Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dalam kesibukan memerhati link-link penyertaan contest iPhone 5 Gadget Impian aku tertarik dengan entri menarik “Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri” oleh Top Blogger Malaysia siapa lagi kalau bukan musuh ketat Abangensem. Kalau belum baca bagus baca untuk mengaktifkan minda yang dah mula terasa-rasa demam cuti sekolah.
Aku dah melalui semuanya bermula dengan kerja makan gaji dengan Kerajaan kemudian kerja makan gaji dengan swasta dan sekarang kerja sendiri. Setiap daripada kita pasti ada matlamat hidup tersendiri dengan keberanian yang berbeza-beza. Aku sejak dari awal memang telah menanam cita-cita untuk kerja sendiri.
Tujuan aku bekerja dengan Kerajaan adalah untuk meningkatkan nilai diri supaya akhirnya aku boleh bekerja dengan swasta dengan gaji yang berlipat kali ganda. Cita-cita aku tercapai setelah enam tahun bertungkus lumus di Jabatan Kerajaan akhirnya aku dapat offer bekerja dengan Syarikat Swasta dengan gaji berlipat kali ganda.
Tujuan aku bekerja dengan swasta pulak untuk mendapat pengalaman dan belajar sistem berniaga yang betul supaya aku dapat menguruskan perniagaan aku dengan baik. Alhamdulillah setelah menceduk berbagai ilmu dan pengalaman selama empat tahun akhirnya aku berhenti bekerja makan gaji dengan swasta dan menubuhkan syarikat katering bersama beberapa orang rakan niaga.
Untuk kerja sendiri kita mesti ada persediaan jangan main redah je. Tapi kalau nak tunggu persiapan 100% seperti komen-komen dalam entri “Bersara Awal Untuk Jadi Kaya” akhirnya memang tak jadi nak kerja sendiri sebab tak akan ada sesiapa yang boleh bersedia seratus peratus. Kalau nak tunggu duit beratus ribu ada dalam bank sampai bila tu? Kalau dah duit ratus ribu dalam bank buat apa pulak nak berhenti kerja baik terus je kerja makan gaji sebab gaji dah besar.
Ada macam-macam cara boleh kita buat untuk kerja sendiri bukan semestinya jadi kontraktor kelas F atau buka syarikat katering sahaja. Kita bermula dari kecil-kecilan yang penting ada hasilnya. Aku sangat tak minat nak cerita projek juta-juta malah ada yang cerita billion-billion tetapi hasilnya memang susah nak dapat tapi duit yang keluar banyak.
Bila kerja sendiri ini kena ada disiplin, rajin, jangan malu, tak boleh cepat emosi dan kreatif. Kalau nak amalkan bangun lewat jangan harap nak sukses. Kalau tak pandai jaga masa asyik lewat temu janji siapa nak percaya. Kena rajin cari idea-idea baru yang kreatif biar simple tapi mesti lain daripada yang lain. Paling penting komunikasi mesti terbaik kerana itu modal paling penting … walaupun poyo je macam Blogger Ini tapi berjaya beliau membina jenama.
Abad 21 ni lagi mudah nak kerja sendiri tak perlu banting tulang duduk rumah mengadap komputer ramai yang dah jadi kaya raya. Yang penting jangan tamak, biar sedikit lama-lama jadi bukit. Yang penting kena belajar skil bagaimana duit yang sedikit boleh kita gandakan jadi banyak dan kemudian baru kita belanjakan. Jangan pulak baru berniaga dah gatal nak pakai kereta mewah, beli rumah mewah dan dating awek mewah memang gelaplah masa depan.
Apa pun hanya mereka yang BERANI GAGAL sahaja boleh kerja sendiri yang lain akan terus kerja makan gaji .. dapat gaji setiap bulan … tak payah pening-pening kepala walaupun tak puashati dengan majikan. Kepada yang nak kerja sendiri bagus kalau ada sifu yang sentiasa jadi tempat rujuk bila ada masalah atau bertukar fikiran untuk go next level.
Cuba bagi cadangan apa Kerja Sendiri yang boleh kita buat kalau nak berhenti makan gaji?
207 Comments
bagus jufa disini artikel-artikelnya kakak
Curahan rasa nanda saputra lubis @ ..Cara Mempercepat Nonton Video Youtube
Huhuhu….bila makan gaji rasa tak cukup nak bikin bisnez sendiri. Bila ada bisnez sendiri tak mau susah payah then nak patah balik untuk makan gaji…..
Curahan rasa Gie @ ..Angkasa nafi laporan bumi bergelap tiga hari mulai 23 Disember
Pastikan dalam setiap tindakan, ada mentor yang sedia dirujuk dikala kita menghadapi kebuntuan. Insan-insan hebat yang kita kenal sekarang juga hidup bermentor.
Kisah yang memberi inspirasi buat anak muda seperti saya. Memang kerja sendiri itu seronok, boleh kerja ikut waktu yang kita hendak dan boleh berbelanja mengikut kehendak kita. Tetapi, perjuangan untuk ke arah itulah yang memeritkan.
Curahan rasa Arrazi @ ..5 Teknik Pengajaran Yang Berkesan Nabi Khidhir a.s. Terhadap Nabi Musa a.s.
Sangat motivator banget tulisannya, moga aj akunya bisa kerja sendiri melalui blog dan hobbyku
terima kasih mas bro atas ulasannya
Curahan rasa Ramzi @ ..Cara Memasang / Menampilkan Author Blog di Google SERP
artikel yg sgt membina minda (^_^) mmg ada cita2 kerja sendiri…
Curahan rasa kasuma @ ..sUCCESS STORY
betul itu bang denai, untuk meniti ke sukses itu perlu banyak belajar dan pengalaman yang mendampingi pula,,,
Curahan rasa penowo @ ..Aplikasi Chatting Terbaru WeChat
Kerja sendiri lebih baik, untungnya tidak terbagi
Curahan rasa Bibie @ ..The Fact About Culture of Indonesia
memang benar kerja sendiri lebih membuat perasaan lebih tenang…
Curahan rasa Lirik Lagu One direction – they dont know about us @ ..Daftar lagu Rihanna Di Album Unapologetic – Album Terbaru Rihanna
thanks, kerja sendri lebih plong rasannya
Curahan rasa Lirik Lagu One direction – they dont know about us @ ..Daftar lagu Rihanna Di Album Unapologetic – Album Terbaru Rihanna
kerja sendiri lebih puas hati …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Berbaloi ke Pangkor hanya
sip deh artikele,.. jd tambah semangat,.
nambah semangat kl kerja sendiri ya kawa…:D
salam sukses aja dr saya kawan…
artikel yang sangat bermanfaat sekali tuk saya …….. lam kenal aja…..!
Curahan rasa Obat Alternatif Penyakit Maag @ ..Obat Alternatif Disfungsi Seksual
bakal ‘kerja sendiri’ sedikit masa lagi…
mohon dikongsi ilmu ya k Denaihati 🙂
slmt berhujung minggu..
Comments are closed.