Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, manusia tak pernah lari dari kesilapan cuma malang selalu berlaku kesilapan kerana kurang ilmu terutama ketika Solat Jumaat. Nampak remeh tetapi boleh mengurangkan pahala malah silap-silap boleh abis lansung pahala solat Jumaat. Aku sendiri pun tak terlepas daripada kesilapan ketika solat jumaat jadi mari kita azam sungguh-sungguh untuk tidak melakukan kesilapan untuk mendapat redha ALLAH.
Kekadang bukan sahaja anak-anak yang bising ketika solat Jumaat tetapi bapak budak tak kurang lebihnya berbual macam tak ada apa-apa sedang berlaku walaupun khatib sedang berkhutbah. Berikut beberapa kesilapan ketika solat Jumaat yang telah disemak betul oleh Ustaz Noehas semuga menjadi mengajaran untuk kita semua insan lemah.
1. Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hasan, Ahmad:21756)
2. Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.” (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)
3. Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan]” (Shahih, Muslim:439)
4. Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Shahih, Muslim:857)
5. Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: ” Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (Shahih, Muslim:875)
6. Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ” (Surah al-Jumuah:9)
7. Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)
8. Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509)
Semuga sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada kita untuk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yang dibaca oleh khatib. Jom azam sama-sama tutup telefon dan jangan layan internet, wassap, facebook dan instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala-gala urusan dunia.
158 Comments
Bukan setakat semasa sembahyang jumaat je.. Pada sembahyang-sembahyang yang lain juga..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Gaji Minimum Pembantu Rumah RM700 Tidak Munasabah!!
semoga memberi iktibar kepada kita semua..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..panduan mudah bekerja secara bijak
sedikit perkongsian ini memberi makna yg mendalam..zmn smartphone, rmi yg terleka walaupun khatib dh berkhutbah..nauzubillah..
Saya pn kliru skt tentang solat tahiyatul masjid tu,apa yg saya faham,mendengar khutbah adalah wajib,sembahyang tahiyatul masjid tu sunat,jd jika kita sampai masjid imam sedang berkhutbah adalah lbh afdal kita buat benda yang wajib
tentang melakukan solat tahiyatul masjid ketika imam sudah berkhutbah sy keliru sikit.. sebab pernah dlu ustaz sy ckp adalah lebih afdal terus duduk ketika imam telah mula berkhutbah.. atas sebab itu jia terlewat sampai sy terus duduk mendengar..
tq atas perkongsian ini.. sgt bermanfaat
semoga kaum adam terus ada rasa tanggungjawab dalam diri.
Curahan rasa Mek Onie @ ..Loyalty dalam bercinta.
bagaimana pula dengan orang yang berniaga? kadang2 orang dah habis azan pun buka kedai lagi..
Curahan rasa maestro @ ..FIFA WORLD CUP: Fakta Dan Statistik Menarik
Sebaiknya dihentikan dan menuju ke masjid dengan segera..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Singkirkan Toxin Dengan Set Detox Shaklee
Sungguh ilmu yang sangat bermanfaat dan masih banyak sebenarnya yang melakukan kesilapan-kesilapan seperti tersebut.
Curahan rasa hanari @ ..Gangguan Angina Pactoris
solat tahiyatul masjid sering kita lupa nak bila kita berada dalam situasi musafir wahualam
Curahan rasa suri @ ..Biar Miskin Hal Dunia Tapi Kaya Hal Akhirat
harao lepas ini kita akan sedia perbaiki mana yang kurang,
Curahan rasa suri @ ..Cara Havoc Membuat Donuat Gebu Lembut Big Apple
Terima kasih artikelnya, sangat bermanfaat.
Jangan lupa berdoa antara khutbah pertama dan kedua. Karena di waktu itu doa mudah diijabahi (dikabulkan).
Alhamduillah satu pengetahuan yg menafaat utk kita semua.
kita lupa tapi itulah sering kita lakukan. yang paling cuba elakkan itu yang akan mampir. lihat sahaja bila oang tegur kita serius mula memang niat untuk bertanya khabar tapi sekali lalu syaitan mula mencucuk
“kau boraklah dengan dia lagi, banyak benda yang dia tahu”
itulah manusia serba lemah dan kurangkan.
wahulam
Alhamdulillah…perkongsian terbaik utk diamalkan..terima tuan dh dan ustaz noehas
Curahan rasa hafizmd @ ..7 Teknik Super Bijak Kurangkan Gula dalam Menu Harian Kita!
Mungkin saya boleh menambah antara kebiasaan yang dilakukan oleh mereka di masjid iaitu bermain dengan telefon bimbit..boleh melayari laman sosial ketika khatib sedang memberi khutbah..
Curahan rasa Mohd yazed @ ..Terjawab sudah semua persoalan #MH370
Betul juga tu…sampai ada tuan khatib siap ingatkan supaya jgn main hp
Curahan rasa hafizmd @ ..7 Teknik Super Bijak Kurangkan Gula dalam Menu Harian Kita!
Ade satu lg bro. Update blog ketika imam berkhutbah. Ish ish ish..
—————————————————————————————————————–
Sila follow blog sy:
http://portberita.blogspot.com/
Portal blog berita eksklusif yang terkini di Malaysia
http://ceritakaw.blogspot.com/
Portal blog cerita lawak, seram, pelik, tips dan informasi yang memang kaw
http://fishyummies.blogspot.com/
Only the special grill, bake and steam fish recipes of the world with fun fish facts
http://gadgeturtle.blogspot.com/
Portal blog berita gadget dan teknologi terkini
Update blog time dgr khutbah? Lebih dah tu..
Curahan rasa hafizmd @ ..7 Teknik Super Bijak Kurangkan Gula dalam Menu Harian Kita!
Comments are closed.