Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 1Malaysia malah 1Dunia menunggu dengan debar Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas. Dari sudut politik aku telah kongsikan pandangan aku dalam entri “Bebas Anwar 901 Sokong Ke” untuk perhimpunan Bebas Anwar 901 dan Kes Liwat Anwar Ibrahim.
Politik ini licik setelah Polis membenarkan Perhimpunan Bebas Anwar 901 dengan 10 syarat tapi penganjur menolak. Perhimpunan Bebas Anwar 901 jika dijalankan secara aman pasti tidak akan mencapai matlamat sebenar perhimpunan itu diadakan. Apa ertinya sekiranya perhimpunan bebas Anwar berlansung aman tanpa disembur water cannon, tanpa dikejar oleh polis, tanpa dipukul oleh polis dan tanpa ditangkap oleh polis pastilah tiada cerita untuk dikabarkan kepada seluruh dunia. Semuga ini semua tidak berlaku. Seluruh rakyat Malaysia mendoakan semuga semuanya berjalan lancar tanpa huru hara sehingga akhir perhimpunan.
Datuk Dr Hassan Ali menjadi korban politik yang sekian banyak kerana menentang Anwar Ibrahim. Ada yang kata Hassan Ali disingkir dari PAS kerana tidah patuh pada jemaah setelah berbaiah tetapi yang peliknya kemarin Hassan Ali kritik kes liwat Anwar, semalam Azmin Ali minta PAS singkir Hassan Ali dan hari ini Hassan Ali disingkir tanpa diminta membela diri. Mungkin itu sistem politik demokrasi PAS jadi tiada siapa boleh membangkang. Semuga tindakan PAS tidak mengali lubang sediri dalam memperjuangkan Islam sebagaimana yang diharapkan oleh majoriti ahli PAS. Who’s next?
Apa juga keputusan kes liwat Anwar Ibrahim kehidupan rakyat Malaysia mesti diteruskan dan pemimpin politik akan terus licik menyusun strategi selagi PRU 13 belum dicanang. Allah SWT sedang melihat kita semua dan menunggu waktu yang sesuai untuk menurunkan ujian sebagaimana yang berlaku tsunami dan gempa di Indonesia, ribut taufan di Filipina, banjir besar di Thailand, banjir besar di Australia, gempa bumi di New Zealand, banjir besar di Pakistan, tsunami dan gempa di Jepun dan banyak lagi becana di negara-negara lain tetapi belum lagi di Malaysia.
KEPUTUSAN : ANWAR DIBEBASKAN DARIPADA PERTUDUHAN KERANA BUKTI TIDAK CUKUP (ADAKAH MAKAMAH TIDAK ADIL??? SEPERTI TUDUHAN PAKATAN ATAU DS NAJIB RAZAK DENGAN NASIHAT AKU … HEEEEE)
Analisa : Anwar dibebaskan tanpa syarat dan aku yakin Peguam Negara akan merayu di atas keputusan kes ini. Semua ini strategi politik untuk kepentingan Negara. Penyokong Anwar jangan gembira sangat setelah menghentam sistem kehakiman Malaysia dan hakim Mohd Zabidin Mohd Diah yang menghakimi kes liwat Anwar Ibrahim atas bawah kanan dan kiri. Anwar pun dah umum seluruh dunia yang dia akan dipenjarakan. emmmmm …. Jangan terjerat dengan jerat sendiri.
Gambar terkini perhimpunan Bebas Anwar 901
TERKINI
1. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden, yang mengendalikan pendakwaan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memaklumkan, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan pembebasan Anwar kerana mempunyai tempoh 10 hari untuk berbuat demikian – Utusan
2. (12/1/12) Peguam Cara Negara akan mencadangkan pada Peguam Negara utk membuat rayuan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim – Thestar Online
3. (20/1/12) Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan – Utusan Online
151 Comments
apa-apa pun kita nantikan jelah hakim yang maha besar menjatuhkan hukuman, ini kalau dah bebas penyokong duk kecoh lagi tak tahulah.
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Tenik SEO Blog – Kepentingan Heading 1
alhamdulillah..keadilan akhirnya terbela
Keadilan Tuhan tak akan pernah salah
Curahan rasa Berita Satu Dunia @ ..Mengenal 10 Wanita Tercantik di Dunia
politik again..hurm..entahla..kite dgr la nnt keputusan makhamah kt akhirat..
keadilan di malaysia ttp ada…x ckup bukti x leh nk sabit kesalahan..xperlu lah nk perhimpunan yg menyusahkn org ramai..
Menurut saya DH menulis ini bukan berarti untuk berpihak kesini atau kesana, tapi sekedar menyuarakan pendapat…naaah kita juga bisa bebas komen sesuai pendapat kita, dengan syarat tak ada perselisihan atau pertengkaran….ok?
Curahan rasa Dadan @ ..MEMBACA, Kunci Sukses Blogger
Semua memerhati, semua membaca, semua ada pendapat sendiri namun kita semua tetap berkawan, hidup dengan aman. Barulah kita boleh tinggal dalam satu negara.
Curahan rasa Norasikin @ ..Kepentingan Menghias Makanan
kes ni dh banyak kali pusing2 dh..haha..Allah tu maha adil, kalau lepas sekarang, mahkamah Allah tetap ada..xleh dh buat demo2 ni..
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Khasiat Madu Kelulut
setuju dengan anda :p
Curahan rasa eyra @ ..Box of 18 Macarons from RM45 only!
Ada apa ini, los bae mbari ora ngertos.
Curahan rasa Wawan @ ..Atasi Virus USB dengan USB Disk Security
ape2 pun..sy b’syukur.. hehe…
Curahan rasa Nisa Greennnpanda @ ..Peraduan Blog Tercantik
salam..
ada yang sokong..ada yang tak puas hati..
jadi sama-sama lah kita tunggu reaksinya
Curahan rasa zulkbo @ ..Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim Bebas Pertuduhan
Najib baca strategi DH dalam entri lepas kot hikhik .. tk pe lah bebasje , nanti benar atau salah tanggung di akhirat ye .. kita pun tk berapa tahu sapa benar sapa salah , tapi tuhan tahu ..
Curahan rasa puanbee @ ..Foto Semasa Di Majlis Perasmian My Agro Hypermart
bebas tak semestinya tak bersalah..masuk penjara tak semestinya bersalah..yg penting kebenaran di bawakan ketengah..
Curahan rasa Adib @ ..Hear Me Now
Kes Paling panjang dan bertangguh2 di Malaysia. Sebagai org awam yg kurang penting penglibatan melaksanakan dan hanya mampu memerhati, aku dah muak 😀 . Apa jua keputusan tak kisah, janji benar..Cepat lah berakhir agar malaysia di penuhi berita yg lebih bermakna dan aktiviti yg lebih bermanfaat 🙂 .
Curahan rasa shah blogger @ ..Thesis For Blogspot — Template SEO Friendly Blogger
mohon berlindung dari bala ancaman Allah…moga kita semua diberi pengampunan dari dosa yang kita pernah lakukan samada sengaja atau pun sebaliknya.
Curahan rasa dinar @ ..Ramalan harga emas 2012;
mak aiii.. ramai nya orang yg dok berhimpun ni… nak pinjam gambar 1 boleh.. 😉
Curahan rasa kakyong @ ..Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan meliwat
biarlah Allah yg menghukum pihak sebenar yg bersalah…..
Curahan rasa Wizurai @ ..Edisi Siasat – Buat Duit dengan Agoda
Comments are closed.