Kesakitan dan kelelahan yang menghapuskan dosa

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Islam mengajar umatnya bersabar diatas setiap ujian yang dilaluinya. Allah mendatangkan ujian kepada seseorang dalam pelbagai bentuk antaranya kesakitan, untuk mengangkat darjat atau kedudukan seseorang di sisi Allah

Allah mendatangkan musibah atau ujian dalam bentuk kesakitan juga bertujuan untuk menghapuskan dosa seseorang.

Orang yang ditimpa musibah seperti penyakit, akan digugurkan segala dosa seperti dedaun berguguran kecuali dosa besar seperti dosa syirik.

Ujian sakit tidak mengira usia

Penyakit Mengangkat Darjat dan Menghapus Dosa

Setiap yang dihadapi oleh seseorang, sama ada berupa kesenangan mahupun kesusahan adalah ujian untuk melihat siapakah yang lebih baik amalannya di sisi Allah.

Setiap muslim yang bersabar dan redha apabila diuji dengan penyakit dan keletihan, perasan bimbang dan kesedihan, gangguan mahupun kesusahan, Allah akan menggantikan dengan keampunan terhadap dosa-dosanya.

Dosanya terampun walaupun kesakitan itu hanya akibat duri yang mencucuk atau melukakan anggota tubuh seseorang.

Dari ‘Aisyah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada satupun musibah (cobaan) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya.” (HR Muslim No: 4665)

Tidaklah seorang muslim yang tertimpa suatu musibah (penyakit) atau yang lain, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan dedaunannya.” (HR Bukhari No: 5216)

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kehawatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya.” (HR Bukhari No: 5210)

Kelebihan Bertahmid dan Memuji Allah Ketika Pesakit Diziarahi

Jika ada sahabat yang sakit, menjadi tanggungjawab kepada orang yang sihat untuk menziarahinya. Ketika orang yang sakit diziarahi, ucapkanlah zikir memuji Allah bukan keluhan atau kesakitan.

Bagi penziarah, doakan pesakit dan ucapkan kata-kata semangat dan kesabaran untuk pesakit.

Pesakit yang sabar dan reda malah mengucapkan tahmid dan pujian kepada Allah terhadap apa yang dilalui (bukan keluhan), jika ia dimatikan, Allah akan menggantikan dengan syurga. Jika disembuhkan, Allah akan menggantikan darah yang lebih baik, daging baru yang tumbuh lebih baik disamping dikurniakan keampunan dosa.

Marilah kita menghadapi kesusahan, kepayahan, kesedihan mahupun kesakitan dengan bersabar dan reda. Moga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!