Lisa Surihani kini hijrah bertudung, mohon orang ramai doakan semoga Istiqamah

Spread the love

Sebut sahaja nama Lisa Surihani, siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon comel kecil molek ini bukan?

Lisa Surihani.

Lisa yang dikenali dengan sifat lemah-lembut dan keibuannya itu membuatkan masyarakat menjadikan dirinya sebagai seorang idola. Mana tidaknya, Lisa merupakan salah seorang artis terkenal tanah air yang juga berjaya dalam kehidupan.

Tambahan pula, baru-baru ini setelah pulang dari mengerjakan umrah, Lisa kembali dengan penampilan terbaru iaitu berhijab. Sudahlah dirinya memang manis, diserikan lagi dengan hijab, tambah manis pula bila tengok.

Penampilan terkini Lisa Surihani.

Penampilan terkini Lisa Surihani membuatkan warganet memberikan komen positif buatnya.

“Doakan saya terus istiqamah”

Lisa dan keluarga tersayang.

Menurut laporan, sekembalinya Lisa daripada menunaikan umrah, dia tampil berhijab ketika memuat naik gambar di laman Instagram miliknya. Peminatnya juga turut berharap semoga imej terbaru ini dikekalkan sampai bila-bila.

Namun begitu, Lisa turut menjelaskan bahawa dia menganggap keputusan sama ada mahu kekal bertudung atau sebaliknya merupakan keputusan peribadi yang akan diputuskan oleh dirinya sendiri.

“Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan. Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu.”Lisa Surihani

Image from Kosmo

Lisa turut mengatakan bahawa dia bimbang jikalau dia memuat naik foto berhijab seolah-olah mahu meraih pujian sesama insan

Ianya adalah satu keputusan peribadi bagi dirinya dan dia juga turut mengambil masa yang agak lama untuk memuat naik foto pertamanya berhijab di laman Instagram. Lisa berharap supaya dirinya akan terus istiqamah dan melakukan semua ini kerana Allah SWT, bukan kerana tekanan atau kehendak sesiapa.

Image from Kool FM
Image from Google

Lisa menjelaskan bahawa dia mahu menjalani dan menikmati fasa baharu ini dengan perlahan-lahan. Selain itu, dia turut menceritakan tentang pengalaman mengerjakan umrah bersama suami, anak dan keluarganya baru-baru ini merupakan sesuatu yang begitu indah buat dirinya.

Apa pun, kami akan mendoakan supaya Lisa terus beristiqamah. Amin.


Spread the love

9 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!