Assalamualikum dan Salam 1Dunia, siapa kata aku tidak menonton bola sepak Malaysia walaupun selalu bercerita kehebatan pasukan Arsenal. Tidak kurang hebatnya menonton bola sepak Malaysia dengan pertarungan setiap perlawanan yang hebat. Lihat sahaja kerancakan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 antara Pahang vs Kedah yang berakhir kemenangan kepada Pahang dengan agregat 6 – 3.
Setiap pasukan bola sepak di Malaysia sudah meningkat prestasi sehingga mampu menarik peminat setia memenuhi stadium. Semangat menonton bola sepak Malaysia sudah tiada beza dengan menonton kelab-kelab besar eropah. Sebagai anak Johor sudah pasti pilihan aku adalah pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Lagi pun kawan sekolah aku jadi doktor pasukan JDT.
JDT telah berubah setelah diambil alih kepimpinannya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). JDT lebih menarik apabila berani berbelanja besar membawa pemain superstar Malaysia. Alhamdulillah JDT berjaya menewaskan Felda United untuk layak ke final Piala Malaysia menentang Pahang. Kerancakan perlawanan seperuh akhir JDT vs Felda United dicemari beberapa perlakuan pemain JDT yang kurang profesional seperti tindakan Nazrin Nawi walaupun sudah mendahului dengan selesa ke final. Sebagai pemain profesional tidak wajar pemain bertindak mengikut emosi setelah diasak oleh pasukan kalah kerana akhirnya yang rugi adalah pasukan JDT apabila tiga pemain utama tidak dapat beraksi diperlawanan akhir gara-gara menerima kad kuning kedua dan juga kad merah.
Keputusan JDT vs Felda United : 3 – 1 (6 – 5)
Perlawanan final Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang pada 1 November ibarat buku bertemu ruas. Kedua-dua adalah pasukan terbaik di Malaysia dengan barisan pemain yang hebat. JDT atau Pahang mana satu yang bakal menjulang Piala Malaysia 2014. Semuanya akan ditentukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8.45 pm. Siaran lansung final Piala Malaysia 2014 boleh ditonton di RTM1 dan Astro Arena 801.
Barisan pemain final JDT vs Pahang.
Johor Darul Takzim : Al-Hafiz, Jasuli, Antonio, Shas. Asra, Safiq, Shakir. Amri, Diaz, Norshahrul dan Figueroa.
Pahang : Azhan, Saifu, Stewart, Razman, Shahrizan, Akil, Faizal, Azidan, Gopi, Conti dan Nwakaeme.
Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang : 2 – 2 (Penalti : 3 – 5)
413 Comments
Pada malam ini pastinya pemain dalam keadaan tertekan, oleh itu mengawal emosi sepaya tidak terjadi perkara yang tidak diingini berlaku.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Semoga tiada insiden insiden yang boleh mencemari perlawanan akhir ini
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Perlawanan ini sudah semestinya rancak dengan masing masing mempunyai pemain pemain yang hebat
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Jom tengok sama-sama…mana yang menang tak jadi masalah…janji main dengan cantik dan penuh dengan dedikasi. Harap main kali ini takda sebarang kecederaan dan insiden yang tak diingini. Sapa yang pegi stadium tu jangan bakar mercun….ingat keselamatan diri sendiri dan orang lain…Suami dan adik-adik saya dah ternanti-nanti….mama satu yang menang agak-agak..?
Curahan rasa nila anggraini @ ..Anak Terlalu Sering Batuk, Waspadai Radang Paru-Paru
Siapa pemenang, pasukan Pahang atau Johot Darul Takzim. Jom kita pakat sokong negeri masing- masing.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Kalau tidak pun kita tonton aje di kaca televisyen di kedai kopi atau rumah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Jom meriahkan suasana di stadium degan gelagat mencuit hati dengan kedua-dua penyokong.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Jadual Perlawanan Akhir Johor DT vs Pahang
Suami dan anak anak saya suke sangat tengok bola. Suka main bola, kalau X boleh kuar rumah main bola guna kertas lipat lipat.. 🙂
Curahan rasa Safiya @ ..Shaklee Enfuselle Nutrition Therapy: Adakah cara anda tepat?
Pesan saya pada peminat kedua-dua pasukan di final Piala Malaysia, jgn membakar mercun di dalam stadium.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Jom kita ramallan siapa menjadi juara Piala Malaysia. Adakah pahang atau Johor Darul Takzim.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Kita harapkan agar kedua-dua pasukan tunjukan kualiti permainsn yang tinggi bagi memberi kepuasan semaksimum mungkin.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Pasukan yang bermain secara berpasukan akan dijangka dapat menjadi juara pada kali ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Namun bagi Johor DT, mereka sudah pasti bermati- matian untuk merampas Piala Malaysia di tangan Pahang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Dapatkah Pahang mengekalkan Piala Malaysia yg dimenanginya pada tahun lepas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Pasti di perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil penuh sesak dengan peminat kedua-dua pasukan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Comments are closed.