Resipi mudah Wanpaku Sandwich, mesti cuba!

Spread the love

Bila tiba hujung minggu, ramai yang berehat di rumah. Tak kurang juga yang berkelah dan bersantai bersama keluarga ataupun rakan.

Mood untuk memasak atau bawa makanan dari rumah tu memang ada. Dan kadangkala hilang idea nak buat apa.

Idea yang mudah dan ringkas, boleh cuba hidangkan Wanpaku Sandwich.

Resipi sedap Wanpaku sandwich

2 keping roti
Sos mustard
Nugget/ fillet
Daun salad
Kobis ungu / salad
Tomato
Terung ( potong nipis & bakar ) / timun jeph
Cendawan inoki (goreng dengan tepung tempura)
Lobak merah ( lobak dicampur dengan garam, minyak zaitun, lada hitam, gula & cuka. Simpan dalam fridge sejam sebelum guna)
Wrapping plastic

Buat sapuan sos mustard di atas satu kepingan roti

Kemudian letakkan salad

Letakkan hirisan lobak secukupnya

Kemudian, letak timun jepun

Letakkan nugget di atasnya

Kemudian letakkan telur rebus yang telah dibelah dua.

Letak salad di atas telur tadi

Akhir sekali tutup dengan kepingan roti satu lagi.

Gunakan plastic wrapped, balut sebanyak 3 kali.

Potong dua dan pastikan dipegang kemas-kemas.

Sayur-sayur dan bahan-bahan di dalam wanpaku sandwich tu boleh diubah dan ditambah mengikut selera masing-masing

Selamat mencuba! – KakYong Iena Segamat


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!