Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Non muslim tak boleh masuk MAKKAH”. Kali ini nak kongsi kisah anak yang tamat belajar di UKM dalam bidang Pengajian Al Quran dan Sunnah.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Setelah Abang meninggalkan UKM pada tahun 1991 apabila tamat pengajian Sarjana Muda Dietetik, Prof Osman Ali telah memberi peluang untuk Abang menyambung pengajian master dan PHD. Buat projek polar pemakanan untuk orang asli di Raub, orang asli di Bukit Lanjan dan orang Melayu Kampung Setinggan Kerinci. Setelah berbulan-bulan mengurus projek siang dan malam. Apabila projek selesai bajet projek habis terpaksa tarik diri sebab kita anak orang miskin tak boleh bertahan kalau tak ada bajet.
Alhamdulillah junior yang menyambung projek sekarang sudah berjawatan Profesor penuh.
Semenjak tu tak pernah menoleh ke UKM sehingga beberapa tahun lepas menjadi jemputan majlis makan malam Fakulti Pengajian Islam dan diberi kesempatan berucap di atas pentas keramat Dectar dulu pentas menerima ijazah.
Hari ini tersentuh hati apabila masuk Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) ditampal sticker alumnai di dada kanan ketika menghadiri kovokesyen anak lelaki Amirul Fahim. Paling tersentuh hati semasa ucapan Naib Canselor memberi penghargaan dengan bacaan sajak khas untuk semua alumnai yang datang mengiringi anak untuk menerima ijazah. Sebenarnya UKM tetap di hati kerana di sini segala bermula.
Kisah Nordin yang berusia 12 tahun ketika itu menderma RM1 utk membina UKM sangat menyentuh.
Konvokesyen ke 46 ini bukan sahaja menemani anak untuk menerima segulung ijazah sarjana muda Pengajian Al Quran dan Sunnah dari Pro Canselor Tun Ahmad Sarji dan mendengar pembuka bicara majlis yang sangat menyentuh hati oleh Prof TS Dr Noor Azlan Ghazali juga melambai tangan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah UKM yg baru TS Abdul Wahid Omar.
Paling terkenang semasa konvokesyen ke 17 dulu, masa inilah pertama kali bawa madam berjumpa emak, abah dan adi beradik yang datang. Masa itu madam pakai baju hijau dan hari ni tak plan pun pakai baju hijau juga.
Ketika di dalam Dewan Canselor Tun Abd Razak (Dectar) teringat semua kawan2 sepejuangan, setiap wajah terbayang. Masuk hutan keluar hutan, panjat bukit dan gunung, dari fakulti ke fakulti, dari kolej ke kolej, dari Universiti ke Universiti berjuang untuk mertabatkan kejayaan anak bangsa yang selalu leka apabila telah bergelar mahasiswa mahasiswi.
Amirul Fahim : Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah SWT kerana diberi peluang untuk menuntut ilmu sehinggalah tamat pengajian degree. Di sini sedikit penghargaan untuk mereka semua. Terima kasih diucapkan kepada;
1. Ibu ayah, adik beradik Aina Sahira, Amyerul Hazeekq, Amirul Irfan, Awin Najah, pakcik makcik dan sanak saudara yang selalu memberi sokongan padu.
2. Guru-guru daripada sekolah tadika sehinggalah para pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Kawan-kawan daripada zaman kegemilangan tak matured sehinggalah zaman akil baligh.
4. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang selalu ada time susah senang bersama.
5. Roomate daripada first year sehinggalah third year.
Konklusinya, terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam diri ini. Semoga Allah balas jasa baik kalian dan diberikan rahmat yang luas serta dilimpahkan rezeki yang halal.
TERIMA KASIH SEMUA
37 Comments
Kenangan yang sangat manis apabila cucu Tok Batin adalah salah seorang graduan Fakulti Perakaunan yang menerima ijazahnya pada konvokesyen ke-46 ini
Nmpaknya ukm mmg banyak memori buat hj amir. Tmpat jumpa mam besar, tmpat belajar dn anak pun blajar kt situ
Hari konvokesyen sebenarnya hari yg plg best dlm hidup. Penat tau belajar bertahun tahun
Sweet memory tubilaTuan Amir bawa madam berjumpa emak, abah dan adik beradik yang datang semasa konvokesyen
Sweetnya bila Naib Canselor memberi penghargaan dengan bacaan sajak khas untuk semua alumnai yang datang mengiringi anak
Best kan kalau anak kita dpt belajar di tempat yg sama. Rasa mcm ssatu tradisi keluarga plak
Tahniah tuan haji Amir dan isteri di atas kejayaan hari graduan anak tuan… semoga anak tuan, Amirul Fahim terus cemerlang dalam apa juga bidang samada pekerjaan atau sambung belajar selepas ini..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Kalau ambik bidang bisnes, semoga berjaya macam ayahnya. Untung juga dpt ayah yg pandai dlm bisnes
Tahniah untuk si anak dan ayah yang berkongsi pengalaman berkonvo di tempat yang sama. PEngalaman manis hingga ke syurga ni. Owh kenangan manis dengan madam juga di tempat yang sama ye
Alangkah gembiranya bila anak pun belajar ditempat pengajian yang sama dengan tuan Amir.
tu la kan. mak pak la yang paling gembira. Teringin nak tengok anak sambung belajar kat tempat kami belajar.
tahniah.. teringat masa konvo dulu. memang seronok dan sebak. tamat belajar, tinggal lecturers dan kawan kawan..
Mana tak sebaknya, bertahun tahun dok bersama, menuntu ilmu.. masa konvo memang mengimbau balik kenangan semasa belajar kan
Eh, tamat belajar 1991 ya tapi masa tu saya baru lahir. Tahiah anak konvo semoga berjaya dunia akhirat
1991, luzira baru lahir ye. Muda sangat-sangat lagi ni. Tuan DH kita dah grad pun masa tu heheh
Muda lagi rupanya. Banyak juga beza umur kiita dgn hj amir ni ya.
Majlis konvokesyen memang majlis yang di tunggu tunggu oleh para mahasiswa & mahasiswi… setelah berpenat lelah belajar..
bukan senang nak dpt diploma atau ijazah.. penat, dan banyak mengeluarkan belanja. terima kasih pada ibu bapa dan tenaga pengajar
Tahniah untuk anak admin… semoga terus cemerlang dalam apa2 jua bidang yg di ceburi beliau..
Kalau dah jadi alumni ni.. Rindunya dekat uni yg penah kita jejakkan kaki dulu. Banyak kenangan.
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..Vivix Shaklee Murah Untuk Cyst. Dapat Cashback Sekali
Tempat belajar mmg banyak kenagan. Jumpa ramai kawan dan timba pengalaman bermakna
Tahniah untuk segulung ijazah. Semoga ini jadi satu langkah untuk meraih banyak lagi kejayaan.
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..Vivix Shaklee Murah Untuk Cyst. Dapat Cashback Sekali
Langkah permulaan yang bagus. Semoga beroleh kejayaan dunia akhirat. Banyak usaha dan keringat yang diperlukan untuk segulung ijazah ini kan
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.
seglung ijazah itu ibarat permulaan kepada kehidupan yang serba mencabar. alam pekerjaan akan lebih mncabar nnti
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
UKM itu apa Bang? University kah? Congratz ya Bang, semoge lancar dan berkah bagi semua. Amin…
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..DigitalPreneur.co.id Hadirkan Beragam Layanan Digital Marketing
Iye… UKM tu singkatan Universiti Kebangsaan Malaysia… antara universiti yg terbaik di Malaysia n.
University mana yg diiktiraf atr yg terbaik di dunia tu ya? Lupa plak mungkin UKM ni
Alhamdulillah…Tahniah…
Semoga langkah kejayaan itu akan terus bersambung ke generasi akan datang. Aamiin.
Comments are closed.