Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah permulaan tahun baru hijrah 1436 dimulakan dengan Kongres Ulama Nusantara dan Ummah yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Julung kali dapat mengumpulkan Ulama dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Filipina dan Kemboja dalam satu majlis yang dirasmikan oleh Sohibul Somahah Dato’ Mufti Negeri Kelantan.
Ulama merupakan pewaris para Nabi yang memikul satu amanah yang besar untuk membimbing ummah kepada jalan hidayat yang pernah dilalui oleh para anbiya terdahulu. Ummah di zaman kerosakan ini amat memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan yang ikhlas dari kalangan ulama al-amilin untuk kejayaan dunia dan akhirat, iaitu kehidupan yang sebenar demi kejayaan dunia akhirat, iaitu kehidupan yang telah dicontohi oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat r.a.
Zaman kerosakan yang kita lalui sekarang telah membina jurang pemisah antara ulama dan ummah. Ummah berada di satu lembah dengan kehidupan duniawi yang melalaikan, manakala ulama berada di satu lembah yang lain dengan majlis-majlis ilmu yang hambar dari sambutan ummah. Fenomena ini menyebabkan ummah hidup meraba-raba tanpa tunjukkan, sedangkan ulama pula sudah buntu mencari jalan untuk mendekati ummah yang jauh dari hidayah.
Satu usaha ke arah mendekatkan Ulama dan Ummah haruslah diformulasi dan dilaksanakan secara berterusakan dan bersungguh-sungguh di samping mengharap nusrah dan inayah daripada ALLAH SWT. Justeru itu Majlis Muwaasolah yang julung kali diadakan ini akan jadi satu pencetus dan titik tolak permulaan kepada usaha-usaha berterusan untuk mendekatkan antara ummah dan Ulama sebagai pembimbing agama di masa akan datang. Kepada ALLAH jua kita berserah dan memohon agar segenap usaha mendapat berkat dan rahmatnya seterusnya mendapat keampunan dan keredhaa-Nya di akhirat nanti.
Alhamdulillah ribuan ummah dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapore, Filipina dan Kemboja datang memenuhi ruang Masjid Al-Sultan Ismail Petra untuk bertemu dengan dengan para Ulama Nusantara. Dalam majlis ini dilancarkan juga dua kitab iaitu Kitab Midraj Ul-Fawatih (syarah kitab Misykal) dan Kitab Barokatul Makkiyyah (kitab selawat). Kedua-dua kitab ini boleh dibeli di kedai buku Masjid Seri Petaling. Syukur alhamdululillah juga apabila blog Denaihati dipilih oleh ALLAH menjadi blog rasmi kepada majlis Kongres Ulama Nusantara dan Ummah.
Semuga Majlis Kongres Ulama Nusantara dan Ummah pada 25 – 26/10/2015 di terima ALLAH dan menjadi asbab turunnya nusrah dan hidayah dari ALLAH keseluruh pelusok alam.
95 Comments
kalaulah semua ulama se Brunei, Indonesia dan Malaysia serta Kamboja bisa berkumpul
Curahan rasa risalah @ ..HUKUM DAN KEDUDUKAN TAYAMUM
Tahniah semoga blog ini semakin membawa kebaikan dan pahal bagi admin dan kita semua
taiah DH sebab di pilih jadi blog rasmi Kongres Ulama Nusantara dan Ummah.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
ya semoga akan membawa banyak faedah bagi kemajuan dunia Islam di satu dunia
Diharapkan lebih banyak lagi majlis-majlis ilmu yang akan dilakukan pada masa kelak dan semoga lebih ramai ilmuan Islam yang akan “lahir”dari majlis sebegini.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Mari bekerja bersama untuk memajukan dan menggerakkan dunia islam semoga Islam akan kembali jaya
semoga ramai lagi yang akan mendapat manfaat dan ilmu pengetahuan daripada majlis kongres ini.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
sejuk mata memandang..semoga kongres ini memberi ‘suasana’ baru dalam kesejagataan ummah di malaysia.
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
harap lebih banyak lagi acara seperti ini dilaksanakan. majlis ilmu bermanfaat patut slalu buat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tahniah buat DEnaihati kerana menjadi blog rasmi Kongres Ulama Nusantara dan Ummah
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takwim dan Kalendar Persekolahan 2015
Alhamdulillah..program program sebeginilah yang kita perlukan untuk memperkasakan Islam negara serantau
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takwim dan Kalendar Persekolahan 2015
setuju cikgu..program sebegini patut diperbanyakan berbanding program hiburan lain kan..
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
Nik pun setuju dengan cikgu naman,sepatutnya lebih banyak program berbentuk ilmuan dianjurkan tidak kiralah sama ada melalui televisyen ataupun tidak,kerana lebih berkat daripada program berbentuk hiburan yang melalaikan.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
program ni boleh mengeratkan hubungan silaturahim atr umat islam di rantau asia
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
program mcm ni jauh lebih baik dari acara hiburan yang melalaikan. mintak jauh
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Alhamdulillah….semoga majlis seperti ini akan diteruskan lagi dan mendapat berkatnya..
Curahan rasa daddydee @ ..Konvokesyen Kali Kedua : Hari Untuk Ayah Ibu
Alhamdulillah.saya setuju dengan pendapat daddydee.Saya berharap lebih banyak majlis ilmu yang akan dianjurkan di masa hadapan.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
semoga yang hadir mendapat imu berguna dan disampaikan kepada yang lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Comments are closed.