Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul, ini adalah sebahagian kisah Rasulullah yang ingin aku kongsikan untuk dijadikan ikthibar bagi meningkatkan kecitaan kita kepada Baginda SAW. Sebelum ini pernah berkongsi kisah Nabi bertemu dengan paderi Nastura, gambar pokok tempat Nabi berteduh dan beberapa lagi entri khas yang lain. Kalau kita benar0benar cinta pada Baginda paling tidak sirah Nabi SAW mesti dibaca sekurang-kurang sekali seumur hidup.
Kisah ini berlaku kepada Rasulullah SAW sebelum baginda wafat. Rasulullah SAW telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di Masjid Nabawi. Maka pada suatu hari, Rasulullah SAW meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah SAW.
Lalu Rasulullah SAW mula berkata: “Wahai sahabat-sahabatku semua! Aku ingin tanya pada kamu semua…. apakah telah aku sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah SWT itu adalah Tuhan yang layak di sembah?”
Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, ” Benar! Engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah SWT adalah Tuhan yang layak disembah”.
Rasulullah SAW berkata: “Persaksikanlah ya Allah! Sesungguhnya aku telah sampaikan amanah ini kepada mereka”. Kemudian baginda berkata lagi……. dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan dibenarkan oleh semua para sahabat.
Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu…. Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan……. dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kamu semua…… siapakah di kalangan kamu yang aku ada hutang dengannya….. sila bangun….. aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam keadaan ada hutang dengan manusia”.
Ketika itu semua sahabat diam…………. sedang dalam hati masing-masing berkata “Mana ada Rasullullah SAW berhutang dengan kami………. sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda”.
Rasulullah SAW mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.
Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama AKASYAH. lalu dia berkata: “Ya Rasulullah! Aku ingin ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa- apa”.
Rasulullah SAW berkata: “Ceritakanlah wahai Akasyah”.
Maka Akasyah pun mula bercerita: “Aku masih ingat lagi ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda, yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di sebelah belakang kuda yang engkau tunggang wahai Rasulullah”. Mendengar yang demikian, terus Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama”.
Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata: “Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!”. Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian. Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak memarahi Akasyah…. “Sesungguhnya engkau tidak berhati perut wahai Akasyah! ….. bukankah Baginda sedang sakit!”
Akasyah tidak menghiraukan semua itu. Rasulullah SAW meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah. Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya:
“Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?”. Bilal menjawab dengan nada sedih : “cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah”.
Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata: “Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!…… ayahku sedang sakit…….. kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya”.
Bilal menjawab:”Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua”. Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah. Setelah mengambil cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar.
Tiba-tiba bangun Abu bakar menghalang Akasyah sambil berkata: “Wahai Akasyah! kalau kamu hendak pukul, pukullah aku……. aku orang yang mula-mula beriman dengan apa yang Rasulullah SAW sampaikan.
Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku”. Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW : “Duduklah kamu wahai Abu Bakar!…. ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah”.
Akasyah mara lagi ke hadapan…… lalu bangun pula Umar menghalang Akasyah seraya berkata: “Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku……. Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu……… Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka sakitilah aku dulu….”.
Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW : “Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan Akasyah”. Akasyah mara lagi ke hadapan……. tiba-tiba bangun pula Ali bin Abu Talib sepupu Rasulullah SAW. Dia menghalang Akasyah seraya berkata: “Akasyah! pukullah aku wahai Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai Akasyah”.
Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW : “Duduklah kamu wahai Ali! ini urusan antara aku dengan Akasyah” .
Akasyah mara lagi ke hadapan…… tiba-tiba tanpa di sangka, bangunlah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW iaitu Hassan dan Husin. Mereka berdua merayu dan meronta “Wahai pak cik! pukullah kami wahai pak cik………. Datuk kami sedang sakit……pukullah kami wahai pak cik…..sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan Baginda………..pukullah kami wahai pak cik”.
Lalu Rasulullah SAW berkata: “Wahai cucu-cucu kesayanganku! duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah”.
Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata: “Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah sini”.
Rasulullah S.A.W. memang seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi: “Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah”. Tanpa berlengah, dalam keadaan lemah…… Rasulullah membuka baju. Lalu kelihatanlah tubuh Baginda yang sungguh indah, sedang beberapa ketul batu terikat di perut Baginda…..ini menandakan Baginda sedang menahan kelaparan. Lalu Rasulullah SAW berkata:
“Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada
kamu”. Akasyah terus menghampiri Rasulullah SAW…….. lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah SAW. Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke arah lain…..dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya. Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata: “Ya Rasulullah, ampunkanlah aku……maafkanlah aku……mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah……..sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu…….kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sesungguhnya aku takut dengan api neraka……..maafkanlah aku ya Rasulullah”.
Rasulullah SAW dalam keadaan penuh hiba lalu berkata: “Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah”. Semua sahabat tidak dapat. menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing. Sambil itu semua para sahabat beramai-ramai memeluk Rasulullah SAW.
MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA KEPADA KEKASIH KITA NABI MUHAMMAD SAW…AMIIN.
Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini
Rahsia magnet rezeki bukan lagi rahsia! Klik Sini
Sedekah pembuka pintu rezeki. Ramai yang masih tidak tahu rahsianya! Klik Sini
115 Comments
sungguh mulia akhlak rasulullah. cara rasulullah mendidik para sahabat pun amat lain dari apa yg orang selalu buat masa kini. rasulullah gunakan real life situation utk mendidik dan menujukkan hikmah..
Curahan rasa permohonan upu @ ..Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2016/2017
Baginda merupakan sebaik baik manusia yang diturunkan untuk memberi tunjuk dan tauladan yang baik.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Dan tidaklah baginda Muhammad SAW diturunkan selain untuk membawa rahmat ke sekalian alam semesta.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Tidak terciptanya langit dan bumi kalau tidak kerana baginda Muhammad SAW.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Tidak diturunkan Nabi Adam dan Hawa kebumi dan setrusnya nabi nabi yang lain kalau tidak kerana baginda Muhammad SAW.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Sedarlah kita hanya hambanya, seumpama seorang pengembara yang hanya singgah untuk mendapatkan bekalan sebelum sampai ketempat yang ingin dituju. Itupun kalau mereka diberi hidayah untuk sedar sebelum terlambat…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
kisah yang selalu diulang-ulang tetapi tetap jua mampu mengalirkan air mata, kerinduan terhadap rasulullah yang tak mampu ditahan lagi…
Curahan rasa huda @ ..Cara Mudah Atasi Rambut Gugur Dengan Shaklee
Betul tu. Walaupun pernah dengar kisah ini, Namun jika kita baca dan hayatinya. Boleh mengalirkan air mata.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Hati yang lembut memang mudah untuk mengalirkan air mata, apatah lagi buat mereka yang selalu bangun bangun malam.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Huda. Pohon tamar pun berhenti rindu kan nabi apabila telah dipujuk oleh Nabi Muhammad SAW. Kita kenalah lebih lebih lagi rindukan baginda.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Banyak pengajaran yang boleh di ambil dari kisah sahabat dan Rasulullah SAW kepada kehidupan kita.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
Banyak sebenarnya kisah-kisah yang boleh kita ambil untuk jadikan ibarah. Semuanya untuk kita jadikan panduan dalam menjalani kehidupan yang mencabar.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Rasullullah seorang yang sangat kasihkan umatnya. Moga kita menjadi salah satu umatnya yang terpilih bersama-samanya ke syurga. Aminnn
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..HOTEL REVIEW : SABAH ORIENTAL HOTEL, KOTA KINABALU SABAH
Amin.Kasih sayang Nabi SAW kepada kita dan umat ini sangat tinggi nilainya. Marilah bersama kita amalkan sunnah Nabi SAW dalam kehidupan kita.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
Moga Allah swt terima amalan kita dan menjadi umat yang dikasihi baginda Muhammad SAW.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Amin. semoga Allah SWT menerima kita semua dan bantu kita agar menjadi lebih baik dari segi agama dan amalannya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Smoga kit amendapat khusnul khatimah di akhir kalam nanti berkat amalankan sunnah nabi Muhammad SAW.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Sebak baca, memang boleh menitis air mata sesiapa sahaja yang baca kisah ni.
Curahan rasa myliferia @ ..6 Tips Diet Untuk Mendapatkan Perut Kempis & Rata; Bahagian 1
Sebenarnya kasih sayang kita kepada baginda hendaklah mengatasi kasih sayang kita kepada ibu bapa dan ahli keluarga kita.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Betul tu. Sebak baca kisah-kisah macam ni. Besar betul jasa Nabi SAW kepada umat manusia.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
Kalau kita sedar diri kita, sudah tentu kita tidak akan sanggup untuk kecewakan baginda Nabi Muhamad SAW.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Betul tu. Kena kasih kepada Nabi SAW melebihi segalanya. kena usaha kearah itu jika belum sampai lagi.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Itulah matlamat yang sebaik baikny menjadi pengikut baginda yang komited dan menjadi hamba Allah swt yang solleh.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
kisah yang bagus untuk diambil iktibar..
kadangkala kita terlupa bagaimana hebatnya Rasulullah mengangani seseorang
Banyak pengajaran yang boleh di ambil dan dipelajari dari kisah ini kepada kita semua.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
Sebenarnya banyak yang kita boleh pelajari, salah satu kitab yang boleh dipelajari adalah Syamail Muhammadiah…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
perkongsian menarik. banyak panduan yang kita boleh ambil dari kisah macam ini.
Curahan rasa hasif @ ..Apa itu Mindatif ?
Baca kisah macam ni boleh membuatkan kita lebih meghayati kisah hidup Nabi SAW dan sahabat RA.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
Banyak sebenarnya kisah yang boleh menjadi panduan kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Jangan Biar Rokok Merosakkan Kesihatan Diri dan Keluarga
Boleh belajar banyak panduan dan kisah kalau ikut pengajian kitab Syamail Muhammadiah.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Banyak segi sebenarnya yang kita boleh pelajari. Samada dari adab makan baginda, cara berpakian baginda, tidur dan segalanya mempunyai cara dan tertiib yang tertentu. Kalau diamalkan Insya Allah Berjaya di dunia dan di akhirat.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Hebat sungguh cerita ini…mengalir air mata membacanya…penuh keinsafan..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Selamat Bergembira Untuk Penganut Kristian
Boleh buat air mata berlinagan bila baca dan meghayati kisah kehidupan Nabi SAW dan para Sahabat.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
Itupun untuk mereka yang ingin ambil iktibar dan pengajaran dan mengikuti dengan jalan yang betul..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Sedih giler baca kisah ini.. betapa sayangnya nabi muhammad kepada kita semua..
Curahan rasa Media Sensasi @ ..Tonton Dan Download Along
Betul tu. Sedih bila baca kisah ini. Nampak begitu besar sayang Baginda SAW kepada umat manusia.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Itulah hakikat yang kita lupa tentang pengorbanan baginda SAW, semuanya untuk umat baginda.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Kasih baginda sehinggakan sanggup diri dilempar batu, dibaling najis demi untuk menyampaikan agama Islam yang suci dan menyelamatkan umat manusia dari pada azab api neraka.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Betul ke cerita ni palsu? Apa pun, mungkin ada pengajaran yang boleh diambil.
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Bayi Menangis Malam Boleh Buat Mak Ayah Menangis Sekali
Berdasarkan maklumat yang saya baca daripada ustaz yang mengkaji hadis… macam tulah..
Curahan rasa anuar @ ..Aktiviti dan Kejutan Sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Adam yang ke 6
Sebenarnya cerita ini dah banyak kali di kongsikan atau di forwardkan di group2 whatss app..
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Memang diakui sedih cerita ni.. dah baca beberapa kali pun tetap rasa nak menitiskan air mata..
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
pernah juga dengar kisah ini, baru tahu kisah ini adalah kisah israiliyat
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Cara Kerja Lebih Daripada Satu
Carilah kisah kisah lain yang boleh membuatkan kita bersemangat untuk memperbaiki diri kita supaya menjadi pengikut baginda yang solleh.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Banyak pengajaran yang boleh di ambil dari kisah Nabi SAW dan para sahabat. Semoga kita semua mengambil pengajaran dari kisah ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Banyak lagi kisah kisah yang boleh kita jadikan pengajaran. Rajin rajinlah membaca dan mencari. Insyallah akan ketemu.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
sayang rasulullah seharusnya ditunjukkan dengan amal perbuatan kita, semoga kita semua sentiasa memperbaiki diri
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Cara Pilih Kolagen Terbaik dan Berkesan
Betul tu. kena berserta dengan amal. Kena jadi hamba yang baik agar Nabi SAW suka kepada kita kelak.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Betul tu. kena berserta dengan amal. Kena jadi hamba yang baik agar Nabi SAW suka kepada kita kelak di akhirat.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Bayangkan sehinga nabi sanggup mengumpulkan kesakitan semasa disakaratul maut dari umatnya untuk baginda tanggung. Begitu kasihnya baginda Muhammad SAW kepada umatnya.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Betul tu Raihanah, banyak lagi yang boleh diperbaiki dan kita kena sentiasa ada niat untuk belajar memperbaiki diri.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Tuan Denaihati, saya pernah membaca ulasan seorang ustaz yang mengkaji tentang hadis sahih dan hadis palsu… Menurut ustaz tersebut, kisah ini sebahagian daripada hadis palsu yang ditulis oleh golonggan syiah..
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Sekarang ni kena berhati2 kalau kita nak share sebarang cerita atau hadis berkaitan Rasulullah S.A.W…
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Sebab golongan Syiah sahaja sudah menulis puluhan ribu hadis palsu… keadaan ini merbahayakan generasi kita dan generasi akan datang…
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Terutamanya kepada mereka yang rajin forward di group2 whatss app dan share di facebook… cepat jer info2 macam ni akan merebak untuk bacaan umum..
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Mohon maaf yer.. saya share link tersebut di sini… harap kita dapat baca isi kandungan dan ulasan yang diberikan..
https://m.facebook.com/notes/muhamad-rozaimi/status-kisah-ukasyah-yang-ingin-memukul-nabi-sallallah-alaih-wasallam-sebelum-ba/736121766457532/
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
1. Kata Ibn al-Jauzi (al-Mudhu’at, jld. 1, hlm. 301):
هذا حديث موضوع محال كافأ الله من وضعه وقبح من يشين الشريعة بمثل هذا التخليط البارد والكلام الذى لا يليق بالرسول صلى الله عليه وسلم ولا بالصحابة، والمتهم به عبد المنعم بن إدريس.
Hadis ini PALSU yang mustahil (berlaku). Moga Allah membalas kepada sesiapa yang mereka-rekanya dan (moga Allah) memburukkan sesiapa yang merosakkan Syariah dengan kekeliruan yang dingin dan kalam yang tidak layak bagi Nabi sallallah alaih wasallam dan tidak layak bagi sahabat. Yang dituduh (memalsukan hadis ini) ialah Abdul Mun’im bin Idris.
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
2. Kata al-Suyuti (al-Laali al-Masnu’ah, jld. 1, hlm. 257):
موضوع آفته عبد المنعم
Maksudnya: Hadis PALSU. Penyakitnya (pereka hadis ini) ialah Abdul Mun’im bin Idris
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
3. Kata al-Haithami (Majma’ al-Zawaid, jld. 8, hlm. 323):
رواه الطبراني وفيه عبد المنعم بن إدريس وهو كذاب وضاع
Maksudnya: (Hadis ini) riwayat al-Tabarani dan padanya (sanadnya) terdapat Abdul Mun’im bin Idris. Beliau pendusta dan pereka hadis.
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Seharusnya seorang muslim sejati akan menangis apabila membaca kisah ini. Kalau tidak maknanya hati ada masalah. Bawa bawalah baiki hati yang bermasalah itu..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Pohon tamar pun menangis kerana rindukan Nabi Muhammad saw, apatah lagi kita selayaknya merindukannya lebih dari pohon tamar itu.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Rupanya Rasulullah nak pergi meninggalkan sahabat-sahabat baginda dan seluruh umat Islam dengan menanyakan hutang sesama manusia dan alam semesta. Jika berhutang, maka perlu diselesaikan hutangnya agar kamu beroleh kemuliaan di akhirat nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Ia juga boleh menyebabkan amalan kita tergantung sehinggalah kita jelaskan hutang hutang tersebut.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Kisah Rasulullah boleh kita jadikan panduan dan tauladan kerana sesungguhnya kisah Nabi Muhammad ada sesuatu yang boleh kita ambil ikhtibar. Insha Allah….
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Banyak lagi kisah kisah yang kita boleh jadikan ibrah untuk kehidupan kita.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Comments are closed.