Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul, ini adalah sebahagian kisah Rasulullah yang ingin aku kongsikan untuk dijadikan ikthibar bagi meningkatkan kecitaan kita kepada Baginda SAW. Sebelum ini pernah berkongsi kisah Nabi bertemu dengan paderi Nastura, gambar pokok tempat Nabi berteduh dan beberapa lagi entri khas yang lain. Kalau kita benar0benar cinta pada Baginda paling tidak sirah Nabi SAW mesti dibaca sekurang-kurang sekali seumur hidup.
Kisah ini berlaku kepada Rasulullah SAW sebelum baginda wafat. Rasulullah SAW telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di Masjid Nabawi. Maka pada suatu hari, Rasulullah SAW meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah SAW.
Lalu Rasulullah SAW mula berkata: “Wahai sahabat-sahabatku semua! Aku ingin tanya pada kamu semua…. apakah telah aku sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah SWT itu adalah Tuhan yang layak di sembah?”
Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, ” Benar! Engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah SWT adalah Tuhan yang layak disembah”.
Rasulullah SAW berkata: “Persaksikanlah ya Allah! Sesungguhnya aku telah sampaikan amanah ini kepada mereka”. Kemudian baginda berkata lagi……. dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan dibenarkan oleh semua para sahabat.
Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu…. Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan……. dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kamu semua…… siapakah di kalangan kamu yang aku ada hutang dengannya….. sila bangun….. aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam keadaan ada hutang dengan manusia”.
Ketika itu semua sahabat diam…………. sedang dalam hati masing-masing berkata “Mana ada Rasullullah SAW berhutang dengan kami………. sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda”.
Rasulullah SAW mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.
Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama AKASYAH. lalu dia berkata: “Ya Rasulullah! Aku ingin ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa- apa”.
Rasulullah SAW berkata: “Ceritakanlah wahai Akasyah”.
Maka Akasyah pun mula bercerita: “Aku masih ingat lagi ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda, yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di sebelah belakang kuda yang engkau tunggang wahai Rasulullah”. Mendengar yang demikian, terus Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama”.
Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata: “Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!”. Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian. Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak memarahi Akasyah…. “Sesungguhnya engkau tidak berhati perut wahai Akasyah! ….. bukankah Baginda sedang sakit!”
Akasyah tidak menghiraukan semua itu. Rasulullah SAW meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah. Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya:
“Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?”. Bilal menjawab dengan nada sedih : “cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah”.
Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata: “Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!…… ayahku sedang sakit…….. kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya”.
Bilal menjawab:”Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua”. Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah. Setelah mengambil cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar.
Tiba-tiba bangun Abu bakar menghalang Akasyah sambil berkata: “Wahai Akasyah! kalau kamu hendak pukul, pukullah aku……. aku orang yang mula-mula beriman dengan apa yang Rasulullah SAW sampaikan.
Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku”. Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW : “Duduklah kamu wahai Abu Bakar!…. ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah”.
Akasyah mara lagi ke hadapan…… lalu bangun pula Umar menghalang Akasyah seraya berkata: “Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku……. Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu……… Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka sakitilah aku dulu….”.
Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW : “Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan Akasyah”. Akasyah mara lagi ke hadapan……. tiba-tiba bangun pula Ali bin Abu Talib sepupu Rasulullah SAW. Dia menghalang Akasyah seraya berkata: “Akasyah! pukullah aku wahai Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai Akasyah”.
Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW : “Duduklah kamu wahai Ali! ini urusan antara aku dengan Akasyah” .
Akasyah mara lagi ke hadapan…… tiba-tiba tanpa di sangka, bangunlah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW iaitu Hassan dan Husin. Mereka berdua merayu dan meronta “Wahai pak cik! pukullah kami wahai pak cik………. Datuk kami sedang sakit……pukullah kami wahai pak cik…..sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan Baginda………..pukullah kami wahai pak cik”.
Lalu Rasulullah SAW berkata: “Wahai cucu-cucu kesayanganku! duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah”.
Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata: “Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah sini”.
Rasulullah S.A.W. memang seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi: “Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah”. Tanpa berlengah, dalam keadaan lemah…… Rasulullah membuka baju. Lalu kelihatanlah tubuh Baginda yang sungguh indah, sedang beberapa ketul batu terikat di perut Baginda…..ini menandakan Baginda sedang menahan kelaparan. Lalu Rasulullah SAW berkata:
“Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada
kamu”. Akasyah terus menghampiri Rasulullah SAW…….. lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah SAW. Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke arah lain…..dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya. Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata: “Ya Rasulullah, ampunkanlah aku……maafkanlah aku……mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah……..sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu…….kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sesungguhnya aku takut dengan api neraka……..maafkanlah aku ya Rasulullah”.
Rasulullah SAW dalam keadaan penuh hiba lalu berkata: “Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah”. Semua sahabat tidak dapat. menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing. Sambil itu semua para sahabat beramai-ramai memeluk Rasulullah SAW.
MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA KEPADA KEKASIH KITA NABI MUHAMMAD SAW…AMIIN.
Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini
Rahsia magnet rezeki bukan lagi rahsia! Klik Sini
Sedekah pembuka pintu rezeki. Ramai yang masih tidak tahu rahsianya! Klik Sini
115 Comments
Semua sahabat tak sampai hati bila Nabi SAW nak di’pukul’ sebagai ganti balik. Tapi sebenarnya sabahat ni nak dapat peluang peluk jasad Nabi SAW aje.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Banyak pengajaran yang boleh di ambil dari kisah ini. Sayang betul Sahabat kepada Nabi SAW.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Best kisah ni nanti boleh lah sharing pada semua boleh jadikan teladan ….. http://www.gerobokbuku.com/
Faris aiman tengah sharinglah ni kan.. Hanya tekan butang share aje, dia terus tersebar, cuma seeloknya dapatkan yang sahih..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Boleh share jika bermanfaat. Bagus kisah-kisah Nabi dan sabahat jika selalu dibaca. Boleh perbaiki diri kita yang lemah ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Ohh palsu ke… Hurm itu lahnya kan bila dah semakin maju n, macam2 cara orang buat kan… Apa2 pun mana yang baik tuh, kita jdkan pedoman.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Memang ramai orang yang anti Islam cuba merosakkan akidah umat islam melalu pelbagai cara seperti al quran palsu, hadist palsu dan buku buka ilmiah yang serong.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Jika rasa tak yakin kena tanya ustaz, Cerita ni ada juga diceritakan dalam program selawat oleh ustaz yang ada nama juga. Jika tak betul, tak kan beliau nak cerita. Wallahualam.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Mas memula dengar cite n dulu, berdebar jugak coz kesian lah kalau rasulullah nak kena rotan kan… Alhamdullilah pengakhiran yang syahdu…
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Suspen aje yang cerita ni, walaupun tak pasti kebenarannya. Tapi itulah baginda, seorang yang adil dan amanah dalam urusannya.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Betul tu. Jika baca mula-mula rasa kasihan dan lagi sedih bila dah berada di penghujung cerita.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
dah lama tak dengar kisah ni. kali terakhir masa sekolah rendah dulu. thanks DH sudi berkongsi.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Memohon Bil TM Melalui Email
Kisah2 nabi n tak pernah jemu di baca, semakin di baca, semakin terasa rindu nak baca lagi kisah2 yang lain.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Kisah kisah Nabi ni memang kita kena selalu cari, barulah jumpa. Memang banyak lagi kisah kisah baginda. Dalam Kitah Hayatus Sahabah ada menceritakan banyak kisah kisah Nabi bersama para sahabat.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Bagus Tuan DH kongsi cerita ni. Boleh ingatkan balik kisahnya. Banyak jasa Nabi SAW dan sahabat kepada kita semua.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Bila baca kisah ini, teringat zaman kecik-kecik dedulu, nenek yang mengajar mengaji suka cerita pasal kisah-kisah nabi nih.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Jadi nostalgia tu Supernifz bila dengar semula kisah kisah dulu tu ya. Budak budak memang suka cerita story telling macam ni.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Bagus cerita kisah seperti ini kepada anak-anak kecil. Bagi mereka tahu jasa Nabi SAW kepada umat manusia dan mereka juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Beruntung sungguh pemuda bernama Akasyah ini, dapat memeluk Rasulullah dengan seerat-eratnya.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Sesiapa yang dapat menyentuh dan mengambil berkat dari baginda memang sangat sangat beruntung.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Ada sahabat yang berebut rebut untuk menyambut air wuduk dari baginda, untuk mengambil danmendapatkan berkat daripadanya. memang beruntung mereka.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Betul tu. Bukan senang nak dapat peluang macam Akasyah ni. Tak semua sahabat dapat peluang macam ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
membuat saya betah lama lama di laman ini terima kasih pak admin saya tunggu info selanjutnya…
http://obattradisionalpenyakitpinggangampuh.wordpress.com
Boleh baca baca banyak lagi entri yang menarik di Denahati ni Mas.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Banyak cerita yang menarik dalam blog DH. Kena baca untuk tambah ilmunya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Semoga kisah Akasyah yang begitu mencintai Rasulullah SAW dan takut akan api neraka tersebut menjadi penyuntik semangat kita untuk terus bersegera dalam meminta keampunan kepada Allah SWT
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Jangan Biar Rokok Merosakkan Kesihatan Diri dan Keluarga
Satu kisah yang sungguh menyayat hati, sungguh2 Akasyah nak mendekatkn dirinya dengan rasullullah.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Menjadi kewajipan kita untuk bersegera untuk memohon ampun dan taubat. Sesungguhnya Allah swt maha pengampun lagi maha penyanyang…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Pernah dengar kisah ini dan sangat bertuahlah pemuda yang bernama Akasyah kerana berpeluang memeluk baginda Nabi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Jangan Biar Rokok Merosakkan Kesihatan Diri dan Keluarga
Ramai sahabat sahabat ayang dijanjikan syurga, yang biasa kita dengar adalah sepuluh sahabat yang utama.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Kisah kehidupan Nabi SAW dan Sahabat bila baca dan hayatinya boleh buat hati kita ada kekuatan untuk memperbaiki diri untuk jadi umat yang baik.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Memang banyak kisah dah teladan dalam kisah-kisah nabi nih kan.Semenstinya di ambil untuk di jadikan pedoman hidup.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Bila baca kisah-kisah seperti ini boleh menginsafkan kita. Banyak lagi perkara agama yang tak dapat dibuat.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Kisah ni kalau kita dengar ustaz bercerita secara terus lagi sedih dan boleh buat air mata berlinangan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Cerita kalau betul diolah dan disampaikan dengan cara yagn baik, memang boleh bikin kita menangis.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Memang akan mudah di fahami dan mudah dijadikan pedoman untuk anak-anak terutamanya.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
mesti ramai yang dah lupa kisah lelaki ini kan?
apapun..banyak kisah nabi yang beri kita teladan dan nasihat yang sesuai untuk kita pada zaman ini.
ambil dan amalkan.
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 57 dari Ashadee.com
Comments are closed.