Sujud di Baitullah, rebut peluang jadi tetamu ALLAH untuk Haji 2019

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menunaikan ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima dan adalah impian setiap umat Islam untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah satu hari nanti.

Ibadah haji adalah wajib bagi setiap umat Islam yang mampu dari segi tahap kesihatan serta kewangan untuk menunaikannya dengan mengunjungi dan melaksanakan beberapa amalan di beberapa tempat di Mekah serta kawasan yang berhampiran de­ngannya pada musim haji iaitu pada bulan Zulhijah.

Di dalam al-Quran, terdapat ayat yang menyebut tentang kewajipan haji dan ia hanyalah dikhususkan bagi mereka yang memenuhi syarat yang dituntut. Firman Allah SWT:

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلا
Maksudnya: “Dan (di antara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana” (Surah Ali Imran: 97)

gambar kaabah di masjidil haram mekah

Ibadah haji bukan hanya untuk orang tua sahaja

Jika dulu sebut pasal haji dan hajjah, mesti orang kaitkan dengan yang sudah berumur atau lanjut usianya. Mungkin kerana sudah biasa dengan sistem giliran yang memakan berpuluh tahun hasil daripada simpanan di Tabung Haji.

Namun jika ada kemampuan dengan kosnya, semua itu boleh diuruskan dengan menggunakan pakej haji yang kini banyak ditawarkan oleh travel agent berdaftar. Orang yang muda, bertenaga dan berkemampuan sudah semestinya boleh mendaftar pakej haji yang disediakan.

Dalam melaksanakan kewajipan haji, amatlah dituntut bagi pengamalnya mempunyai kesihatan tubuh badan sihat yang melayakkan dirinya menunaikan ibadah agar tidak terganggu perjalanan musafirnya.

Kita juga perlu mempunyai kewangan yang mencukupi pergi dan balik, serta keperluan yang mencukupi untuk ahli keluarga tanggungannya yang ditinggalkan sepanjang ketiadaannya.

Bagi melayakkan pendeposit mendaftar haji, mereka perlu memastikan syarat berikut dipatuhi:

  1. Pendeposit Tabung Haji dengan baki minimum akaun sebanyak RM1,300.
  2. Tidak pernah menunaikan fardhu haji.
  3. Pendeposit perlu membawa MyKad (dokumen pengenalan diri) dan Sijil kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter Tabung Haji.

Pendeposit yang belum mempunyai jumlah minima simpanan di dalam akaun Tabung Haji tetapi mahu mendaftar haji, boleh menggunakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka untuk tujuan mendaftar haji.

Melalui skim pendaftaran haji ahli KWSP, pendeposit Tabung Haji hanya perlu mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP mereka semasa membuat pendaftaran haji.

mataf masjidil haram mekah

Pakej Haji 2019 akan tetap menawarkan:

1. Pakej Haji Standard (Paling Ekonomi)
2. Pakej Haji Deluxe
3. Pakej Haji Premier (Terhad ke 40 jemaah terpilih sahaja)

Pelbagai pakej haji jadi pilihan ramai

Pakej haji yang paling ekonomi bermula dengan :

  • RM35,000 hingga RM45,000 seorang
  • 350m dari hotel ke dataran Masjidil Haram
  • 100m dari hotel ke dataran Masjid Nabawi
  • Perkhemahan Khemah Mina Muasem semasa di Arafah dan Mina

Pakej haji Deluxe bermula dengan :

  • RM47,000 hingga RM53,000 seorang
  • 200m dari hotel ke dataran Masjidil Haram
  • 100m dari hotel ke dataran Masjid Nabawi
  • Penginapan di hotel 800m dari Dataran Mina Jamarat semasa di Arafah dan Mina

Pakej haji Premier pula bermula dengan :

  • RM65,000 hingga RM75,000 seorang
  • 350m dari hotel ke dataran Masjidil Haram
  • 100m dari hotel ke dataran Masjid Nabawi
  • Penginapan di hotel 500m dari Dataran Mina Jamarat semasa di Arafah dan Mina

Harga yang dinyatakan hanyalah anggaran sahaja dan tertakluk kepada perubahan. Harga pakej haji di atas adalah termasuk bayaran haji. Jumlah sebenar bayaran haji bagi musim haji 1440H akan dimaklumkan oleh Tabung Haji dan akan didebitkan terus dari akaun bakal haji di Tabung Haji.

Sebagai panduan, bayaran haji pada musim haji tahun 1439H adalah sebanyak RM10,400. Tarikh tutup pendaftaran Haji 2019 / 1440H adalah pada 6 April 2019. Penerbangan Pakej Premier adalah menggunakan pesawat komersil dan tertakluk kepada kelulusan daripada Lembaga Tabung Haji.

Cabutan Bonanza Haji CSHolidays 2019

Cabutan Bonanza Haji CSHOLIDAYS 2019 adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang telah berdaftar dan tersenarai sebagai Jemaah Haji 2019 Tabung Haji Malaysia serta telah berdaftar dengan mana-mana pakej haji 2019 CSHOLIDAYS dengan menggunakan borang pendaftaran haji CSHOLIDAYS 2019.

Para peserta yang layak juga mesti membuat bayaran penuh pakej haji 2019 CSHOLIDAYS sebelum yarikh yang ditetapkan dan telah diba di Tanah Suci bersama pakej haji CSHOLIDAYS pada tahun 2019

Cabutan Bonanza Haji CSHOLIDAYS 2019 adalah seperti berikut:

Hadiah Utama : 1 unit kereta Perodua Axia
Hadiah kedua : 1 unit motorsikal Yamaha Y15ZR
Hadiah ketiga : 1 unit Apple iPhone X

Bagi sebarang persoalan ringkas anda boleh whatsapp atau sms ke 0126546604 / 0129309207.

Didoakan juga semoga semua tetamu Allah yang menunaikan haji tahun ini, dipermudahkan segala urusan ibadah di Tanah Suci Mekah dan mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!