Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Piala Dunia 2014 semakin menarik apabila banyak keputusan mengejut untuk perlawanan peringkat kumpulan. Antara keputusan Piala Dunia 2014 yang menarik perhatian peminat bola sepak adalah perlawanan Sepanyol vs Belanda, Uruguay vs Costa Rica, England vs Italy, German vs Portugal dan Sepanyol vs Chile. Siapa sangka pasukan gergasi longlai tidak bermaya menentang pasukan kerdil tetapi bernafsu ganas.
Keputusan paling mengejut adalah perlawanan Sepanyol vs Belanda dan Sepanyol vs Chile apabila juara piala dunia 2010 tewas 1 – 5 kepada Belanda dan tewas 0 – 2 kepada Chile. Tewas itu biasa tetapi cara Sepanyol tewas sangat memeranjatkan dunia bagaikan pasukan budak sekolah yang tidak mampu melawan walaupun dibarisi bintang dunia. Hasil daripada kekalahan dua perlawanan Sepanyol telah terkeluar daripada persaingan Piala Dunia FIFA 2014.
Perancis bermula garang apabila dua keputusan awal iaitu Perancis vs Honduras dan Perancis vs Switzeland memihak kepada Juara Piala Dunia 1998 setelah menewaskan Honduras 3 – 0 dan menewaskan Switzerland 5 – 2. Keputusan perlawanan Brazil dan Argentina kurang meyakinkan lagi apabila perlawanan Brazil vs Mexico berakhir dengan seri manakala Argentina vs Iran berakhir dengan kemenangan Argentina dengan jaringan Messi diwaktu kecederaan.
England juga bernasib malang dalam Piala Dunia 2014 apabila tersingkir awal setelah tewas dua perlawanan peringkat kumpulan iaitu England vs Italy dan England vs Uruguay. Lebih malang dan sadis apabila England dikalahkan oleh Uruguay hasil dua jaringan pemain bintang Liverpool, Luis Suarez. Italy juga diambang maut apabila tewas 0 -1 kepada Costa Rica hasil jaringan Bryan Ruiz antara upset terbesar Piala Dunia kali ini. Salah satu pasukan samada Italy atau Uruguay juga akan terpaksa pulang awal apabila perlawan Italy vs Uruguay akan menjadi menentu mengiringi Costa Rica ke pusingan kalah mati.
Kedudukan Terkini Pasukan Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2014.
Widget powered by WhatstheScore.com
Berdasarkan kedudukan pasukan peringkat kumpulan tidak mustahil akan ada lagi pasukan besar yang akan mengiringi Sepanyol dan England yang akan pulang lebih awal. Peminat bola sepak piala dunia boleh mendapatkan keputusan terkini FIFA 2014 dan jadual perlawanan Piala Dunia 2014 mengiku waktu Malaysia di blog ini. Sila klik Penjaring Terbanyak Piala Dunia 2014 untuk melihat top 10 penjaring setakat ini.
Pasukan terkeluar awal world cup 2014
1. Sepanyol
2. England
3. Cameroon
4. Australia
5. Honduras
6. Bosnia
7. Italy
8. Jepun
9. Ivory Coast
10. Croatia
11. Ecuador
12. Iran
13. Portugal
14. Ghana
15. Korea Selatan
16. Rusia
Pasukan pilihan pertama aku masih bertahan German dan pilihan kedua Perancis semakin menyegat. Semuga salah satu bakal menjadi Juara Piala Dunia 2014.
79 Comments
Kali ni cycle pegi ke France semula…go go go ..ale ale aleyy!!!
Curahan rasa zen benxema @ ..Set Bersalin Shaklee Untuk Berpantang Lepas Pembedahan
yang kuat2 banyak da out…memang keputusan World Cup 2014 kali ni mengejutkan…team yang tidak dijangka tiba2 menyerlah…
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Fikir Dahulu Sebelum Beli Burger
Tu sebab orang kata bila bola itu bulat, macam2 boleh berlaku..tak semestinya yg atas akan terus di atas, yg bawah akan terus di bawah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
Bola memang macam ni, penuh dengan kejutan tak sangka pasukan gergasi boleh out dulu hmmm.
Curahan rasa Kereta Sewa Selangor & KL @ ..SOC Kereta Sewa di Subang Airport
Banyak keputusan upset berlaku Piala Dunia kali ini. Apapun ada lagi baki perlawanan, pasukan yang kalah sekali masih ada harapan dengan syarat untuk perlawanan kedua nanti krna menang.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Piala Dunia 2014: Keputusan Terkini Jerman vs Ghana 22 Jun 2014
Sepanyol, Portugal dan England dah boleh buat persiapan untuk pulang ke negara masing-masing. Harap Jerman boleh jadi juara.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Piala Dunia 2014: Keputusan Terkini Jerman vs Ghana 22 Jun 2014
Laluan Germany pun bukanlah mudah..harap dapat lepas peringkat kalah mati 16 pasukan dulu sebelum boleh dinobat muncul juara..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
spain keluar… germany ad lg.. brazil ad lg.. hehe… rilex2 sudaaa~
Curahan rasa MIE @ ..bloG mR miE ; ): VIDEO DAN LAGU
Banyak yang mengejutkan kali ini.
Curahan rasa lina @ ..“You Must Be Mad”: Me Talking About Preparing For An Ultra Marathon
banyak keputusan mengejut piala dunia kali ini. Pasukan Costa rica paling megejutkan
Curahan rasa brohantu @ ..BX Jointed Minnow Gewang Terkini Rapala
Bola itu bulat tuan tuan ha ha macam2 boleh terjadi..
Curahan rasa weschairs @ ..Heartbleed (bahaya heartbleed)
Ranking No 1 Sepanyol tak memberi erti bila mana menjadi no 1 team yg pulang awal..maybe dah tiada rezeki La Roja ke pusingan seterusnya ..antara team pilihan WC 2014 nih sekarang hanya tinggal team Brazil jer yg masih memberi saingan..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
bola bola… sesungguhnya bola itu bulan,, hehe pasukan pilihan kecundak so pilih yang baru
Curahan rasa hafizi @ ..Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir
Meski kurang menyakinkan, namun akhirnya Argentina lolos ke babak 16 besar setelah mengalahkan Iran dengan skor tipis 1-0
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Piala Dunia 2014 : Argentina vs Iran
Italy berisiko untuk mengiringi Spain dan England.. Portugal pun masih x selamat lg… 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Mati-mati aku ingat running man tu drama Korea
Jika Italy lepas ke 16 pasukan terbaik tuh kira nasib jelah..silap2 uruguay yg pintas..hehe..portugal pun dah leh kemas2 bag dh nak pulang awal.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
Untung la masih ada pasukan yang nak disokong sampai final. Pasukan favorite dah terkeluar wehhh.. sedey.
memangaramai yang kecewalah…apa pilihan kedua cikgu…
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest KDK Malaysia Charity Challenge
Adussss…balik awal pulak dah Sepanyol nih…emmm
Curahan rasa Hafizul @ ..Adakah Hidup Ini Complicated?
penyokong Sepanyol dah boleh pilih pilihan kedua….
Curahan rasa Denaihati @ ..Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan
Pilihan pertama Brazil..pilihan kedua Sepanyol yg dh pulang awal dulu..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Demam Piala Dunia 2014 bermula Brazil dan Sepanyol pilihan Juara
Comments are closed.