Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Piala Dunia 2014 semakin menarik apabila banyak keputusan mengejut untuk perlawanan peringkat kumpulan. Antara keputusan Piala Dunia 2014 yang menarik perhatian peminat bola sepak adalah perlawanan Sepanyol vs Belanda, Uruguay vs Costa Rica, England vs Italy, German vs Portugal dan Sepanyol vs Chile. Siapa sangka pasukan gergasi longlai tidak bermaya menentang pasukan kerdil tetapi bernafsu ganas.
Keputusan paling mengejut adalah perlawanan Sepanyol vs Belanda dan Sepanyol vs Chile apabila juara piala dunia 2010 tewas 1 – 5 kepada Belanda dan tewas 0 – 2 kepada Chile. Tewas itu biasa tetapi cara Sepanyol tewas sangat memeranjatkan dunia bagaikan pasukan budak sekolah yang tidak mampu melawan walaupun dibarisi bintang dunia. Hasil daripada kekalahan dua perlawanan Sepanyol telah terkeluar daripada persaingan Piala Dunia FIFA 2014.
Perancis bermula garang apabila dua keputusan awal iaitu Perancis vs Honduras dan Perancis vs Switzeland memihak kepada Juara Piala Dunia 1998 setelah menewaskan Honduras 3 – 0 dan menewaskan Switzerland 5 – 2. Keputusan perlawanan Brazil dan Argentina kurang meyakinkan lagi apabila perlawanan Brazil vs Mexico berakhir dengan seri manakala Argentina vs Iran berakhir dengan kemenangan Argentina dengan jaringan Messi diwaktu kecederaan.
England juga bernasib malang dalam Piala Dunia 2014 apabila tersingkir awal setelah tewas dua perlawanan peringkat kumpulan iaitu England vs Italy dan England vs Uruguay. Lebih malang dan sadis apabila England dikalahkan oleh Uruguay hasil dua jaringan pemain bintang Liverpool, Luis Suarez. Italy juga diambang maut apabila tewas 0 -1 kepada Costa Rica hasil jaringan Bryan Ruiz antara upset terbesar Piala Dunia kali ini. Salah satu pasukan samada Italy atau Uruguay juga akan terpaksa pulang awal apabila perlawan Italy vs Uruguay akan menjadi menentu mengiringi Costa Rica ke pusingan kalah mati.
Kedudukan Terkini Pasukan Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2014.
Widget powered by WhatstheScore.com
Berdasarkan kedudukan pasukan peringkat kumpulan tidak mustahil akan ada lagi pasukan besar yang akan mengiringi Sepanyol dan England yang akan pulang lebih awal. Peminat bola sepak piala dunia boleh mendapatkan keputusan terkini FIFA 2014 dan jadual perlawanan Piala Dunia 2014 mengiku waktu Malaysia di blog ini. Sila klik Penjaring Terbanyak Piala Dunia 2014 untuk melihat top 10 penjaring setakat ini.
Pasukan terkeluar awal world cup 2014
1. Sepanyol
2. England
3. Cameroon
4. Australia
5. Honduras
6. Bosnia
7. Italy
8. Jepun
9. Ivory Coast
10. Croatia
11. Ecuador
12. Iran
13. Portugal
14. Ghana
15. Korea Selatan
16. Rusia
Pasukan pilihan pertama aku masih bertahan German dan pilihan kedua Perancis semakin menyegat. Semuga salah satu bakal menjadi Juara Piala Dunia 2014.
79 Comments
alhamdulillah saya jadi tau klasemennya nih
thanks bgt yah ?
Curahan rasa Mengatasi Wastafel Mampet @ ..Mengatasi Wastafel Mampet
nampaknya kita masih menunggu 4 pasukan lagi terkeluar….
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Pasukan gergasi seperti Italy juga dah menempah tiket pulang awal..hehe
banyak keputusan yang tak di jangka
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
tumpang dengar cerita jer…tak pernah tengok pun bola2 ni..hehe.. 🙂
Curahan rasa BUNDA @ ..Di Hari Ulang Tahun # 22 June 2014..
itu perkara biasa memang tak menjadi satu perkara yang pelik jika haw atak minta atau tak tengok hii
Curahan rasa suri @ ..Jom Hadapi Migren Dengan Mudah
Ramai yg minat bola juga tak tengok pun game jam 3~4 pagi tuh..kitorang cuma tengok results jer..hehe..dah masuk semi final nanti baru best nak tengok live especially final.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
suku akhir juga best
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Sepanyol ngan England .. uhh uhh .. sian .. ada menitik air mata ke .. hehehe… Go Orange JE .. hehhe
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Ayam Kampung Malaysia
Lepas nih Oranje pulak pulang awal..amacam? hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
Jangan lupa Drakula dari Uruguay pasti memberi persaingan hebat
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
hoho..babai england. babai spain.
hoho..
Curahan rasa titan @ ..Bucket List Encik Titan.
Nampaknya Belanda boleh jadi juara tahun ni Titan
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Ayam Kampung Malaysia
Belanda nampak hebat WC kali nih..tapi pasukan yg hebat kena lah konsisten..jangan cabaran tersekat kat pusingan kalah mati 16 pasukan tu jer dah lah..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
jerman pun jangan dilupakan
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
perlawanan semakin sengit
Curahan rasa faizal @ ..Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid
terima kasih atas informasinya
makasih atas informasi yang bermanfaat ini , semoga sukses selalu , aminn .,
Curahan rasa Obat Kencing Manis @ ..Pengobatan Kencing Manis
Portugal masih ada harapan mara ke pusingan seterusnya.
Curahan rasa Promosi Perodua @ ..Promosi Perodua
Tapi macam tak ada rupa leh ke pusingan seterusnya … pemain berbisanya lom ada sentuhan ajaib lagi
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Panduan Memasak Pelbagai Jenis Biskut dan Kek Sedap
nampaknya Team yang kena ada sentuhan berbisa.. Messi sendiri pun masih tertekan nak keluarkan skill
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Portugal hanya mampu berharap tapi harapan hanya tinggal harapan bila kena FourToGoal..cuba lagi next time..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
Seperti biasa akan ada keputusan mengejut dari semasa ke semasa. Kawe rasa pasukan Portugal pun di ambang balik kampun sekarang ni, manakala Itali perlu berhati-hati dalam perlawanan terakhir mereka menentang Uruguay. Banyak pasukan yg menang mengambil pendekatan positif dan resiko yang tinggi dalam taktik mereka. Sesuatu yang boleh dijadikan renungan bersama.
Curahan rasa Ismail N @ ..Nasi Campur @ D’Lengkuas, Kota Kinabalu
Lagi mengejut Drakula Uruguay muncul
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Macam tak berapa yakin je dengan Jerman. Mula2 memang lah menang besar tapi perlawanan kedua tu seri lah pulak. Yang nampak garang sekarang ni Belanda.
Curahan rasa Ammar @ ..Punca Kekalahan Sepanyol dalam Piala Dunia 2014 Terbongkar
jerman dan belanda mmg Favourite
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
harap depa xbuang suarez..mcmana berlaku pertikaian di antara Ang Jung Hwan mai Korea dulu…Di mana Korea menang dengan Italy..dok xdok nak tamat kontrak dia dengan Perugia sebab Ang penyebab kekalahan Italy.hehehe..satu ketika dulu punya cerita
Curahan rasa montana @ ..Harga Petrol Turun
Suarez dah buat hal lagi dengan aksi gegetan chentanya..haha..cara pemain hebat seperti suarez utk sentiasa diingati memang lain macam..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
hahaha.. Drakula Uruguay
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
masih gagal lagi tengok bola pada masa di jadualkan heee..kalau orang minat kataya sentiasa on time ya
Curahan rasa suri @ ..A Special Time
Buat masa nih tengok results jer cukuplah..dah masuk semi final nanti baru menarik nak berjaga malam..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
saya ingin melihat negara yang miskin tetapi hebat dalam bolasepak menjadi juara Piala Dunia tahun 2014..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..3 Tip Terhebat Membina Impian Besar
Masalahnya penaja tak suka pulak macam tu.
sebab apa mereka tak suka.buka mereka di nila berdasarka bakat dan pengalam ker dh?
Curahan rasa suri @ ..Ceritera Jahit Sambil Menari Dan Limau Terperuk
Bila penaja boleh suka tak suka macam tuh, apa bezanya pula dengan bookie bolasepak?
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
Sebenarnya Bookie pengaruh utamanya
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Comments are closed.