Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah lama sifu SEO bahasa Melayu, Ariffshah tidak menulis di blog Denaihati mungkin sibuk menguruskan jual beli eBook SEO Bahasa Melayu (dah order ke?). Contest SEO memang sesungguhnya banyak membantu melonjakkan nama blog Denaihati tetapi sebenarnya bukan mudah untuk menguruskan contest SEO terutama nak menghadapi pakar-pakar SEO yang ada berbagai strategi. Semuga pandangan Ariffshah untuk contest SEO sedikit sebanyak dapat membantu Rakan Blogger yang merancang untuk menganjurkan contest SEO di masa akan datang. Joom baca ….

Sekarang ni berlangsungnya contest SEO Eyriqazz vs Denaihati dan sebelum ni, contest SEO Lelaki Kacak telah pun tamat. Berdasarkan keputusan contest SEO lelaki kacak, saya kurang berpuas hati dengan keputusan tempat pertama contest tersebut yang dimenangi oleh Lelakikacak.com.

Logik tak?

Pada saya, tak logik sebenarnya penganjur memilih domain Lelakikacak.com sebagai pemenang. Come on la.. Nampak sangat tak adil kepada peserta lain. Pemilik lelakikacak.com dah ada kelebihan yang sangat besar dalam contest tersebut hanya dengan memiliki domain tersebut. Selebihnya, pemilik domain tersebut hanya perlu mendapatkan social vote (Facebook Like, +1 dan ReTweet) untuk domain tersebut, backlinks dan sedikit trafik yang keluar masuk.


Seperti yang diajarkan dalam ebook saya

Kritikan saya adalah kepada penganjur iaitu en. Titan yang mungkin tidak memahami semangat sebenar contest SEO yang dijalankan atau mungkin tidak menyedari bahawa keputusan yang dibuat sangatlah tidak adil kepada peserta lain. Maaf, bukan nak cari gaduh atau apa, cuma pada pandangan saya tentang outcome daripada contest ini sangatlah tidak adil kepada peserta lain yang memperjuangkan domain blogpost mereka untuk mendapat ranking tertinggi bagi keyword lelaki kacak tetapi yang menang tempat pertama adalah top level domain.

URL Entri atau Top Level Domain?

Saya juga nampak keputusan yang tidak konsisten untuk contest tersebut. Adakah URL entri lelaki kacak atau top level domain yang diperjuangkan untuk ranking tertinggi? Pemenang tempat pertama dipilih berdasarkan top level domain lelakikacak.com manakala pemenang tempat kedua dipilih berdasarkan url entrinya www.jomkongsistory.com/2012/03/lelaki-kacak-itu-apa.html. Apakah?

Soalan ini penting kerana kekuatan ranking URL entri adalah tidak sama dengan kekuatan ranking domain untuk keyword. Pada pendapat saya, kalau dah nama contest SEO, maka yang sepatutnya ranking untuk entri yang didaftarkan itulah dinilai untuk mencari pemenang contest sebab naturally, peserta lain akan bertungkus lumus mempromosikan entri penyertaan mereka dan mendapatkan backlink untuk entri tersebut.

Kepada yang lain, anda perlu faham satu je, kenapa orang beli domain dengan keyword yang best dan menjualnya kepada orang lain pada harga yang sangat mahal? Sebabnya adalah orang sanggup beli kerana nilai SEO yang ada pada keyword tersebut boleh mendatangkan keuntungan besar kepada mereka. Bila keyword adalah sebahagian daripada domain, kelebihan besar dah ada kepada pemilik domain tersebut untuk mendapatkan ranking tertinggi.

Nasihat saya kepada penganjur dan bakal penganjur contest SEO, batalkan penyertaan entiti-entiti yang buat blog dan letakkan keyword dalam domain semata-mata untuk join contest SEO. Nak buat boleh, takde masalah cuma gunakan blog tadi untuk berikan backlink kepada entri asal di blog original anda tapi blog baru yang dibuat ni (dengan contest keyword) tidak boleh dipertandingkan dan tidak layak untuk menang.

Kepada en. Titan, ini bukanlah entri cari gaduh atau apa-apa. Maaf kalau terkasar bahasa atau terguris di hati. Saya hormati bro sebagai otai dan blogger yang ada banyak pengalaman cari income dari blog, mungkin isu ni bro dah terlepas pandang. Takpelah. Contest dah pun lepas dan entri ini ditulis sebagai panduan kepada penganjur dan bakal penganjur contest SEO pada masa hadapan.

Personally, saya bosan tengok banyak blog baru wujud semata-mata untuk memenangi contest SEO tapi lepas tu, blog tu dah takde value dan mati macam tu je. No point langsung.


Spread the love

243 Comments

  1. Mungkin kekurangan cabaran SEO si Titan ni ialah tiada peraturan jelas mengenai penggunaan keywords dalam Domain. Tapi pihak ke-3 perlu jg faham tentang “suasana pertandingan”.

    Disbbkan contest SEO berlangsung dalam satu jangkamasa yg singkat dan wujud suasana pertandingan dan ada ganjaran maka peserta akan buat yg termampu untuk dapatkan kedudukan yang baik atas nama cabaran.

    Peserta sebolehnya akan menggunakan cara paling pantas unt dptkan kedudukan terbaik – disebabkan masa petandingan tidak lah lama. Mungkin cara tersebut salah dari sudut pandangan pihak ke-3 tapi selagi beri manfaat kepada peserta tersebut yg join, maka tidak salah bg peserta tersbut mencuba walaupun menggunakan keywords dalam domain.

    Blog mati & takda value selepas berakhirnya contest bukan satu masalah disbbkan mungkin blog tu hanya diwujudkan semata-mata unt join contest.
    Curahan rasa neu @ ..ChargeCard for iPhone and Android by Noah Dentzel and Adam MillerMy Profile

  2. Terima Kasih Affan, Zuls, Syaisya, ProFhariz, Titan…

    Agak menarik apa yg dibincangkan kat sini.. sy pun baru perasan ni.. jadi, sy tertarik utk berkongsi sedikit pandangan.. 🙂

    Apa yg sy lihat, keyword lelaki kacak tu menarik utk dijadikan domain…

    Sebenarnya, pengalaman bermain dgn contest seo yg menggunakan domain baru, samaada keyword domain (EMD) atau sebaliknya adalah bukan sesuatu yg mudah, bila sebut domain baru mmg sukar utk bersaing dlm masa yg singkat… Sbbnya, ianya terpaksa bersaing dgn blog2 yg dah ber authority (alexa mantap, mempunyai PR, maintain update) dan dah berusia…

    Jd domain baru walaupun keyword domain sebenarnya tiada kelebihan… sbb domain baru perlu masa 4 bulan keatas utk jadi matang dan menjadi mesra SEO.. tersilap langkah dlm optimasi domain baru blh membawa padah dan terus tenggelam…

    Dan pengalaman sy dalam contest SEO juga, samaada english keyword atau sebaliknya ialah syarat utama biasanya blog yg bakal bertanding ialah blog baru yg masih belum diindex search engine. Syarat ni biasa digunakan oleh IM-IM di luar sana… Teringat dulu contest SEO yg gunakan keyword Busby SEO Test…

    Cuma bila ada rakan blogger yg anjurkan contest seo ni, syaratnya sedikit berbeza, masing2 ada kelebihan dan kekurangan…

    Berbalik kpd contest seo lelaki kacak, en. Titan awal2 lagi dah bgtau syaratnya mcm mana. Sy juga secara peribadi contact beliau utk bertanyakan dgn lebih detail adakah TLD boleh digunakan.. dan jawapan beliau, sebarang url/blog yg berdaftar boleh menjadi pemenang jika tersenarai dlm ranking..

    Dan apa yg menarik dlm contest SEO lelaki kacak ialah en. titan sentiasa bagi backlink kpd peserta setiap kali dia update entri berkenaan contest seo lelaki kacak.. dari segi backlink, penganjur/penaja untung, peserta pun untung..

    Tetapi cukup berbeza dgn contest SEO Eyriqazz vs Denaihati. Siapa yg nampak, dia akan faham…. 🙂

    Kesimpulannya, semuanya atas penganjur, dia anjurkan contest, dia punya syarat… Yg suka cari pengalaman, blh join. Yg tak suka blh tengok saja…
    Curahan rasa Lelaki Kacak @ ..Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012My Profile

    1. Mungkin juga betul anda diketika itu, dlm keadaan tergesa-gesa, pasti sesuatu yg pantas perlu difikirkan dgn tempoh masa nak tutup penyertaan semakin singkat, pasti ada kekalutan ketika memilih sesuatu spt domain adalah jln terbaik utk terus bersaing dgn otai2 lain, maaf jika terselit kata2 yg menyingung mana2 pihak. Ini hanya pandangan peribadi, tidak mengikut mana pihak.
      Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan?My Profile

  3. Betul juga.. kalau diikutkan memang tak berapa adil.. tapi biasa contest memang macam tu keputusan bergantung kepada penganjur..
    apapun, bagus juga kalau penganjur selepas ni tetapkan syarat hanya entri yang masuk dalam list akan diterima sebagai pemenang
    Curahan rasa Kulanzsalleh @ ..Anak Kucing TerbuangMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!