Assalamualaikum dan salam 1Dunia, banyak pulak trafik yang masuk dari keywords Lisa Surihani. Mungkin kerana entri “Lisa Surihani Ratu Sosial Media Malaysia” tetapi bukan itu yang dicari. Yang mereka cari adalah berita terkini perkahwinan Lisa Surihani dengan Yusry, gambar majlis pernikahan Lisa Surihani, gambar majlis resepsi perkahwinan Lisa Surihani dan video pernikahan Lisa Surihani. Kabarnya ramai jejaka yang kecewa setelah tersebar gambar pernikahan Lisa Surihani dengan Yusry KRU.
Lisa Surihani dapat seutas rantai Platinum sebagai mas kahwin bersama wang hantaran yang dirahsiakan (baguslah buat apa nak tunjuk-tunjuk) dan 7 dulang barang-barang hantaran. Kepada yang belum tahu harga platinum ni lebih kurang je dengan harga emas. Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry berlansung di Hotel Marriot, Putrajaya pada 23/2/12. Majlis resepsi perkahwinan Lisa Surihani Dan Yusry akan diadakan pada 26/2/12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Kabarnya akan ada siaran lansung majlis resepsi perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry oleh Astro Awani 501 bermula 25/2/12 sehingga pada majlis resepsi tersebut.
Video Majlis Ijabkabul Lisa Surihani dan Yusry.
Selamat Pengantin Baru untuk Lisa Surihani dan Yusry. Semuga berkekalan bahagia sehingga ke Syurga.
Boleh dapat update terkini Majlis Resepsi melalui Sosial Media beliau di Facebook Lisa Surihani dan Twitter Lisa Surihani. Adakah Lisa Surihani akan update kisah kehidupan baru bersama Yusry di sosial medianya, kita tunggu.
Video Promo Majlis Resepsi Lisa Surihani dan Yusry
Firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur 24:32 yang maksudnya “Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui”
181 Comments
congrats to both. tapi seyes jeles.wuuuuu..mengapa lisa?why??nande yanen??
Curahan rasa arelan @ ..LaGi-LaGi NaSi MiNyaK
hehehe…saya pun jelez ni….
Curahan rasa Nana @ ..BERSIH 3.0 di Miri, Sarawak.
to Lisa selamat pengantin baru semoga berbahagia hendaknya
to yusri tak de ker zarul?
Curahan rasa Nana @ ..BERSIH 3.0 di Miri, Sarawak.
mmg ramai pon yang kecewa.. lagi2 jejaka bujang.. kalo yg x bujang pon, mungkin ade yg kecewa jugak.. kahkah
Curahan rasa fathiah jasni @ ..#Timeline : Gadis dan Kurung
lisa milik yusri,
yusri milik lisa sudah…
Curahan rasa Nana @ ..BERSIH 3.0 di Miri, Sarawak.
Jari disarung penanda diikat,
Sahlah mereka perkahwinan dilafazkan,
Banyak yang kecewa dan juga terperanjat,
Biarkan mereka hidup dalam kebahagiaan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Moga Manis lagi hati budinya
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012
Jari manis warna diinai,
Muka berseri dimekap manis,
Pasangan dirai penuh mempelai,
Tepung ditawar mawar direnjis.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Hidup ceria bersama pasangan,
Pasangan dirai penuh menawan,
Hidup bahagia bertambahlah keturunan,
Cahaya mata ditunggu penyeri kehidupan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Cincin disarung di jari manis,
Rantai dikalung di leher Suri,
Ikutlah sunah serta hadis,
Hidup diberkati bertambahlah rezeki.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Pengantin dimempelai penuh berseri,
Pengikat kasih pemanis jalinan,
Wahai Yusry kasihlah pada isteri,
Semoga bahagia mudah-mudahan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Kakanda tampan nan rupawan
Memakai baju satin emaslah bersangkur
Adinda cinta tiada akhiran
Dalamnya cinta nan tak terukur
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012
Anak diriba sambil memnyusu,
Semoga bahagia hingga ke anak cucu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Bunga raya si bunga dahlia,
Setelah berkahwin semoga bahgia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Pergi ke pasar memberi strawberry,
Buat oengantin Lisa surihani dengan yusry.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Darilah Tumpat ke Kota Bharu,
Tahniah dan selamat pengantin baru.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
anak ikan dipanggang sahaja
hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja
hendak dipinang tiada berduit
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012
Sudah lama mengikat tudung
Baru kini diampaikan
Sudah lama niat dikandung
Barulah kini disampaikan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012
tahniah buat kedua-dua mempelai. semoga cpt timang anak. buktikan kau tak mandul, yusri!
hehe
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Starbucks Coffee Fukuoka: Ilham Kengo Kuma Daripada D-Day?
aduh..kita tunggu dan lihat
kalau ada baby, tentu comel kan?
Curahan rasa Nana @ ..Kenali Lelaki Melalui Zodiak
tentu anak mereka comei2 blaka…
Curahan rasa Nana @ ..BERSIH 3.0 di Miri, Sarawak.
kenapa platinum mahal tapi bila jual semula tak laku tak macam emas yg sentiasa naik?
Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Skon Buttermilk Asas | Basic Buttermilk Scone
yalah…sedangkan sama2 mahal…
Curahan rasa Nana @ ..Kenali Lelaki Melalui Zodiak
Comments are closed.