Kopitiam tipu logo HALAL berdepan hukuman lebih berat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu logo Halal di kopitiam timbul lagi. Mengikut kenyataan Menteri PDNKDP, Ismail Sabri Yaakob denda yang lebih tinggi RM250,000.00 akan dikenakan kepada pengusaha Restauran dan Kopitiam apabila didapati bersalah menipu logo HALAL. Hukum yang lebih berat akan dapat dilaksanakan setelah akta dibentangkan Oktober ini.

Berdasarkan lebih daripada 272 komen di entri Dua Kopitiam yang ada Sijil Halal daripada JAKIM yang  disiarkan di blog ini kira-kira 5 bulan yang lepas majoriti menyalahkan Kerajaan dan Jakim. Bagi aku memang ada benarnya kalau nak disalahkan kepada Kerajaan dan Jakim tetapi bukan keseluruhannya. Kita sebagai umat Islam juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan makanan yang kita ambil benar-benar HALAL dan TAIBAH. Di negara kita ada terlalu banyak pilihan untuk makanan yang sudah pasti HALAL berbanding dengan makanan yang WAS WAS kehalalannya. Negara kita bukan Macau, Chambodia, Thailand atau negara bukan islam yang sukar untuk mencari restauran halal.

Negara kita adalah negara majmuk yang mempunyai hanya sekitar 60% penduduk beragama Islam. Dalam sistem demokrasi sudah pasti tidak menjadi masalah untuk kaum Cina atau India membuka restauran mereka samada Kopitiam atau sebagainya untuk keperluan kaum mereka. Di Malaysia lansung tiada masalah untuk membezakan samada restauran itu halal atau tidak kerana perbezaan Melayu, Cina dan India terlalu jelas berbanding di Indonesia yang 80% penduduknya beragama Islam lebih sukar untuk membezakannya kerana bangsa Indonesia yang sama rupa paras mungkin beragam Hindu, Kristian atau Islam.

Adalah diharap sangat Kerajaan mengambl tidakkan yang pro aktif dengan memastikan hukuman yang lebih berat dikenakan kepada Kopitiam yang tipu logo Halal dan kita sebagai umat Islam MESTI MESTI MESTI menjaga makanan yang kita ambil tanpa perlu marah kepada sesiapa kerana di Malaysia kita ada banyak pilihan. Kepada pengusaha Warung, Restauran dan Kopitiam islam tolong lah tingkatkan kebersihan, perkhidmatan dan kecekapan sehingga kami pengguna Islam selesa untuk memenuhi premis anda. Ramadhan kian dekat pasti status halal buffet ramadhan di hotel dan restauran juga menjadi keutamaan umat islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Makanlah apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat-nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Surah al-Nahl, ayat 114-115) Sumber.

Semak status Halal Jakim online dan SMS @ Halal Jakim

[ad#eQurban300]


Spread the love

80 Comments

  1. isteri sekarang patut ambil iktibar dari isu halal ini,sepatutnya para isteri lah yg harus menunaikan tanggungjawab untuk memasak sebelum keluar bekerja jgn jadikan alasan sibuk dan tidak mempunyai masa,kerana masakan dari air tangan kita adalah lebih berkat dimakan oleh suami dan ank2.

  2. iya betul sangat tu..
    karena dengan logo halal kita bisa tahu makanan kita apa sudah sesuai dengan anjuran agama islam(halal)..

  3. orang islam perlu berhati-hati jangan mudah tertipu dengan logo halal kopitiam ini….harap pihak berkuasa ambil berat dalam hal ini

  4. Apa kata kita pakat ramai-ramai amalkan makan-makan dari dapur sendiri. Kalau nak lepak di kopitiam untuk minum air dan borak-borak, jadikan rumah kita tempat berkumpul dgn kekawan. Take turn. Dijamin ianya jimat dan paling penting boleh mengeratkan silaturrahim. 😀
    Curahan rasa suara @ ..Kurang Dan Lebih KitaMy Profile

    1. Memang sebenarnya itu yg terbai kita buat satu kawasan di rumah siap dengan wifi untuk berkumpul, berbual dan berniaga.

  5. Pingback: IMCurtain.com
  6. Memang patut penipu macam tu dikenakan denga yang lebih berat..
    hal-hal yang berkaitan dengan makanan ni bukan boleh buat main-main.. tu akan jadi darah daging kita..

  7. rasanya ini adalah masa yang sesuai untuk selaraskan kembali penggunaan logo halal bukan saja untuk kopitiam tapi semua perusahaan makanan.

    1. Itulah yg terbaik terutama yg was was tu …kopitiam itu sendiri sudah jenama untuk orang cina dan tiada salahnya mereka buka untuk keperluan mereka bukan kita.

      1. Salam,
        Betul, pengguna harus sentiasa alert n update ilmu pasal isu halal ni ..

  8. salam…
    sudah lama saya tidak ke kopitiam.
    atas sebab sijil halal pun takde. tbh2 mereka yang mengendalikan bukan ISLAM (kebanyakan yg sy lihat) malah, kita tidak tahu bahan-bahan dari mana. periuk belanga perkakas mereka. mungkin bawa dr restoran lama (haha). dorg nk samak? hum takde pasal la kot. bg saya tak perlu la ke kopitiam. dok je kat umah suruh wife/hubby wat kan kopi-tiam bancuh dirumah. sedap lagi halal. 😀
    sokong produk halal dipasaran yer 🙂
    Curahan rasa mummynana @ ..HARI HARI DALAM ISLAMMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!