Mana yang betul orang sakit atau orang sihat yang sepatutnya beri hadiah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Kami singgah gerai buah tepi jalan nak beli buah epal merah untuk buah tangan kepada kawan yang sedang sakit di wad hospital kerajaan.

Isteri kata tak kan nak pergi tangan kosong apa pulak orang kata.

Sampai di hospital dengar rasa simpati bersalaman dengan kawan yang sakit.

Kami serahkan sedikit ole-ole sambil mendoakan semuga sahabat yang kurang sihat cepat sembuh.

Kami nampak di tepi katil ada banyak lagi bungkus buah yang mungkin di bawa oleh kawan-kawan dan keluarga yang datang sebelum ni.

Kawan yang sakit senyum menerima ole-ole kami yang tidak seberapa.

Kami berbual pendek bertanya status kesihatan terkini beliau.

Selepas lima minit berbual kami minta diri ada urusan keluarga, alasannya.

Sahabat yang sakit tadi minta isterinya ambilkan dua biji buah dari bungkusan yang banyak untuk diberikan sebiji kepada aku dan sebiji pada isteri.

Sahabat yang sakit kata pada Abang, sepatutnya orang sakit yang beri hadiah buah pada tetamu dan minta doakan semuga ALLAH sembuhkan sakit.

Insyallah dari ramai-ramai tetamu mesti ada sorang dua yang doanya makbul.

Sambil menerima buah dari isteri sahabat yang sakit kami berkata, insyallah semuga ALLAH beri kesembuhan segera.

Ujian sakit tidak mengira usia

Kami pun keluar dari wad.

Dalam lift kami berbual.

Kalau tak silap dalam Islam memang minta kita beri sedekah sebagai salah satu cara menyembuhkan sakit.

Kita je yang salah konsep orang sihat bawah hadiah untuk yang sakit jadi yang sihat bertambah sihat.

Isteri kata susah nak ubah budaya masyarakat kita.

Sekali sedekah balasan rezeki beratus kali tapi bukan duit sahaja, kesihatan, kegembiraan, kebahagian, kaya ilmu, anak yang Soleh dan sebagainya.

Aku kata gitu kalau orang susah duit cara nak dapat banyak duit kena sedekah lah apa yang ada bukan minta pinjam pada orang.

Isteri kata kita je yang tak yakin dengan keajaiban sedekah seperti yang dijanjikan oleh ALLAH.

Amir Hassan

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!