Kita apa yang kita fikirkan

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, apa yang anda buat setiap kali bangun dari tidur? Gosok gigi? Mandi? Atau Hisap rokok? Pasti setiap dari kita mempunya aturcara sendiri untuk memulakan hari setiap hari.

Mengikut Islam apabila bagun tidur ada doa bagun tidur yang mesti dibaca atau setidaknya ucapkan Alhamdulillah kerana Allah pinjamkan nyawa sehari lagi.

Mengikut tok guru yang mengajar aku setiap pagi selepas solat sunat suboh yang ganjarannya lebih baik dari dunia dan seisinya manusia mesti mengucap syukur kepada Allah kemudian memohon kebaikan untuk hari tersebut. Contohnya “ya Allah aku bersyukur kerana dipinjamkan sehari lagi nyawa diriku dan keluargaku semuga hari ini adalah hari terbaik barbanding semalam, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat sebagaimana Kau permudahkan urusan para Rasul, Nabi dan Ambia. Seandainya Kau matikan kami maka matikanlah kami dalam Islam dengan kalimah Allah.”

Kata tok guru apabila manusia tidak memohon apa-apa maka apa juga yang bakal berlaku pada hari tersebut adalah kun fayakun maka jadilah atas kehendak Allah tanpa rayuan permohonan yang baik dari hambanya.

Begitu juga kepada ibu yang sedang mengandung mesti ibubapa memohon kepada Allah apa yang mereka inginkan ke atas bakal anak mereka terutama sebelum Allah hembuskan nyawa ke atas jasad baby di dalam kandungan. Seandainya tiada satu permohonan dari ibubapa maka kun fayakun jadilah apa juga kejadian mengikut kehendak masa dan persekitaran.

Maka sebenarnya apa juga yang berlaku dalam kehidupan seharian adalah apa yang kita fikirkan dan doakan setiap hari kepada Allah SWT. Semuga sedikit panduan hidup ini dapat kita amalkan selagi ada nyawa dan keluarga, anak, cucu, cicit dan keturunan kita juga amalkan demi kejayaan dunia dan akhirat.

[ad#nuffnang336]

[ad#Adsense234x60]

68 Comments

  1. Indahnya Islam sesuai kesejahteraan maksudnya. Setuju bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan. Itu sebahagiannya. Kita apa yang kita makan juga sebahagiannya. Mungkin ada lagi bahagian lain… Kena explore. Ringkasnya kita ini insan yang dalam perjalanan menghadap khalik, Pencipta alam dan isi semesta.

  2. betul, apa yg kita fikirkan itulah yang kita akan jadi..
    sentiasa think positif dan berdoa selalu..
    insyaAllah satu hari nanti ianya akan menjadi kenyataan..
    Allah Maha Berkuasa atas segalanya..

    1. Tiada apa yg mustahil di dunia ni yg perlu jaga amal, usaha bersuungguh2, doa dan tawakal. Kalau tak dapat kat dunia insyallah dapat di akhirat

  3. Sebagai seorang hamba Allah, kita patut berterima kasih kepadanya dengan cara sentiasa berdoa dengan apa yang telah diberikan dan ditarik semula. Rezeki itu datang dari allah disebabkan usaha yang telah kita jalankan seharian manakala musibah itu datang atas sebab untuk menguji tahap keimanan kita kepadanya. Cara untuk kita sentiasa ingat akan Allah adalah dengan sentiasa memhon petunjuk melalui doa yang kita buat seawal pagi

    Sekadar berkongsi……

          1. Manusia diberi sifat dasar hanif, atau cenderung pada kebaikan. Kalau kita disuruh memilih, maka yang dipilih adalah yang diyakini yang terbaik, terlepas bahwa yang dipilihnya adalah salah. Jika sudah diyakini baik, makan akan muncul tekad untuk mewujudkannya

            1. Keyakinan terhadap sesuatu yang baik kemudian akan menimbulkan tekad yang kuat untuk menggapai dan mencapainya. Hal itu terbukti menghasilkan energi yang tidak ada batasnya.

            2. Allah melengkapi kita dengan sifat dasar cenderung pada kebaikan dan memilih yang terbaik bagi kehidupannya. Allah juga memberikan contoh riil pribadi-pribadi terbaik dalam kehidupan

            3. Semoga kita mampu menjalani kehidupan kita di dunia dengan baik, karena kita yakin ada kehidupan lain di akhirat setelah kehidupan di dunia.

            1. “Sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari Kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka Itulah orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah, QS 2 : 177).
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..The Royal Wedding Procession Route in 3D By Google EarthMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!