Keputusan penuh Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, BN rampas semula dengan majoriti besar

Spread the love

Berikutan pemergian Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik selaku penyandang kerusi Parlimen Tanjung Piai Johor, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan pada 16 November 2019. Sebagai rekod, PRK yang akan dijalankan itu merupakan pilihan raya kecil yang kesembilan diadakan selepas PRU-14 tahun lalu.

Kesemua 27 pusat pengundian melibatkan 125 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai ditutup tepat pukul 5.30 petang setelah dibuka jam 8 pagi tadi.

21 Cerita Murah Rezeki oleh Khaitul Hakimin

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi setakat jam 4.00 petang sahaja ialah 70 peratus yang merupakan sasaran SPR sehingga tamat proses pengundian hari ini.

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 125 saluran itu dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini dan keputusan dijangka diumumkan pada jam 10 malam.

PRK ini menyaksikan pertandingan enam penjuru antara calon, meereka adalah:

  • Pakatan Harapan (PH) – Karmaine Sardini
  • Barisan Nasional (BN) – Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng
  • Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) – Wendy Subramaniam
  • Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) – Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz
  • Bebas – Dr Ang Chuan Lock
  • Bebas – Faridah Aryani Abdul Ghaffar.

Parlimen Tanjung Piai mempunyai 52,471 pengundi biasa.

Selasa lepas, ​​​​​​91 peratus daripada 280 pengundi awal terdiri daripada anggota dan pegawai polis telah pun melaksanakan tanggungjawab masing-masing di Bangunan Perkep, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian.

PRK Parlimen Tanjung Piai yang merupakan PRK kesembilan, diadakan selepas kematian Datuk Dr Md Farid Md Rafik daripada PH.

Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula Parlimen Tanjung Piai apabila calonnya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berjaya mengumpul majoriti 14,123 undi.

Rahsia Apply 16 Debit Card Terbongkar

Jeck Seng memperoleh dengan 25,466 undi, diikuti calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini dengan 10,380 undi.

Calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Wendy Subramaniam memperoleh 1,707 undi dan calon Berjasa, Dr Badrulhisham Abdul Aziz pula menerima 850 undi.

Sementara itu, dua lagi calon bebas, Dr Ang Chuan Lock memperoleh 380 undi, manakala Faridah Aryani Abdul Ghaffar menerima 30 undi.

Keputusan tidak rasmi itu dipaparkan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!