Assalamualikum dan Salam 1Dunia, siapa kata aku tidak menonton bola sepak Malaysia walaupun selalu bercerita kehebatan pasukan Arsenal. Tidak kurang hebatnya menonton bola sepak Malaysia dengan pertarungan setiap perlawanan yang hebat. Lihat sahaja kerancakan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 antara Pahang vs Kedah yang berakhir kemenangan kepada Pahang dengan agregat 6 – 3.
Setiap pasukan bola sepak di Malaysia sudah meningkat prestasi sehingga mampu menarik peminat setia memenuhi stadium. Semangat menonton bola sepak Malaysia sudah tiada beza dengan menonton kelab-kelab besar eropah. Sebagai anak Johor sudah pasti pilihan aku adalah pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Lagi pun kawan sekolah aku jadi doktor pasukan JDT.
JDT telah berubah setelah diambil alih kepimpinannya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). JDT lebih menarik apabila berani berbelanja besar membawa pemain superstar Malaysia. Alhamdulillah JDT berjaya menewaskan Felda United untuk layak ke final Piala Malaysia menentang Pahang. Kerancakan perlawanan seperuh akhir JDT vs Felda United dicemari beberapa perlakuan pemain JDT yang kurang profesional seperti tindakan Nazrin Nawi walaupun sudah mendahului dengan selesa ke final. Sebagai pemain profesional tidak wajar pemain bertindak mengikut emosi setelah diasak oleh pasukan kalah kerana akhirnya yang rugi adalah pasukan JDT apabila tiga pemain utama tidak dapat beraksi diperlawanan akhir gara-gara menerima kad kuning kedua dan juga kad merah.
Keputusan JDT vs Felda United : 3 – 1 (6 – 5)
Perlawanan final Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang pada 1 November ibarat buku bertemu ruas. Kedua-dua adalah pasukan terbaik di Malaysia dengan barisan pemain yang hebat. JDT atau Pahang mana satu yang bakal menjulang Piala Malaysia 2014. Semuanya akan ditentukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8.45 pm. Siaran lansung final Piala Malaysia 2014 boleh ditonton di RTM1 dan Astro Arena 801.
Barisan pemain final JDT vs Pahang.
Johor Darul Takzim : Al-Hafiz, Jasuli, Antonio, Shas. Asra, Safiq, Shakir. Amri, Diaz, Norshahrul dan Figueroa.
Pahang : Azhan, Saifu, Stewart, Razman, Shahrizan, Akil, Faizal, Azidan, Gopi, Conti dan Nwakaeme.
Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang : 2 – 2 (Penalti : 3 – 5)
413 Comments
perkongsian yg sangat menarik..semoga perkembangan sukan di tanah air akan lebih sihat lagi selepas ini
Curahan rasa fadil @ ..GUM ARABIC AL-MANNA SUDAN
Terpaksa sokong Pahang sebab suami orang Pahang. Hogoh Pahang Hogoh….
Curahan rasa Nursimatun @ ..Apa Itu Gastrik? Bagaimana Merawatnya?
Kita pon sokong pahang sbb tggal kt pahang walaupon bukan negeri kelahiran ..tp kita penyokong pantai timur..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Jawatan Kosong Terbaru Di PETRONAS ❤
Awal Encik Denaihati update Keputusan Final. Apapun kedua-dua pasukan ada kelebihan masing-masing. Jangan gadoh-gadoh sudah, itu yang diharapkan.
Curahan rasa Afiffuddin @ ..Harga Telefon HP Lenovo Terkini di Malaysia 2014
macam Pahang je akan menang..dengan harapan satu hari nanti Melaka akan power dalam bola sepak di Malaysia..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Huawei Honor 4X
Terbaik dua2 sama hebat, harap dapat tengok satu game terbaik dari kedua2 team.
Curahan rasa Kereta Sewa Shah Alam @ ..Jom Balik Kampung dari Kereta Sewa
hohoho ramai benar rakan – rakan saya yang telah bersiap – siap untuk menonton perlawana dua gergasi bola sepak negara bertembung
Curahan rasa onlajer @ ..Kempen Boikot Mcdonalds Kita Hampir Berjaya
Go terengganu go….. Hehehehe,chaiyok2..semoga permainan cantik dan bukannya pergaduhan ditunjukkan final ini….
Curahan rasa eyriqazz @ ..Better Melabur di ASB atau Unit Trust?
Moga2 takde la yg tercedera teruk dlm perlawanan akhir ini..harap2 pengurus pasukan dan semua yg terlibat menjaga tatasusila mereka..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Jawatan Kosong Terbaru Di PETRONAS ❤
Saya sokong JDT… semoga JDT menang… JDT JDT JDT.. Tapi bola itu bulat jadi belum tahu siapa menag siapa kalah..
Curahan rasa calrasepatrick @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Wow saya tak tahu nak sokong mana ni. Suami Vs Ayah. Suami Pahang, Ayah JDT.. Saya dasar berkecuali je la..hehe
Curahan rasa Mama Olin @ ..Vitamin Shaklee Kesukaan Saya
Disebabkan pernah tinggal di pahang dulu.. Maka saya sokong pahang lah.. Ha Ha jumpa di final nanti
Curahan rasa Weschairs @ ..Tips Penjagaan Singki Dari Tersumbat
Harap kedua2 pasukan dapat memberikan persembahan terbaik mereka dengan penuh semangat kesukanan.. pasukan yang terbaik dan kurang melakukan kesilapan bakal muncul sebagai Juara Piala Malaysia 2014..
Curahan rasa UpProfits @ ..Tiket Final Piala Malaysia 2014 – JDT vs Pahang 1 Nov
Pasti seru pertandingan final Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang nanti…semoga sukses untuk JDT
Curahan rasa Dawaihati @ ..Tips Sukses Menjual Barang Bekas di Internet
Rasa-rasanya JDT yang akan menang di final Piala Malaysia besok lusa, walaupun 3 pemain utamanya tak bisa bermain.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Jadwal Semifinal dan Final ISL 2014
harap tiada insiden bakar stadium..yang menang nanti jangan duk curah minyak kpd yang kalah..nanti ada org marah..tahniah pahang dan JDT
Curahan rasa Zul @ ..Berenang dengan Ninja Turtle
tahniah kpd pasukan JDT dan Pahang kerana layak ke final Piala Malaysia…
Pahang mesti menang…
Curahan rasa NOREHAN SAAD @ ..ESP MEMBANTU RASA GELISAH
Comments are closed.