Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap kali 12 Rabiulawal hati pasti berdetik rasa sayu teringat pesan terakhir Rasulullah SAW yang masih belum dapat aku mulakan terasa lemahnya diri ini kerana terlalu mengutamakan dunia dari akhirat. Bait-bait terakhir khutbah haji wida’ Rasulullah SAW sangat mencengkam hati kerana belum mampu aku laksanakan semuga sahabat-sahabat tidak seperti aku.
Baru-baru ini ketika mengembara di bumi Syam sudah merancang untuk singgah sebentar di pohon Rasulullah berteduh sebelum bertemu dengan Paderi Nastura tetapi akibat ditahan lebih empat jam rancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Terasa sangat rugi tak dapat singgah dan terbayang-bayang gambar pohon tempat Rasulullah SAW berteduh yang dikirimkan oleh seorang sabahat yang berdakwah empat bulan di Jordan.
Setiap kali melihat rumah kelahiran Rasulullah SAW pasti teringat kisah detik-detik terakhir hayat Baginda yang sentiasa ingat kepada umatnya walaupun sedang merintih menuju sakaratul maut. Setiap kali membaca kisah kewafatan Rasulullah SAW pasti tidak dapat menahan mutiara air mata menitis membasahi pipi. Terasa rindu dan terbayang kalaulah dapat bertemu dengan Baginda walaupun sesaat di dalam mimpi-mimpi indah.
Aku mempunyai beberapa teman yang tidak pernah lekang lidah daripada banyak berselawat kepada Rasulullah SAW setiap hari entah berapa ribu tak berani nak tanya. Kehidupan rakan-rakan yang banyak berselawat kepada Rasulullah SAW memang jauh berbeza berbanding aku yang hanya sesekali berselawat setiap hari. Banyak lagi kisah benar kehebatan sahabat-sahabat yang banyak berselawat kepada Rasulullah SAW yang mungkin sahabat-sahabat pernah berjumpa.
Salah seorang sahabat sudah beberapa kali bertemu dengan Rasulullah SAW di dalam mimpinya. Katanya keindahan bertemu Rasulullah SAW di dalam mimpi membuatkan rasa rindu yang teramat sangat sehingga ingin bertemu dan bertemu lagi dan itulah motivasi beliau semakin banyak berselawat kepada Rasulullah SAW setiap hari.
[box type=”shadow”]“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56) [/box]
Seorang sahabat yang lain kelihatan muka berseri-seri, hidup bahagia, tenang apabila diuji dengan berbagai ujian dan berkat rezekinya. Apabila ditanya apa rahsianya dengan senyum beliau berkata banyakan selawat kepada Rasulullah SAW. Memang berselawat kepada Rasulullah SAW bukan sahaja membuka pintu rezeki kepada kita tetapi lebih penting boleh menjadi umat Nabi Muhamad SAW yang bersama Baginda kelak di Padang Mahsyar membawa panji-panji Islam.
[box type=”shadow”]Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda : Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu Baginda menaiki anak tangga mimbar, Baginda berkata : Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, Baginda berkata lagi : Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, Baginda berkata lagi : Amin. Dan ketika Baginda turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu Baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya : Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
(Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah) [/box]
Termenung sejenak memikirkan berapa sangat sunnah Nabi dan selawat yang aku amalkan setiap hari. Amalan harian berselawat seratus pagi dan seratus petang pun susah sangat nak istiqamah tetapi mengharap berbagai keajaiban daripada ALLAH SWT sedangkan ALLAH SWT pun berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW. Tahun baru kena tanam azam untuk lebih banyak berselawat tanda kasih sayang kepada Rasulullah SAW melebih sayang pada diri sendiri.
163 Comments
Semoga selawat ini akan terus menjadi amalan kita semua setiap masa demi untuk memperoleh syafaat baginda di akhirat kelak.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..BBQ.
amin. Mudah-mudahan selawat ini menjadi bekalan akhirat kita suatu hari nanti ye 🙂
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Zaman sahabat nabi dulu berselawat sampai ke larut malam kerana takut dengan ALLAH S.W.T tapi kita sendiri pun kadang dalam 1 hari pun tak pernah berselawat padahal benda perkara macam itu senang dilakukan.
Curahan rasa adarain @ ..Tema Hari Kemerdekaan 57 : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Berselawat ke atas Nabi sebagai tanda kecintaan kita kepada Nabi Muhammad.
Apabila orang menyebut nama baginda, maka sahutlah dengan selawat ke atas baginda.
Kalau boleh setiap hari tidak lupa berselawat ke atas Nabi, selain daripada yang ada dalam bacaan tahiyat akhir.
Allamhumma solli ‘ala saiyyinaa Muhammad.
Solla Allahu ‘alaihi wasallam.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
besar khasiatnya berselawat ke atas nabi..manusia yang paling Allah sayang..jadi tiada sebab untuk kita tidak tunjukkan rasa sayang kita juga kepada Rasulullah…
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Soalan Bocor
Masha Allah. Terasa jauhnya wan dari mengingati Allah dan Rasulullah.
ENtah berapa banyak sunnah Rasulullah yang wan mampu amalkan. Lalainya wan selama ni.
Macam mana untuk kita istiqamah dengan satu-satu ibadat dan amalan yer?
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
sentiasa cuba mengamalkan sunnah rasullulah melalui hadis hadis sahih dan guru-guru yang diiktiraf ilmunya. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat DariNya. Hidup berpandukan al-quran dan sunnah insyallah berjaya dunia akhirat.
Curahan rasa kizmyself @ ..Berjanggut Den Tunggu Haaaa
Allahu Akbar. Terima kasih Tuan atas peringatan ini. Semoga selawat ini akan terus menjadi amalan kita pada setiap masa demi memperoleh syafaat baginda.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
tidak dinafikan berselawat besar ganjarannya kepada umat Islam…sebab itu orang yang tidak mahu beselawat apabila disebut nama Rasulullah dikatakan oramg paling kedekut.
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengakuan Terbuka Blogger Hero Borneo
Sungguh saya terkesan dengan komen Tuan. Moga kita sentiasa banyakkan selawat ke atas baginda.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Terima kasih atas peringatan ni. Kadang-kadang lupe. Itu indahnya dunia Islam ni. Saling ingat-mengingati.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
Sudah tanggungjawab kita sesama muslim untuk saling mengingati. 😉
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Sebab itu Islam indah, sehingga penganut lain pun berminat.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
islam ini indah. saling memperingati satu sama lain dan berkongsi sesama sendiri. Alhamdulillah.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
siapa yang selalu berselawat kepada junjungan besar, insyaallah Nabi Muhammad SAW akan meminta Allah untuk dipercepatkan hisabnya
Alhamdulillah. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan umat yang selalu bershalawat untuk Rasulullah SAW dan mendapatakan safaatnya.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
tersentakdari lamunan bila baca entri ni..terlalu sibuk mengejar duniawi, sehinggakan perkara semudah berselwat kepada Rasulukkah pun selalu lupa..tw utk ‘wake up call’ ini tuan..
Curahan rasa JMR @ ..Piala Thomas 2014- Malaysia Boleh!
Kadang-kadang sebab ego dan malas mahu berselawat, sedangkan selawat ini besar ganjarannya, lebih-lebih lagi sekiranya diamalkan secara konsisten.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Semoga kita termasuk umat yang selalu bershalawat untuk Rasulullah SAW dan mendapatakna safa’atnya.aamiin
Curahan rasa hanari @ ..Gangguan Angina Pactoris
In sha Allah, semoga kita semua akan beroleh syafaat baginda di akhirat kelak. Amin.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Kita termasuk umat yang sangat dicintai Rasulullah.
Rasulullah sangat menantikan umatnya yang tidak pernah bertemu denga beliau tetapi sangat cinta dan rindu akan Nabi Muhammad SAW. Semoga kita termasuk yang mendapat syafaat beliau. Aamiin…
Masha Allah. Lebih-lebih lagi jika kita beri salam kepada baginda di Masjid Nabawi.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Sungguh diri ini merindui untuk bertemu baginda. 🙁
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Akhlak baginda yang baik dan pengorbanannya terhadap Islam terhadap Islam terlalu banyak.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Semoga kita semua akan diberikan peluang untuk bersua dengan Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Comments are closed.