Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dalam kesibukan memerhati link-link penyertaan contest iPhone 5 Gadget Impian aku tertarik dengan entri menarik “Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri” oleh Top Blogger Malaysia siapa lagi kalau bukan musuh ketat Abangensem. Kalau belum baca bagus baca untuk mengaktifkan minda yang dah mula terasa-rasa demam cuti sekolah.
Aku dah melalui semuanya bermula dengan kerja makan gaji dengan Kerajaan kemudian kerja makan gaji dengan swasta dan sekarang kerja sendiri. Setiap daripada kita pasti ada matlamat hidup tersendiri dengan keberanian yang berbeza-beza. Aku sejak dari awal memang telah menanam cita-cita untuk kerja sendiri.
Tujuan aku bekerja dengan Kerajaan adalah untuk meningkatkan nilai diri supaya akhirnya aku boleh bekerja dengan swasta dengan gaji yang berlipat kali ganda. Cita-cita aku tercapai setelah enam tahun bertungkus lumus di Jabatan Kerajaan akhirnya aku dapat offer bekerja dengan Syarikat Swasta dengan gaji berlipat kali ganda.
Tujuan aku bekerja dengan swasta pulak untuk mendapat pengalaman dan belajar sistem berniaga yang betul supaya aku dapat menguruskan perniagaan aku dengan baik. Alhamdulillah setelah menceduk berbagai ilmu dan pengalaman selama empat tahun akhirnya aku berhenti bekerja makan gaji dengan swasta dan menubuhkan syarikat katering bersama beberapa orang rakan niaga.
Untuk kerja sendiri kita mesti ada persediaan jangan main redah je. Tapi kalau nak tunggu persiapan 100% seperti komen-komen dalam entri “Bersara Awal Untuk Jadi Kaya” akhirnya memang tak jadi nak kerja sendiri sebab tak akan ada sesiapa yang boleh bersedia seratus peratus. Kalau nak tunggu duit beratus ribu ada dalam bank sampai bila tu? Kalau dah duit ratus ribu dalam bank buat apa pulak nak berhenti kerja baik terus je kerja makan gaji sebab gaji dah besar.
Ada macam-macam cara boleh kita buat untuk kerja sendiri bukan semestinya jadi kontraktor kelas F atau buka syarikat katering sahaja. Kita bermula dari kecil-kecilan yang penting ada hasilnya. Aku sangat tak minat nak cerita projek juta-juta malah ada yang cerita billion-billion tetapi hasilnya memang susah nak dapat tapi duit yang keluar banyak.
Bila kerja sendiri ini kena ada disiplin, rajin, jangan malu, tak boleh cepat emosi dan kreatif. Kalau nak amalkan bangun lewat jangan harap nak sukses. Kalau tak pandai jaga masa asyik lewat temu janji siapa nak percaya. Kena rajin cari idea-idea baru yang kreatif biar simple tapi mesti lain daripada yang lain. Paling penting komunikasi mesti terbaik kerana itu modal paling penting … walaupun poyo je macam Blogger Ini tapi berjaya beliau membina jenama.
Abad 21 ni lagi mudah nak kerja sendiri tak perlu banting tulang duduk rumah mengadap komputer ramai yang dah jadi kaya raya. Yang penting jangan tamak, biar sedikit lama-lama jadi bukit. Yang penting kena belajar skil bagaimana duit yang sedikit boleh kita gandakan jadi banyak dan kemudian baru kita belanjakan. Jangan pulak baru berniaga dah gatal nak pakai kereta mewah, beli rumah mewah dan dating awek mewah memang gelaplah masa depan.
Apa pun hanya mereka yang BERANI GAGAL sahaja boleh kerja sendiri yang lain akan terus kerja makan gaji .. dapat gaji setiap bulan … tak payah pening-pening kepala walaupun tak puashati dengan majikan. Kepada yang nak kerja sendiri bagus kalau ada sifu yang sentiasa jadi tempat rujuk bila ada masalah atau bertukar fikiran untuk go next level.
Cuba bagi cadangan apa Kerja Sendiri yang boleh kita buat kalau nak berhenti makan gaji?
207 Comments
Pernah mengalami kesemuanya kerja makan gaji dgn kerajaan dan swasta akhirnya kerja sendiri..Alhamdulillah pandangan peribadi saya kerja sendiri lebih bnyk kelebihannya…
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Wordless Wednesday – Bukan Untuk Dijual
Yα, saya lebih suka kerja sendiri krn sukses ϑαή tidak itu hasil karya sendiri. Pengalaman ϑαή relasi sangat ppenting utk berbisnis, thanks for this article
Curahan rasa tjang @ ..5 Advantages Of Victimization non-public cash For Real Estate Deals
cari pengalaman dulu barulah berdagang atau jadi pengusaha. sekalian cari modal
Curahan rasa Aroma Tubuh @ ..Parfum Davidoff
kerja makan gaji dulu baru planning berniaga sendiri
Curahan rasa Ray cakap @ ..NATURAL BAMBOO SLIMMING
kerja makan gaji dulu dalam 10 tahun,
cari modal. upgrade skill yang ada.
then kerja sendiri. planning setakat ni.
Curahan rasa Izwan @ ..Contest SEO Blogger,Penaja Tak Perlu Bertanding
Kalau akan datang MJ berniat nak kerja sendiri, sudikan Denaihati menjadi SIFUnya? 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Dinner at Cameron Highland – SMOCKEY BEAR Menu
bukan senang nak berjaya kerja sendiri ni ..silap haribulan boleh tergolek …apa2 hal belum cuba belum tahu …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Pro MLM vs Anti MLM
Pengalaman tu penting sebagai guru untuk berjaya …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Pro MLM vs Anti MLM
yang penting jangan menipu, menindas org lain dan sebagainya …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Pro MLM vs Anti MLM
Artikel yang menarik. Terimakasih nak sharing ilmu nice post and happy blogging!. Jangan lupa kunjungan baliknya ye…
artikel menarik mas,, bekerja sendiri dan memberi pekerjaan pada orang lain..
Curahan rasa cara menjadi agen tricajus @ ..Agen tricajus Bogor
wahhh !!! syok betul baca isi yang disampaikan… Walau pun ini first time aku singgah sini, tapi isinya membuatkan aku terpikir kebenarannya… Memang.. bagi yang berani ajer mampu nak amik cabaran berhenti kerja nie… ramai yang masih tak berani (termasuk aku ler).
Curahan rasa bujang3 @ ..Pelan-Pelan kayuh / Tiada istilah terlambat! !!
Setuju berani gagal untuk kita berjaya, macam aku, aku tak berani mencuba macam usahawan untuk berjaya, seronok makan gaji kerajaan dan redha dengan apa yang ada tetapi cemburu jugak dengan kebebasan kewangan usahawan melayu yang berjaya.
Curahan rasa faizal @ ..Air Soya Kampung Benggali
Memulai sesuatu dengan hal kecil….
yang pastinya akan menjadi hal yang besar.
Salam Dari Indonesia
Curahan rasa Healthy Life @ ..Manfaat Asam Jawa Untuk Kecantikan
Memulai sesuatu dengan hal kecil…
Karena hal kecil itu akan berubah menjadi hal besar.
Happy Blogging
Curahan rasa Healthy Life @ ..Manfaat Asam Jawa Untuk Kecantikan
Comments are closed.