Assalamualikum dan Salam 1Dunia, siapa kata aku tidak menonton bola sepak Malaysia walaupun selalu bercerita kehebatan pasukan Arsenal. Tidak kurang hebatnya menonton bola sepak Malaysia dengan pertarungan setiap perlawanan yang hebat. Lihat sahaja kerancakan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 antara Pahang vs Kedah yang berakhir kemenangan kepada Pahang dengan agregat 6 – 3.
Setiap pasukan bola sepak di Malaysia sudah meningkat prestasi sehingga mampu menarik peminat setia memenuhi stadium. Semangat menonton bola sepak Malaysia sudah tiada beza dengan menonton kelab-kelab besar eropah. Sebagai anak Johor sudah pasti pilihan aku adalah pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Lagi pun kawan sekolah aku jadi doktor pasukan JDT.
JDT telah berubah setelah diambil alih kepimpinannya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). JDT lebih menarik apabila berani berbelanja besar membawa pemain superstar Malaysia. Alhamdulillah JDT berjaya menewaskan Felda United untuk layak ke final Piala Malaysia menentang Pahang. Kerancakan perlawanan seperuh akhir JDT vs Felda United dicemari beberapa perlakuan pemain JDT yang kurang profesional seperti tindakan Nazrin Nawi walaupun sudah mendahului dengan selesa ke final. Sebagai pemain profesional tidak wajar pemain bertindak mengikut emosi setelah diasak oleh pasukan kalah kerana akhirnya yang rugi adalah pasukan JDT apabila tiga pemain utama tidak dapat beraksi diperlawanan akhir gara-gara menerima kad kuning kedua dan juga kad merah.
Keputusan JDT vs Felda United : 3 – 1 (6 – 5)
Perlawanan final Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang pada 1 November ibarat buku bertemu ruas. Kedua-dua adalah pasukan terbaik di Malaysia dengan barisan pemain yang hebat. JDT atau Pahang mana satu yang bakal menjulang Piala Malaysia 2014. Semuanya akan ditentukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8.45 pm. Siaran lansung final Piala Malaysia 2014 boleh ditonton di RTM1 dan Astro Arena 801.
Barisan pemain final JDT vs Pahang.
Johor Darul Takzim : Al-Hafiz, Jasuli, Antonio, Shas. Asra, Safiq, Shakir. Amri, Diaz, Norshahrul dan Figueroa.
Pahang : Azhan, Saifu, Stewart, Razman, Shahrizan, Akil, Faizal, Azidan, Gopi, Conti dan Nwakaeme.
Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang : 2 – 2 (Penalti : 3 – 5)
413 Comments
Di kedai kopi mamak, ramai dah mula bersembang tentang final Piala Malaysia malam ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Saya jangkakan Pahang dapat mengatasi JDT dengan jaringan 2-1. Pahang akan mengekalkan Piala Malaysia di bumi Tok Gajah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Satu perlawanan penuh dramatik akan ditunjukan oleh kedua-dua pasukan iaitu JDT dan Pahang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Jadual Perlawanan Akhir Johor DT vs Pahang
siapa menang siapa kalah itu adat perlawanan akhir kerana hanya satu pemenang yang akan dipilih. Kedua dua pasukan ada kelebihan tersendiri
Curahan rasa kizmyself @ ..Kenapa Suka Letak Otak Dekat Lutut
Pasti pemain kedua-dua pasukan telah bersedia 200% utk perlawanan yang hebat malam ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Sekali frust juga TRW tidak dapat ke final tahun ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Pahang dan JDT sama heba. Siapa bermain baik dialah juara baru Piala Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Walau siapa pun menang Piala Malaysia malam ini pasti menjadi sejarah tercipta pada tahun 2014.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Saya tak mau sokong JDT sbb merekalah ramai pemain TRW lari ke sana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Saya suka Martias Conti dan Dickson, mereka cukup serasi. Satu perlawanan menarik mlm ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Jadual Perlawanan Akhir Johor DT vs Pahang
Saya nak sokong Pahang wakil dari pantai timur. Ayuh Tok Gajah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Jadual Perlawanan Akhir Johor DT vs Pahang
Tahniah JDT dan Pahang. Malam ini penentu siapa dapat Piala Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Jadual Perlawanan Akhir Johor DT vs Pahang
Tahniah Pahang..Rahniah JDT..Sama2 hebat sama2 terbaik..Bermain bola dgn cara berhemah..bukan main ikut perasaan..All the best utk kedua2 pasukan..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Jawatan Kosong Terbaru Di PETRONAS ❤
Sama-sama hebat, boleh tonton di stadium atau di kaca televisyen masing-masing malam ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Jadual Perlawanan Akhir Johor DT vs Pahang
Yg pasti hanya satu pasukan yg akan menjulang piala malaysia mlm nnt..teruskan berjuang utk kedua2 pasukan…
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Jawatan Kosong Terbaru Di PETRONAS ❤
Sama2 kita saksikan siapakah yg pling hebat di antara dua pasukan ini…all the best ..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Jawatan Kosong Terbaru Di PETRONAS ❤
Comments are closed.