Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah lama sifu SEO bahasa Melayu, Ariffshah tidak menulis di blog Denaihati mungkin sibuk menguruskan jual beli eBook SEO Bahasa Melayu (dah order ke?). Contest SEO memang sesungguhnya banyak membantu melonjakkan nama blog Denaihati tetapi sebenarnya bukan mudah untuk menguruskan contest SEO terutama nak menghadapi pakar-pakar SEO yang ada berbagai strategi. Semuga pandangan Ariffshah untuk contest SEO sedikit sebanyak dapat membantu Rakan Blogger yang merancang untuk menganjurkan contest SEO di masa akan datang. Joom baca ….

Sekarang ni berlangsungnya contest SEO Eyriqazz vs Denaihati dan sebelum ni, contest SEO Lelaki Kacak telah pun tamat. Berdasarkan keputusan contest SEO lelaki kacak, saya kurang berpuas hati dengan keputusan tempat pertama contest tersebut yang dimenangi oleh Lelakikacak.com.

Logik tak?

Pada saya, tak logik sebenarnya penganjur memilih domain Lelakikacak.com sebagai pemenang. Come on la.. Nampak sangat tak adil kepada peserta lain. Pemilik lelakikacak.com dah ada kelebihan yang sangat besar dalam contest tersebut hanya dengan memiliki domain tersebut. Selebihnya, pemilik domain tersebut hanya perlu mendapatkan social vote (Facebook Like, +1 dan ReTweet) untuk domain tersebut, backlinks dan sedikit trafik yang keluar masuk.


Seperti yang diajarkan dalam ebook saya

Kritikan saya adalah kepada penganjur iaitu en. Titan yang mungkin tidak memahami semangat sebenar contest SEO yang dijalankan atau mungkin tidak menyedari bahawa keputusan yang dibuat sangatlah tidak adil kepada peserta lain. Maaf, bukan nak cari gaduh atau apa, cuma pada pandangan saya tentang outcome daripada contest ini sangatlah tidak adil kepada peserta lain yang memperjuangkan domain blogpost mereka untuk mendapat ranking tertinggi bagi keyword lelaki kacak tetapi yang menang tempat pertama adalah top level domain.

URL Entri atau Top Level Domain?

Saya juga nampak keputusan yang tidak konsisten untuk contest tersebut. Adakah URL entri lelaki kacak atau top level domain yang diperjuangkan untuk ranking tertinggi? Pemenang tempat pertama dipilih berdasarkan top level domain lelakikacak.com manakala pemenang tempat kedua dipilih berdasarkan url entrinya www.jomkongsistory.com/2012/03/lelaki-kacak-itu-apa.html. Apakah?

Soalan ini penting kerana kekuatan ranking URL entri adalah tidak sama dengan kekuatan ranking domain untuk keyword. Pada pendapat saya, kalau dah nama contest SEO, maka yang sepatutnya ranking untuk entri yang didaftarkan itulah dinilai untuk mencari pemenang contest sebab naturally, peserta lain akan bertungkus lumus mempromosikan entri penyertaan mereka dan mendapatkan backlink untuk entri tersebut.

Kepada yang lain, anda perlu faham satu je, kenapa orang beli domain dengan keyword yang best dan menjualnya kepada orang lain pada harga yang sangat mahal? Sebabnya adalah orang sanggup beli kerana nilai SEO yang ada pada keyword tersebut boleh mendatangkan keuntungan besar kepada mereka. Bila keyword adalah sebahagian daripada domain, kelebihan besar dah ada kepada pemilik domain tersebut untuk mendapatkan ranking tertinggi.

Nasihat saya kepada penganjur dan bakal penganjur contest SEO, batalkan penyertaan entiti-entiti yang buat blog dan letakkan keyword dalam domain semata-mata untuk join contest SEO. Nak buat boleh, takde masalah cuma gunakan blog tadi untuk berikan backlink kepada entri asal di blog original anda tapi blog baru yang dibuat ni (dengan contest keyword) tidak boleh dipertandingkan dan tidak layak untuk menang.

Kepada en. Titan, ini bukanlah entri cari gaduh atau apa-apa. Maaf kalau terkasar bahasa atau terguris di hati. Saya hormati bro sebagai otai dan blogger yang ada banyak pengalaman cari income dari blog, mungkin isu ni bro dah terlepas pandang. Takpelah. Contest dah pun lepas dan entri ini ditulis sebagai panduan kepada penganjur dan bakal penganjur contest SEO pada masa hadapan.

Personally, saya bosan tengok banyak blog baru wujud semata-mata untuk memenangi contest SEO tapi lepas tu, blog tu dah takde value dan mati macam tu je. No point langsung.


Spread the love

243 Comments

  1. aku dah kata awal-awal dulu..tujuan asal, nak bagitau kat orang, apa itu SEO?

    kedua, aku nak orang yang cari keyword tu..bukan untuk cari benda bukan-bukan..sekurangnya, search engine tu takde pergi ke site pelik-pelik bila diorang search..

    kalau aku nak buat betul2 seo contest..memang aku tak bagi sesiapa pun guna keyword tu. Tapi yang join ni pun, rata-rata masih tak berapa faham..so, sekarang, majoriti dah faham apa itu seo dan tahu apa kegunaannya. So, siapa yang nak jual barang tertentu..leh buat blog niche tertentu untuk jual barang..

    dan aku yakin, seo contest lelaki kacak tu dah buka mata orang kita pasal seo.

    bab menang tu..rezeki diorang yang ‘pandai’ tackle peraturan yang aku tetapkan. aku terima semua blog, entri, tag, category yang lepas tu..

    kalau aku buat pertandingan nak cari siapa otai seo..itu lain peraturannya. So, tengok peraturannya. kalau dia tak tetapkan..soal adil atau tak, itu belakang cerita.. kalau siapa masuk nak menang..dia tau cara nak menang, siapa nak tau apa dia teknik, pendekatan, strategi, kaedah dan style untuk tahu apa itu seo..diorang akan faham benda ni..insya-Allah, dia akan faham.

    last..tengok peraturan dan tujuan. soal pilih siapa menang, bergantung pada penganjur. setuju atau tak. aku tak pedulik. sebab aku penganjur. hoho..

    lain cerita kalau penganjur dan penaja yang decide siapa pemenang. lain cerita kalau peraturannya beza. itu yang kita kena tengok untuk tentukan para pemenang.

    aku ok. takde hal punya ariff. hoho.. 🙂

    sekurangnya, ramai yang faham apa kejadahnya seo tu..
    Curahan rasa titan @ ..Laptop gua masuk hospital lagi..My Profile

    1. Penjelasan yang terbaik. Jadi kepada mana-mana Rakan Blogger yg nak buat contest SEO semakin cerah minda. Nak buat contest SEO mesti ada tujuan jangan asal buat je sebab bila tengok Blogger lain buat kita pun buat.

      Kekadang bila keluar entri yang kontroversi macam mana baru dapat perhatian dan melekat dalam minda kita.

      Apa yang Titan jawab betul dan apa yang Ariff tulis pun betul. Jadi kepada Blogger yg nak buat contest SEO kena decide awal2 syarat berdasarkan matlamat yang kita tetapkan untuk menganjurkan contest tersebut. Kalau kita tengok contest SEO luar negara ada yg letak syarat hanya utk domain baru sahaja dan ada pula buat syarat domain baru tak boleh join. Semuanya ada sebab2 tertentu.

      Kalau aku lebih suka letak syarat blog lama yang ada sekurang2nya PR1 atas sebab2 tertentu.

    2. hehe.. thanks atas penjelasan. Tujuan murni, memang perlu ada contest seo macam ni supaya peserta dan rakan blogger dapat belajar. Anggaplah macam praktikal lepas baca tentang SEO samada melalui ebook ataupun pembacaan di laman web lain.

      Entri ni pun sebenarnya secara tidak langsung untuk membuka mata peserta contest SEO sekarang dan blogger lain tentang tips SEO yang lebih berkesan. Mungkin ada yang tak sedar, jadi bila baca entri ni dan pendapat blogger lain yang ada pengetahuan/pengalaman di ruangan, sedikit sebanyak dapat membantu mereka faham dengan lebih lanjut.

      en. Titan, bila nak makan cendol sesama ni? haha.. apa-apa pun, selamat menyambut Ramadhan
      Curahan rasa ariff @ ..Handphone Untuk AnakMy Profile

  2. Assalam.

    Terbang juga ke lelakikacak. com Nampak gaya blog tu wujud semata-mata sebab peraduan ni. Mungkin Titan terlepas pandang syarat kemasukan pertandingan.

    Betul kata bro, banyak blog baru sekarang tumbuh bagaikan cendawan. Tapi sebagaimana perniagaan, tumbuh cepat, mati pun cepat. Hehee.

    Selamat Menyambut Ramadhan : )
    Curahan rasa Incik RestNrilekS @ ..Ini Cerita Tentang EmakMy Profile

  3. Tentang SEO ni mcm penah dgr kot…Info yang sangat bermanfaat kepada new blogger seperti saya..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!