Assalamualikum dan Salam 1Dunia, siapa kata aku tidak menonton bola sepak Malaysia walaupun selalu bercerita kehebatan pasukan Arsenal. Tidak kurang hebatnya menonton bola sepak Malaysia dengan pertarungan setiap perlawanan yang hebat. Lihat sahaja kerancakan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 antara Pahang vs Kedah yang berakhir kemenangan kepada Pahang dengan agregat 6 – 3.
Setiap pasukan bola sepak di Malaysia sudah meningkat prestasi sehingga mampu menarik peminat setia memenuhi stadium. Semangat menonton bola sepak Malaysia sudah tiada beza dengan menonton kelab-kelab besar eropah. Sebagai anak Johor sudah pasti pilihan aku adalah pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Lagi pun kawan sekolah aku jadi doktor pasukan JDT.
JDT telah berubah setelah diambil alih kepimpinannya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). JDT lebih menarik apabila berani berbelanja besar membawa pemain superstar Malaysia. Alhamdulillah JDT berjaya menewaskan Felda United untuk layak ke final Piala Malaysia menentang Pahang. Kerancakan perlawanan seperuh akhir JDT vs Felda United dicemari beberapa perlakuan pemain JDT yang kurang profesional seperti tindakan Nazrin Nawi walaupun sudah mendahului dengan selesa ke final. Sebagai pemain profesional tidak wajar pemain bertindak mengikut emosi setelah diasak oleh pasukan kalah kerana akhirnya yang rugi adalah pasukan JDT apabila tiga pemain utama tidak dapat beraksi diperlawanan akhir gara-gara menerima kad kuning kedua dan juga kad merah.
Keputusan JDT vs Felda United : 3 – 1 (6 – 5)
Perlawanan final Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang pada 1 November ibarat buku bertemu ruas. Kedua-dua adalah pasukan terbaik di Malaysia dengan barisan pemain yang hebat. JDT atau Pahang mana satu yang bakal menjulang Piala Malaysia 2014. Semuanya akan ditentukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8.45 pm. Siaran lansung final Piala Malaysia 2014 boleh ditonton di RTM1 dan Astro Arena 801.
Barisan pemain final JDT vs Pahang.
Johor Darul Takzim : Al-Hafiz, Jasuli, Antonio, Shas. Asra, Safiq, Shakir. Amri, Diaz, Norshahrul dan Figueroa.
Pahang : Azhan, Saifu, Stewart, Razman, Shahrizan, Akil, Faizal, Azidan, Gopi, Conti dan Nwakaeme.
Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang : 2 – 2 (Penalti : 3 – 5)
413 Comments
Pahang pasti tahun depan 2015 akan terus mempertahankan kejuara bagi mendapatkan hatrik menjuarai Piala Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kalau pahang boleh kekalkan/tingkatkan kualiti permainan, insyaAllah boleh kan bro
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
Tahun 2015 pasti lebih mencabar lagi kerana semua pasukan akan mencari pemain berkualiti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
betul tu..tahun demi tahun, cabaran makin sengit..game pn makin syok nak tengok
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
Semua pemain negeri lain dan kelab akan membuat persiapan mulai sekarang jika mahu rebut piala daripada Pahang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kalau dari skang dah wat preparation, tak mustahil mampu ke final tahun depan ni hehe
Curahan rasa JMR23 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Kejayaan sesebuah pasukan bergantung kepada setiap posisi dan tidak bergantung kepada individu seseorang pemain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Pasti penyokong Pahang bersorak kegembiraan apabila pasukan negeri mereka berjaya pertahankan kejuaraan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tambahan pulak hari ni diorang cuti, tambah gembira lah warga Pahang kan hihi
Pahang dan Johor DT adalah pasukan yang kuat semenjak di Piala liga lagi. Mereka adalah pasukan terbaik di Malaysia sekarang ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Kita juga tidak boleh lipakan kepada pemain ke-12, bersusah payah ke Stadium semata- mati menyaksikan pasukan mereka beraksi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tidak perlulah kita menyalahkan Mat Yo, kalau Mat Yo berjaya sekalipun pasti ada pemain lain yang gagal pula. Ia sudah tercatat sebagai sejarah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Betul tu. Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Mungkin JDT tak bernasib baik untuk tahun ni. Mana tahu tahun depan rezeki untuk JDT ke kan
Hope tahun depan akan menemukan dua pasukan ini ke final lagi, InshaAllah hehe
Kita tidak menyalahkan Mat Yo semata-mata, dalam setiap tendangan penalti pasti ada pemain yang buat kesilapan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tapi kira hebatlah Pahang sebab dapat menjaringkan 4 gol tanpa tinggal sikit pun haha
Mat yo teragak-agak ketika mengambil sepakan penalti. Penjaga gol Pahang bijak membacanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Saya teruja dengan persembahan semua pemain di final Piala Malaysia. Pemainan mereka ada kualiti dan terhibur.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Kehebatan Pahang telah terbukti di final Piala Malaysia. Usaha mereka selama ini berbaloi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Pahang bukan menang kerana nasib kerana mereka bermain bermati-matian untuk mengatasi Johor DT.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Walaupun Pahang bermain dengan 10 pemain, namun Johor DT tidak berupaya mengatasi Pahang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Betul tu. Tabik lah dengan Pahang memang bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun kekurangan pemain
Comments are closed.