Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, manusia tak pernah lari dari kesilapan cuma malang selalu berlaku kesilapan kerana kurang ilmu terutama ketika Solat Jumaat. Nampak remeh tetapi boleh mengurangkan pahala malah silap-silap boleh abis lansung pahala solat Jumaat. Aku sendiri pun tak terlepas daripada kesilapan ketika solat jumaat jadi mari kita azam sungguh-sungguh untuk tidak melakukan kesilapan untuk mendapat redha ALLAH.
Kekadang bukan sahaja anak-anak yang bising ketika solat Jumaat tetapi bapak budak tak kurang lebihnya berbual macam tak ada apa-apa sedang berlaku walaupun khatib sedang berkhutbah. Berikut beberapa kesilapan ketika solat Jumaat yang telah disemak betul oleh Ustaz Noehas semuga menjadi mengajaran untuk kita semua insan lemah.
1. Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hasan, Ahmad:21756)
2. Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.” (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)
3. Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan]” (Shahih, Muslim:439)
4. Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Shahih, Muslim:857)
5. Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: ” Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (Shahih, Muslim:875)
6. Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ” (Surah al-Jumuah:9)
7. Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)
8. Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509)
Semuga sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada kita untuk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yang dibaca oleh khatib. Jom azam sama-sama tutup telefon dan jangan layan internet, wassap, facebook dan instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala-gala urusan dunia.
158 Comments
semoga kita dapat memperbaiki kesilapan ini
Curahan rasa zool @ ..5 Tanda kereta anda bermasalah
tidak dinafikan kesiapan begini memang ada yang saya lakukan..semoga ianya juga memberi pedoman kepada semua kaum muslimin..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Blog Portal Ilmu Antara Yang Terbaik
Assalam…
Ada tu pulak yang saya tengok ada yang pergi sembahyang jumaat lewat betul dari orang lain…
Konon tak nak berebut rebut…tetap time balik dia lah dulu dari orang lain…
Mungkin dia duduk belakang sekali kot.sebab tu senang keluar balik awal…
wallahu’alam..
Curahan rasa BUNDA @ ..Anak Kecil @ Pesawat MH370
Sama-sama kita perbaiki menuju ke arah yang lebih baik, terima kasih bro untuk artikel ini
Curahan rasa wazy @ ..Microsoft Windows-XP Bakal Berakhir ?
Emm terima kasih tuan..bila baca artikel ni, terdetik di hati..dah banyak perkara yang saya sia-sia ketika solat jumaat….lepas ni..nak kena perbaiki…terima kasih sekali lagi..artikel yang cukup memberikan kesan yang positif dalam diri saya sendiri..
Curahan rasa Hafizul @ ..Dah Lama Benar Rasanya
Salam.
Peringatan yang sangat bagus kerana ramai orang yang mengabaikan perkara ini termasuk saya. Bila sudah ramai yang melakukannya, ianya akan menjadi satu kebiasaan. Semoga kita dapat sama-sama memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.
Curahan rasa Afandi Othman @ ..Sekitar Malam Cinta Allah Dan Rasul
Moga kita dpt menjauhkan drp kesalahan2 tersebut
Curahan rasa sohoque @ ..Siapa Penyanyi Lagu Rasmi Piala Dunia FIFA 2014 Coca-Cola
Pabila kesalahan sudah menjadi habit, ia dah rasa mcm x der salah lg
Curahan rasa eXplorasa @ ..Eratkan Perhubungan Kekeluargaan Di Legoland Malaysia
Inilah yang perlu untuk diketahui oleh para mukmin ketika menghadiri sholat jumat agar kesilapan tidak terjadi kembali atau terulang
Curahan rasa Ferry @ ..Tunjangan Profesi Guru Pendidik Dan Data Pokok Kependidikan
Terima kasih atas teguran. 🙂 sama-sama membaiki diri untuk jadi lebih baik.
Curahan rasa Ammar @ ..Bercinta Sebelum Kahwin Membazir!
Banyaknya pahala yg dilepaskan… kerana tak ada ilmu, bagus entrinya dpt menyedarkan kesilapan kita
Curahan rasa LoriSewa @ ..Lori Sewa – Malang Tak Berbau, Ingat Nak Jimat…
terima kasih atas perkongsian, tuan.. boleh dijadikan peringatan buat semua, tak kiralah lelaki mahupun perempuan. 🙂
Curahan rasa cik lisa @ ..Sebulan bersama WordPress
Paling teruk sekarang ni ada yang lepak luar masjid. Imam dah abis khutbah baru kelam kabut nak masuk.
Perkongsian terbaik!
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Kembara ke negara orang Bah 2 – Bumi Melbourne
Itu orang kata pentingnya ilmu. Kalau ibadah tanpa ilmu Allah tak terima.
Terima kasih untuk ilmu ini.
Curahan rasa profhariz @ ..Itulah Hang Muka Budak Sekolah Sangat
terima kasih atas ingatan dan teguran…penting untuk semua
Curahan rasa Farid Laham @ ..Hosting Terbaik 2014
Comments are closed.