Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang

Spread the love

Assalamualikum dan Salam 1Dunia, siapa kata aku tidak menonton bola sepak Malaysia walaupun selalu bercerita kehebatan pasukan Arsenal. Tidak kurang hebatnya menonton bola sepak Malaysia dengan pertarungan setiap perlawanan yang hebat. Lihat sahaja kerancakan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 antara Pahang vs Kedah yang berakhir kemenangan kepada Pahang dengan agregat 6 – 3.

keputusan JDT vs Felda United

Setiap pasukan bola sepak di Malaysia sudah meningkat prestasi sehingga mampu menarik peminat setia memenuhi stadium. Semangat menonton bola sepak Malaysia sudah tiada beza dengan menonton kelab-kelab besar eropah. Sebagai anak Johor sudah pasti pilihan aku adalah pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Lagi pun kawan sekolah aku jadi doktor pasukan JDT.

JDT telah berubah setelah diambil alih kepimpinannya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). JDT lebih menarik apabila berani berbelanja besar membawa pemain superstar Malaysia. Alhamdulillah JDT berjaya menewaskan Felda United untuk layak ke final Piala Malaysia menentang Pahang. Kerancakan perlawanan seperuh akhir JDT vs Felda United dicemari beberapa perlakuan pemain JDT yang kurang profesional seperti tindakan Nazrin Nawi walaupun sudah mendahului dengan selesa ke final. Sebagai pemain profesional tidak wajar pemain bertindak mengikut emosi setelah diasak oleh pasukan kalah kerana akhirnya yang rugi adalah pasukan JDT apabila tiga pemain utama tidak dapat beraksi diperlawanan akhir gara-gara menerima kad kuning kedua dan juga kad merah.

Keputusan JDT vs Felda United : 3 – 1 (6 – 5)

gambar pasukan JDT final piala malaysia 2014

Perlawanan final Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang pada 1 November ibarat buku bertemu ruas. Kedua-dua adalah pasukan terbaik di Malaysia dengan barisan pemain yang hebat. JDT atau Pahang mana satu yang bakal menjulang Piala Malaysia 2014. Semuanya akan ditentukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8.45 pm. Siaran lansung final Piala Malaysia 2014 boleh ditonton di RTM1 dan Astro Arena 801.

Barisan pemain final JDT vs Pahang.

Johor Darul Takzim : Al-Hafiz, Jasuli, Antonio, Shas. Asra, Safiq, Shakir. Amri, Diaz, Norshahrul dan Figueroa.

Pahang : Azhan, Saifu, Stewart, Razman, Shahrizan, Akil, Faizal, Azidan, Gopi, Conti dan Nwakaeme.

Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang : 2 – 2 (Penalti : 3 – 5)


Spread the love

413 Comments

  1. Tersenyum anak-anak Johor melihat JDT melangkah ke final biarpun mendebarkan bila Felda berjaya menyamakan kedudukan sejurus selepas JDT mendahului jaringan. Ada yang marah bila cepat sangat Felda score 😀 Tetapi, anak-anak buah Bojan Hodak rata-rata berpengalaman dan tahu apa yg patut dilakukan.

    Seronok juga lihat di Twitter timeline, bila DS Hishamuddin, Tan Sri Khaleed dan lain VIP dari Johor sibuk bertwitter tentang JDT vs Felda. Penuh emosi juga diaorang semua tu. Kawe yag gila bola pun relax aja dan sekadar RT aje.

    Lawan di final Pahang ialah suatu lawan yg kalau boleh mahu dielakkan oleh JDT. Ada badi dengan team Tok Gajah ni serta corak pemainan Pahang yg suka counter attack ala-ala Chelsea mmg membuatkan JDT kurang selesa. JDT perlu berhati-hati bila menyerang agar tidak expose di belakang.

    All the best to JDT dan Felda di final nanti. Maybe the best team win (JDT 😉 )
    Curahan rasa Ismail N @ ..Main Bowling Teknik SpinMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!