Assalamualikum dan Salam 1Dunia, siapa kata aku tidak menonton bola sepak Malaysia walaupun selalu bercerita kehebatan pasukan Arsenal. Tidak kurang hebatnya menonton bola sepak Malaysia dengan pertarungan setiap perlawanan yang hebat. Lihat sahaja kerancakan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 antara Pahang vs Kedah yang berakhir kemenangan kepada Pahang dengan agregat 6 – 3.
Setiap pasukan bola sepak di Malaysia sudah meningkat prestasi sehingga mampu menarik peminat setia memenuhi stadium. Semangat menonton bola sepak Malaysia sudah tiada beza dengan menonton kelab-kelab besar eropah. Sebagai anak Johor sudah pasti pilihan aku adalah pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Lagi pun kawan sekolah aku jadi doktor pasukan JDT.
JDT telah berubah setelah diambil alih kepimpinannya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). JDT lebih menarik apabila berani berbelanja besar membawa pemain superstar Malaysia. Alhamdulillah JDT berjaya menewaskan Felda United untuk layak ke final Piala Malaysia menentang Pahang. Kerancakan perlawanan seperuh akhir JDT vs Felda United dicemari beberapa perlakuan pemain JDT yang kurang profesional seperti tindakan Nazrin Nawi walaupun sudah mendahului dengan selesa ke final. Sebagai pemain profesional tidak wajar pemain bertindak mengikut emosi setelah diasak oleh pasukan kalah kerana akhirnya yang rugi adalah pasukan JDT apabila tiga pemain utama tidak dapat beraksi diperlawanan akhir gara-gara menerima kad kuning kedua dan juga kad merah.
Keputusan JDT vs Felda United : 3 – 1 (6 – 5)
Perlawanan final Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang pada 1 November ibarat buku bertemu ruas. Kedua-dua adalah pasukan terbaik di Malaysia dengan barisan pemain yang hebat. JDT atau Pahang mana satu yang bakal menjulang Piala Malaysia 2014. Semuanya akan ditentukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8.45 pm. Siaran lansung final Piala Malaysia 2014 boleh ditonton di RTM1 dan Astro Arena 801.
Barisan pemain final JDT vs Pahang.
Johor Darul Takzim : Al-Hafiz, Jasuli, Antonio, Shas. Asra, Safiq, Shakir. Amri, Diaz, Norshahrul dan Figueroa.
Pahang : Azhan, Saifu, Stewart, Razman, Shahrizan, Akil, Faizal, Azidan, Gopi, Conti dan Nwakaeme.
Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang : 2 – 2 (Penalti : 3 – 5)
413 Comments
jika ada pemain tak prifesional mereka akan benci peminta jugakan harapkan mereka akan cuba jaga tingkah laku nanti
Curahan rasa cahayacinta @ ..JUALAN AMAL: Palestin Dan T-shirt Palestin
lYang paling mengembirakan adalah peminat pasukan Pahag dan paling mengecewakan adalah pasukan Johor DT.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
gembira dan kecewa itu lumrah dalam pertandingan kan..ada kalah ada menang..janji enjoy the game!
alhamdulillah semua berjalan dengan lancar tiada sebarang perkara yang pelik tak ingini berlaku
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 31/2014_Transitions Optical
yang ni harus dipuji penyokong dan pemain..tak banyak adegan kasar yang boleh mencetuskan pergaduhan. tahniah
kedua pasukan jdt dan pahang rasa hebat dalam persembahan masing-masing kita patut puji team tersebut
Curahan rasa cahayacinta @ ..Petua Dan Cara Menajamkan Mata Pengisar
betul tu kak..harus dipuji semangat juang dan pasukan diorang..fight sampai saat akhir
saya tak dapat tengok sehingga habis sebab seharian duduk dapur dan kemas rumah sahaja
takpe..tahun depan boleh tengok lagi..tapi taktahu la team mana kan hehe
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
akhirnya kemenangan ke pihak harimau hahaha gajah balik makan temper jangan marah yer 🙂
Curahan rasa adna2029 @ ..“Blogger buat duit online”
adat menang dna kalah dalam pertandingan memang tak dapat nak pisahkan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Doa Dan Cara Berbakti Kepada Ibu Bapa Telah Pergi
eh gajah ke rimau yang menang sebenarnya ni? ke aku yang ngah pening?
Curahan rasa JMR23 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Kehebatan Pahang tidak boleh bertikaikan lagi, mantap di semua posisi. Tahniah Pahang…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
semua posisi mantap satu hal..paling penting semangat diorang tak pernah patah walaupun 10 orang..
Curahan rasa JMR23 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Perlawanan yg sgt mantap baru2 ni…dan suka tgk Pahang menang..hehehe 🙂
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..Resepi Fillet Isi Ketam Goreng
memang ramai yang mengharapkan pahang menang..dan doa doa tu sumer dah dimakbul..tahniah
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
Sesebuah pasukan yang hebat dengan bintang- bintang bukan mutlak akan berjaya ke puncak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Pasang Kode Warna Pada Blogspot
betul tu..lagi best dengan pasukan yang tak de bintang, tapi semangat diorang lebhi daripada seorang bintang.
Ramai yang meramalkan Pahang menjuarai Piala Malaysia tahun ini, kemampuan Johor tidak nampak peningkatan walaupun dibarisi pemain bintang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
yeke ramai yang ramal? atau mungkin ramai yng inginkan pahang menjadi juara?
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
Kejayaan Pahang menjuarai Piala Malaysia bukan nasib semata-mata, kata jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
nasib sekiranya memang johor menguasai game 90% full tim, tapi game final ni seimbang je.pahang memang ada klas tersendiri
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
Pada masa penuh permainan Pahang dan Johor Darul Takzim terikat 2-2 dan pada masa tambahan 30 minit pun tetap 2-2. Satu keputusan yang seimbang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
sangat seimbang.masing-masing berjuang bermatian sehingga tendangan penalti..best game final ni@
Curahan rasa JMR23 @ ..Parti Hari Jadi & Majlis Perkahwinan
Azzamudfin Akil tidak begitu menyerlah pemainannya. Hanya Matias Conti dan Dickson saja yang menyerlah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Dickson wakaeme takde sapa yang boleh kekang..tu pasal 2 bijik diledaknya selamber..hehe
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
Pada final piala Malaysia, kedua- dua pasukan sama hebat. Mereka sering berbalas serangan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
finalist piala malaysia tahun ni memang hebat-hebat..penonton pun terhibur tengok game diorang kan
Bojan Hodak buat salah percaturan kerana mengeluarkan pemain import mereka Diaz kerana kemasukan Mat Yo tidak membantu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
#matyotaksalah kan bro..mat yo memang dah tak boleh pakai dah skang ni..penyebab utama kekalahan johor..kesian mat yo
Curahan rasa JMR23 @ ..Buat Duit Dengan Affiliate Teknik SEO Merah Jambu
Pasukan Johor Darul Takzim pasti akan membalas dendan ke atas Pahang pada tahun depan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
sama-sama kita nantikan episod piala malaysia seterusnya..ada 2 team ni masih boleh bertahan?
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
Comments are closed.