Kisah London yang mencuit hati

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Pengalaman mematangkan diri kami. Ketika di London, sepatutnya kami pulang ke Malaysia pada hari sabtu malam, flight pukul 7.50 petang waktu London. Hari jumaat, kami buat rutin harian seperti biasa, ibu stay di apartment manakala aku dan ayah menunaikan fardhu wajib iaitu solat Jumaat. Perjalanan menuju ke Masjid kira-kira 20 minit daripada apartment yang kami tinggal.

London Central Mosque

Pulang ke apartment membawa bekal yang sudah dibeli di Masjid. Selesai makan, selepas perbincangan, waktu petang kami bercadang untuk berjalan-jalan di sekitar Oxford Street, London di mana tempat tumpuan bagi pelancong luar. Sungguh ramai orang, lagi-lagi pada musim cuti.

Kami juga ada singgah beberapa kedai area Oxford Street. Sahaja nak cuci mata lihat gelagat pelancong dan orang tempatan beli dan tawar-menawar harga. Selepas itu, kami masuk ke Selfridges, di mana tempat ini terkenal dengan barang-barang berjenama seperti Louis Vuitton, Hermes dan banyak lagi. Sambil melihat keindahan Mall yang besar, kami sempat mencuci mata melihat pakaian dan barang di sekitar Mall tersebut.

Sehinggalah terdetik di raut wajah kami untuk singgah di satu outlet. (Tak ingat brand apa). Sudah selesai pilih dan ambil barang, tiba-tiba ayah datang dekat kami dan berkata yang ‘walletnya’ hilang. Kami anak-beranak mula gementar. ‘Siapa yang tak cuak hilang wallet kan’ dan masalahnya dekat tempat orang pula. Habis segala kad bank dan passport serta sedikit wang lenyap begitu sahaja.

Kami cuba tenangkan diri. Banyak kali jugalah kami pusing-pusing sekita mall dan tanya orang yang jaga outlet-outlet yang kami singgah sebelum itu. kebanyakan mereka berkata “Maaf, Kami Tak nampak dan perasan ataupun encik boleh berjumpa dengan customer servis”.

Kami bergegas berjumpa dengan customer servis di tingkat atas sekali. Seorang gadis berkulit hitam manis memberi khidmat dan layanan yang baik dan sentiasa bantu kami untuk selesaikan masalah. “Dia cakap sering juga berlaku ‘pick pocket’ dalam mall ini. Dia pun tak boleh nak buat apa-apa. “Selalunya yang buat kerja-kerja sumbang mahram seperti itu orang luar”, sambung dia.

Kemudian, ayah segera telefon bank-bank minta untuk blok kad-kad yang hilang dan juga telefon seorang lelaki untuk bertanyakan tentang proses kalau kehilangan passport. Dia berkata, selasa boleh pergi ke kedutaan Malaysia.

Ayah cakap dekat kami, “Sepanjang travel jauh-jauh di tempat orang, inilah kali pertama kehilangan wallet”. Berat dugaan. “Mungkin ayah sendiri yang cuai, tetapi tidak mengapalah, jadikannya sebagai pengajaran”.

Harapan untuk balik esoknya tergendala. Maka kami pun extend sehinggalah hari rabu. Kami bernasib baik dan dengan izin Allah taala ayah juga ada kenalan ramai yang boleh bantu dari segi untuk mencari bilik dan wang. Report polis pun perlu buat mudahnya hanya buat secara online sahaja.

Malaysia Hall Canteen London menyajikan pelbagai aneka makanan.

Mungkin salah satu asbab kami kena seperti ini, dapat kenal lagi rakan-rakan Malaysia di Bayswater. Maklumlah Kedutaan Malaysia sebelum berpindah di tempat baru, terletaknya di situ. Kami juga dapat merasai makanan Malaysia yang dijual di kantin tersebut dan hanya makanan Malaysia sahaja yang ada disitu.

Pagi selasa kami perlu selesaikan urusan passport. Kami pergi ke Kedutaan Malaysia. Waktu itu, kedutaan Malaysia tengah sibuk persiapkan tempat mereka, ketika itu, baru sahaja selesai pindahkan barang daripada tempat lama ke tempat baru.

Di hadapan Kedutaan Malaysia

Berjumpa dengan dua orang pegawai di sana, meraka kata sistem belum boleh guna lagi. Jadi mereka tak janji yang passport tersebut boleh siap haritu juga. Dia pesan suruh emailkan sahaja kad pengenalan(IC), Passport yang lama, dan laporan polis supaya dia boleh semak dahulu.

Kami pun berlalu pergi dengan harapan semoga Allah permudahkan urusan passport dan kami pulang untuk selesaikan hal lain. Menjelang petang, seorang pegawai menelefon ayah. Beliau berkata boleh datang semula ke kedutaan untuk ‘test’ kalau boleh cetak passport terus. Kami ambil teksi dan bergerak ke sana. Tiba di kedutaan, mereka suruh lengkapkan ‘survey’ bagi kehilangan passport dan mulakan urusan untuk cetak passport.

Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan doa kami, akhirnya passport siap dicetak. Sangat terharu ketika itu.

Ayah dan pegawai Kedutaan Malaysia.

Di kesempatan ini, nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus untuk doakan keselamatan kami di sana dan tidak dilupakan juga kepada pegawai-pegawai di kedutaan yang bekerja keras dan sanggup membantu selesaikan masalah passport walaupun dalam keadaan kelengkapan yang belum diselesaikan lagi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.

Selepas itu, kami dapat pulang ke Malaysia dengan selamat serta bakal dirindui pengalaman seperti itu.

Sebelum pulang ke Malaysia. berswafoto di hadapan apartment yang kami stay di Bayswater.

“Allah menguji hambanya dengan ujian yang mereka mampu harunginya. Sebab itu setiap manusia ujiannya lain-lain. Berdoa sahaja kepada Allah, inshaAllah ada jalan yang boleh selesai”.

Sekadar berkongsi #CeritaLondon. Semoga bermanfaat dan jangan lupa share ya. Terima kasih.


Spread the love

3 Comments

  1. Alhamdulillah…

    Ujian itu untuk mendekatkan lagi kita denganNya dan betapa kebergantungan kita kepada Allah tidak boleh ditidakkan…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!