Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tertarik dengan entri blogger hebat Eizil yang bertajuk “Inilah kata laluanku“. Banyak tips yang telah dikongsikan untuk mencipta kata laluan untuk apa juga akaun online seperti akaun email, blog dan sebagainya. Setelah membaca entri tersebut terasa pulak aku nak kongsikan entri lama tentang password yang pernah aku buat tahun lepas. Semuga perkongsian aku dan Eizil dapat membantu teman-teman mencipta kata laluan atau password yang sesuai untuk akaun online kita.
Berikut adalah entri lama yang pernah aku kongsikan untuk tatapan kembali teman-teman baru dan lama :
Apabila kita ada cita-cita yang nak dicapai maka Pakar Motivasi nasihatkan kita antaranya :
1. Letakan gambar apa yang kita cita-citakan itu di tempat yang kita boleh lihat setiap hari.
2. Setiap hari ambil masa 2 minit untuk fikir dan bayangkan bahawa kita telah mencapai apa yang kita cita-citakan itu.
3. Tuliskan cita-cita kita sebanyak 100 kali berulang-ulang setiap hari.
Contohnya jika kita ingin memandu kereta BMW 5series modal terbaru maka hendaklah kita melihat gambar kereta idaman kita, bayangkan selama 2 minit yang kita sedang memandu kereta idaman dan tuliskan di atas kertas berulang-ulang sebanyak 100 kali dan lakukan setiap hari. Tujuannya adalah untuk memasukan cita-cita kita itu ke dalam Minda Separa Sedar yang tidak pernah tidur. Kuasa Minda Separa Sedar yang menguasai 90% pemikiran kita sangat menakjubkan sekiranya kita pandai menggunakannya.
Aku nak cadangkan suatu lagi cara yang sangat praktikal yang boleh kita menyimpan cita-cita ke dalam Minda Separa Sedar. Cuba kita ingat satu hari berapa kali kita LOG IN ke dalam akaun samada akaun online banking, affiliate programmes, akaun blog, email, youtube, twitter, facebook, myspace dan sebagainya….BERAPA KALI AGAKNYA??? Selalunya kita gunakan nama, tarikh lahir, no hp, nama mak we/pak we dan sebagainya sebagai password untuk LOG IN sesuatu akaun.
APA KATA mulai hari ini kita tukar password kita kepada cita-cita kita contohnya “NAKKAYA, MATIBERIMAN, JADIJUTAWAN, MASUKSYURGA, SUKABMW” dan sebagainya mengikut cita-cita kita. Kalau nak lebih selamat tukarlah A=4, I=1 dan E=3. Bayangkan kalau 100 kali kita LOG IN sehari maka 100 kali lah kita taip cita-cita kita dan insyallah ianya akan disimpan ke dalam Minda Separa Sedar.
Daripada pengalaman aku kita PASTI AKAN DAPAT apa juga yang kita simpan dalam Minda Separa Sedar cuma masa yang akan menentukan..lagi pun kejayaan tak datang sekelip mata. Kalau tak percaya buatlah selama 1 TAHUN tanpa berhenti dan rasakanlah hasilnya sendiri….kalau dah berjaya jangan lupa INFAQ ke Sekolah Agama GHUFRAN ya!!!
[ad#Mangga 300]
193 Comments
betul tu… kata2 kita adalah 1 doa… jadi lazimkan menyebut benda2 yang elok~
Curahan rasa sjiehan @ ..Cat dari gelatin babi.. !! Boleh ke pakai?
cadangan password
SELFMADEMILLIONAIRE
Curahan rasa ariff @ ..Gadis Malaysia Lebih Menyukai Lelaki Yang Menggunakan Android Berbanding iPhone?
ha mungkin ada baik & betulnya entri ini, terima kasih DH..
itu la kadang² kita guna kata laluan yang simple je, so ada yang blh mengagak kata laluan tu
*tq singgah di teratak KA.
Curahan rasa Kamarul Azri™ @ ..Fakta menarik tentang lelaki
manuasia yang berusaha.. Tuhan yang menentukan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Kasih Sayang Tanpa Batas Selamat Hari Ibu
Wa, saya suka komentar bang Iwan ni.. biar kita berusaha saja kan.
Curahan rasa Steward John @ ..Era FM Is Now In Kota Kinabalu
Comments are closed.