasa salsabila @ ..Stella Perfume
Tak dapat tengok Lisa Surihani depan-depan, parking kereta sebelah kereta lisa pun jadilah yer tak bro…. hehehe
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Video pilihan aku #1
Comments are closed.