Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap kali 12 Rabiulawal hati pasti berdetik rasa sayu teringat pesan terakhir Rasulullah SAW yang masih belum dapat aku mulakan terasa lemahnya diri ini kerana terlalu mengutamakan dunia dari akhirat. Bait-bait terakhir khutbah haji wida’ Rasulullah SAW sangat mencengkam hati kerana belum mampu aku laksanakan semuga sahabat-sahabat tidak seperti aku.
Baru-baru ini ketika mengembara di bumi Syam sudah merancang untuk singgah sebentar di pohon Rasulullah berteduh sebelum bertemu dengan Paderi Nastura tetapi akibat ditahan lebih empat jam rancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Terasa sangat rugi tak dapat singgah dan terbayang-bayang gambar pohon tempat Rasulullah SAW berteduh yang dikirimkan oleh seorang sabahat yang berdakwah empat bulan di Jordan.
Setiap kali melihat rumah kelahiran Rasulullah SAW pasti teringat kisah detik-detik terakhir hayat Baginda yang sentiasa ingat kepada umatnya walaupun sedang merintih menuju sakaratul maut. Setiap kali membaca kisah kewafatan Rasulullah SAW pasti tidak dapat menahan mutiara air mata menitis membasahi pipi. Terasa rindu dan terbayang kalaulah dapat bertemu dengan Baginda walaupun sesaat di dalam mimpi-mimpi indah.
Aku mempunyai beberapa teman yang tidak pernah lekang lidah daripada banyak berselawat kepada Rasulullah SAW setiap hari entah berapa ribu tak berani nak tanya. Kehidupan rakan-rakan yang banyak berselawat kepada Rasulullah SAW memang jauh berbeza berbanding aku yang hanya sesekali berselawat setiap hari. Banyak lagi kisah benar kehebatan sahabat-sahabat yang banyak berselawat kepada Rasulullah SAW yang mungkin sahabat-sahabat pernah berjumpa.
Salah seorang sahabat sudah beberapa kali bertemu dengan Rasulullah SAW di dalam mimpinya. Katanya keindahan bertemu Rasulullah SAW di dalam mimpi membuatkan rasa rindu yang teramat sangat sehingga ingin bertemu dan bertemu lagi dan itulah motivasi beliau semakin banyak berselawat kepada Rasulullah SAW setiap hari.
[box type=”shadow”]“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56) [/box]
Seorang sahabat yang lain kelihatan muka berseri-seri, hidup bahagia, tenang apabila diuji dengan berbagai ujian dan berkat rezekinya. Apabila ditanya apa rahsianya dengan senyum beliau berkata banyakan selawat kepada Rasulullah SAW. Memang berselawat kepada Rasulullah SAW bukan sahaja membuka pintu rezeki kepada kita tetapi lebih penting boleh menjadi umat Nabi Muhamad SAW yang bersama Baginda kelak di Padang Mahsyar membawa panji-panji Islam.
[box type=”shadow”]Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda : Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu Baginda menaiki anak tangga mimbar, Baginda berkata : Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, Baginda berkata lagi : Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, Baginda berkata lagi : Amin. Dan ketika Baginda turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu Baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya : Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
(Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah) [/box]
Termenung sejenak memikirkan berapa sangat sunnah Nabi dan selawat yang aku amalkan setiap hari. Amalan harian berselawat seratus pagi dan seratus petang pun susah sangat nak istiqamah tetapi mengharap berbagai keajaiban daripada ALLAH SWT sedangkan ALLAH SWT pun berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW. Tahun baru kena tanam azam untuk lebih banyak berselawat tanda kasih sayang kepada Rasulullah SAW melebih sayang pada diri sendiri.
163 Comments
amalkan selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu dan allah permudahkan segala kesulian
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blog Bakal Dikenakan GST?
selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, sakit perut akan hilang jika kita amalkan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
allah juga akan permudahkan jodoh jika kita amalkan selawat 100 kali sehari
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Allah akan hapuskan dosa2 kecil jika amalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
kalau berselawat, insyaallah Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
tak rugi berselawat kepada nabi. lebih elok dari nyanyi lagu yang tak apa2
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Saya setuju. Lebih baik kita basahkan bibir dengan kebaikan daripada menyebut perkara yang tak diperlukan.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Rasulullah memang tak pernah melupakan umatnya sehingga la ke akhir hayat baginda. Saya pun tengah istiqamah berselawat tanda kasih sayang kepada baginda. Semoga Allah tetapkan hati saya
Curahan rasa nord @ ..7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee
Memang banyak fadhilat berselawat ke atas Rasulullah. Tidak membawa kepada apa apa kerugian malah membawa 1001 kebaikan
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Terasa malu dgn diri sendiri yang selalu alpa dengan zikir-zikir ini..
Curahan rasa shamiera osment @ ..Salam Aidiladha…
Sambil menyusu anak pun boleh berselawat kepada baginda Rasul. Anak pun ikut kita berselawat
Curahan rasa nord @ ..7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee
daripada dok nyanyi lagu tah apa2 baik beselawat pada nabi. tenang siki, pahala pun dapat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
Sangat setuju.Selawat ni sangat mudah dipraktikkan.buka ja lagu nasyid Raihan
Curahan rasa nord @ ..7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee
banyak kelebihan yang akan kita dapat apabila selalu berselawat.. kita seringkali lupa untuk bersewalat kadang2 tu jarang untuk berselawat, bahkan semasa Rasulullah sendiri ketika di hujung hayatnya masih memirkirkan tentang umatnya, sedang kan kita seringkali lupa padanya..
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
Oleh itu mulai hari ini marilah kita mulakannya… Tiada yg terlewat selagi belum terpejamnya mata. Jom kita berselawat!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
sekiranya banyak selawat banyak syafaat yang kita perolehi. Seeloknya, kita berselawatlah setelah selesai solat fardhu dan sebelum tidur. Wawa pun amalkan juga tapi tidak boleh lagi hendak menandingi sahabat tuan denaihati.com. Rasanya selawat wawa lafazkan tidak sebanyak macam sahabat tuan denaihati.com lakukan.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Alhamdulillah… Allah Maha Mengetahui, bukan jumlah yg menjadi nilai tetapi keikhlasan dan keberkatan dari amalan.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
orang yang sentiasa berselawat akan mendapat pahala berlipat ganda. jadi jom selawat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
Sudah dijanjikan oleh Rasulullah saw… Banyak berselawat keatas beliau pasti mendapat syafaat. Berselawat adalah lafaz yg diucap tanda kasih dan sayangnya kita kpd nabi. Mengakui bahawa Rasululullah adalah nabi kita dan pemimpin dunia dan akhirat. Jika diceritakan kisah kehebatan berselawat… Dgn penuh keyakinan, saya membenarkan dan mempercayainya!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Idea Gila Yang Memang Giler!
nak berselawat taklah berat sangat pun…tapi bukan senang kita nak lakukan..lebih-lebih lagi nak lakukan dengan penuh ikhlas…ini sebagai tanda sayangnya kita kepada Rasulullah s.a.w..semoga di akhirat kelak kita akan bersama kumpulan yang di pimpin Rasulullah s.a.w
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Sofi Jikan Berlakon Drama Hollywood Gaji 1 juta?
Terima kasih atas perkongsian dan peringatan ini. sama sama kita amalkan amalan selawat setiap hari. Moga kita semua akan mendapat manfaatnya.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Design Header Blog Lea Azleeya
In Shaa Allah, mudah-mudahan entri yang dikongsikan oleh tuan denaihati.com dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Tak putus-putus pahala tuan mengalir kerana berkongsi entri yang bermanfaat ini.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Comments are closed.