Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah lama sifu SEO bahasa Melayu, Ariffshah tidak menulis di blog Denaihati mungkin sibuk menguruskan jual beli eBook SEO Bahasa Melayu (dah order ke?). Contest SEO memang sesungguhnya banyak membantu melonjakkan nama blog Denaihati tetapi sebenarnya bukan mudah untuk menguruskan contest SEO terutama nak menghadapi pakar-pakar SEO yang ada berbagai strategi. Semuga pandangan Ariffshah untuk contest SEO sedikit sebanyak dapat membantu Rakan Blogger yang merancang untuk menganjurkan contest SEO di masa akan datang. Joom baca ….

Sekarang ni berlangsungnya contest SEO Eyriqazz vs Denaihati dan sebelum ni, contest SEO Lelaki Kacak telah pun tamat. Berdasarkan keputusan contest SEO lelaki kacak, saya kurang berpuas hati dengan keputusan tempat pertama contest tersebut yang dimenangi oleh Lelakikacak.com.

Logik tak?

Pada saya, tak logik sebenarnya penganjur memilih domain Lelakikacak.com sebagai pemenang. Come on la.. Nampak sangat tak adil kepada peserta lain. Pemilik lelakikacak.com dah ada kelebihan yang sangat besar dalam contest tersebut hanya dengan memiliki domain tersebut. Selebihnya, pemilik domain tersebut hanya perlu mendapatkan social vote (Facebook Like, +1 dan ReTweet) untuk domain tersebut, backlinks dan sedikit trafik yang keluar masuk.


Seperti yang diajarkan dalam ebook saya

Kritikan saya adalah kepada penganjur iaitu en. Titan yang mungkin tidak memahami semangat sebenar contest SEO yang dijalankan atau mungkin tidak menyedari bahawa keputusan yang dibuat sangatlah tidak adil kepada peserta lain. Maaf, bukan nak cari gaduh atau apa, cuma pada pandangan saya tentang outcome daripada contest ini sangatlah tidak adil kepada peserta lain yang memperjuangkan domain blogpost mereka untuk mendapat ranking tertinggi bagi keyword lelaki kacak tetapi yang menang tempat pertama adalah top level domain.

URL Entri atau Top Level Domain?

Saya juga nampak keputusan yang tidak konsisten untuk contest tersebut. Adakah URL entri lelaki kacak atau top level domain yang diperjuangkan untuk ranking tertinggi? Pemenang tempat pertama dipilih berdasarkan top level domain lelakikacak.com manakala pemenang tempat kedua dipilih berdasarkan url entrinya www.jomkongsistory.com/2012/03/lelaki-kacak-itu-apa.html. Apakah?

Soalan ini penting kerana kekuatan ranking URL entri adalah tidak sama dengan kekuatan ranking domain untuk keyword. Pada pendapat saya, kalau dah nama contest SEO, maka yang sepatutnya ranking untuk entri yang didaftarkan itulah dinilai untuk mencari pemenang contest sebab naturally, peserta lain akan bertungkus lumus mempromosikan entri penyertaan mereka dan mendapatkan backlink untuk entri tersebut.

Kepada yang lain, anda perlu faham satu je, kenapa orang beli domain dengan keyword yang best dan menjualnya kepada orang lain pada harga yang sangat mahal? Sebabnya adalah orang sanggup beli kerana nilai SEO yang ada pada keyword tersebut boleh mendatangkan keuntungan besar kepada mereka. Bila keyword adalah sebahagian daripada domain, kelebihan besar dah ada kepada pemilik domain tersebut untuk mendapatkan ranking tertinggi.

Nasihat saya kepada penganjur dan bakal penganjur contest SEO, batalkan penyertaan entiti-entiti yang buat blog dan letakkan keyword dalam domain semata-mata untuk join contest SEO. Nak buat boleh, takde masalah cuma gunakan blog tadi untuk berikan backlink kepada entri asal di blog original anda tapi blog baru yang dibuat ni (dengan contest keyword) tidak boleh dipertandingkan dan tidak layak untuk menang.

Kepada en. Titan, ini bukanlah entri cari gaduh atau apa-apa. Maaf kalau terkasar bahasa atau terguris di hati. Saya hormati bro sebagai otai dan blogger yang ada banyak pengalaman cari income dari blog, mungkin isu ni bro dah terlepas pandang. Takpelah. Contest dah pun lepas dan entri ini ditulis sebagai panduan kepada penganjur dan bakal penganjur contest SEO pada masa hadapan.

Personally, saya bosan tengok banyak blog baru wujud semata-mata untuk memenangi contest SEO tapi lepas tu, blog tu dah takde value dan mati macam tu je. No point langsung.


Spread the love

243 Comments

  1. hehe…itulah pasal…sanggup beli domain baru tuk contest semata-mata…motif untuk menang sahaja…nak buat macam mana…benda pun dah lepas…harap lepas ni keluarlah satu syarat baru…pemilihan pemenang adalah berdasarkan entri sahaja…adil dan saksama. 🙂
    Curahan rasa Mohd Isa @ ..Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2012 M / 1433 HMy Profile

  2. contest ni bagus sebenarnay untuk test skill dan meningkatkan lagi skill SEO masing2 tetapi kepada penganjur biarlah lebih bersika adil dan dapat kendalikan contest dgn baik

  3. sy sokong pernyataan bro DH..ada sesetengah peserta yang bukan mempertandingkan entri tapi ada jugak yang berusaha menyelitkan kata kunci SEO tu dicelah ceruk domain demi mendapatkan tangga pertama dalam carian google..

    kalo camtu lebih baik aku daftar nama blog “eyriqazzvsdenaihati[dot]blogspot[dot]com pehtu masuk contest..dah tentu melekat je robot google tu kat blog gitu kan ? hehehe
    Curahan rasa pipoq @ ..28 tahun tersalah imaginasiMy Profile

  4. Tidak mengapa. Mungkin Titan ada matlamat ia sendiri untuk rakan blogger.

    berdasarkan pemahaman saya TLD mmg mampu kuasai keyword di serp. Jika kena pada tempatnya. Dan PR yang tinggi. Kalau PR0 rajin backlink pun boleh kawal Serp.
    Curahan rasa ProfHariz @ ..Apa Ada Pada Ramadhan Yang KunantiMy Profile

  5. Setuju dengan bro.

    Top Leve Domain Vs PR = Jelas mudah dengan domain..

    But

    High PR VS PR0 (skalipun) = belum tentu high PR leh menang hehe…

    Top Label Domain mmg terbukti relevance dan keutamaan tggi. BANYAK keyword globl yg high compete dah buktikan kat SERP akan keutamaan top level domain. Then bnyk jg kat SERP dah buktikan low PR dan High PR bukan penentu jika di amati.

    Apa pon layan je, leh uji something…

    1. Kalau aku buat contest SEO aku tak fikir pasal peserta sebab pemenang pasti bawa balik hadiah tapi aku lebih pentingkan penganjur dan sponsor. Bukankah kalau kita buat syarat hanya blog yg ada PR tinggi akan memberi backlinks yang lebih berkualiti kepada penganjur. Modal dah keluar jadi contest SEO tersebut mesti bagi manafaat yg maksima pada penganjur. Apa komen bro?
      Curahan rasa denaihati @ ..Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2012My Profile

      1. Elok dan bagus benar la tu bro. Ballance dan sama memberi juga merasa 😀 . masing2 pasti ada dapat something yg bervalue.. penganjur dan rules tu la paling penting. Pemenang mmg akan bermakna dgn dua tu. Setuju setuju bro 🙂

      2. Peserta yg dpt hadiah berteriak kegembiraan, tapi kesimpulan ttg penganjur dan sponsor yg menjadi isu, kepada yg berkenaan buatlah sesuatu contest tu dgn adil dan saksama, sama2 dpt manfaat terhadap contest yg dibuat, ini akan membuat para pengunjung tertarik dan terfikir bahawasanya peluang nak menang sama rata utk blogger baru dan lama.
        Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan BerpuasaMy Profile

  6. Kan termeterai sudah satu post mortem (kesimpulan). Masing2 ada pandangan dan kritikan. sebenarnya semuanya membina. Seperti disebut dalam komentar sebelumnya, biarlah kontes lalu menjadi penanda aras, untuk kita menjadi lebih baik (samada penganjur mahupun peserta). Semuanya ada kebenaran dan tidak boleh disalah mana2 pihak. Pentingnya disini rata2 memahami apa erti seo dan bagaimana menggunakan dengan bijak dan kreatif. Biarlah kita gunakan teknik dengan berhemah kerana ia dapat membantu kita dimasa akan datang- insya-allah.

    Selamat terawikh, bersahur dan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.

  7. nice said. Saya dah mula terperasan blog yang menang tu sebelum ini dan saya dah agak memang potensi untuk menang adalah lebih besar dengan domain macam tuh. Serius saya cakap, blog tu wujud purposely hanya untuk menang that competition.

    Kalau beginilah, hilang minat pula nak join mana-mana contest selepas ni.
    Curahan rasa Faizul @ ..Patutkah aku ada domain sendiri?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!