Assalamualikum dan Salam 1Dunia, siapa kata aku tidak menonton bola sepak Malaysia walaupun selalu bercerita kehebatan pasukan Arsenal. Tidak kurang hebatnya menonton bola sepak Malaysia dengan pertarungan setiap perlawanan yang hebat. Lihat sahaja kerancakan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 antara Pahang vs Kedah yang berakhir kemenangan kepada Pahang dengan agregat 6 – 3.
Setiap pasukan bola sepak di Malaysia sudah meningkat prestasi sehingga mampu menarik peminat setia memenuhi stadium. Semangat menonton bola sepak Malaysia sudah tiada beza dengan menonton kelab-kelab besar eropah. Sebagai anak Johor sudah pasti pilihan aku adalah pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Lagi pun kawan sekolah aku jadi doktor pasukan JDT.
JDT telah berubah setelah diambil alih kepimpinannya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). JDT lebih menarik apabila berani berbelanja besar membawa pemain superstar Malaysia. Alhamdulillah JDT berjaya menewaskan Felda United untuk layak ke final Piala Malaysia menentang Pahang. Kerancakan perlawanan seperuh akhir JDT vs Felda United dicemari beberapa perlakuan pemain JDT yang kurang profesional seperti tindakan Nazrin Nawi walaupun sudah mendahului dengan selesa ke final. Sebagai pemain profesional tidak wajar pemain bertindak mengikut emosi setelah diasak oleh pasukan kalah kerana akhirnya yang rugi adalah pasukan JDT apabila tiga pemain utama tidak dapat beraksi diperlawanan akhir gara-gara menerima kad kuning kedua dan juga kad merah.
Keputusan JDT vs Felda United : 3 – 1 (6 – 5)
Perlawanan final Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang pada 1 November ibarat buku bertemu ruas. Kedua-dua adalah pasukan terbaik di Malaysia dengan barisan pemain yang hebat. JDT atau Pahang mana satu yang bakal menjulang Piala Malaysia 2014. Semuanya akan ditentukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8.45 pm. Siaran lansung final Piala Malaysia 2014 boleh ditonton di RTM1 dan Astro Arena 801.
Barisan pemain final JDT vs Pahang.
Johor Darul Takzim : Al-Hafiz, Jasuli, Antonio, Shas. Asra, Safiq, Shakir. Amri, Diaz, Norshahrul dan Figueroa.
Pahang : Azhan, Saifu, Stewart, Razman, Shahrizan, Akil, Faizal, Azidan, Gopi, Conti dan Nwakaeme.
Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang : 2 – 2 (Penalti : 3 – 5)
413 Comments
Sebenarnya Saifinizam Tak patut tumbuk amri Yahaya, ia perbuatan tidak profesional.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
hehe saifinizam tu tertumbuk je kot..yang amri lak iya iya berlakon lebih lebhi hahah
Curahan rasa JMR23 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
eh..bukan betul ke dia tumbuk.tengok memang kuat juga kan tumbukkan tu.takkan amri main²
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
Hahhaha.. tak de di tempat kejadian tak tahulah kesahihan cerita. Tapi memang nampak iya iya jugak .
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Betul jugak.. memang tak pro lah kan main bola sampai macam tu.. entahlah.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Pada tahun lepas Pahang telah berjaya, tahun ini ada juarai lagi. Juara dua kali berturut-turut.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Final Piala Malaysia Pahang vs Johor DT 1 November2014
semangat juang tok gajah memang tak pernah mengalah..memang layak diorang bergelar juara.
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
dua tahun berturut² la pahang dapat pegang piala dunia kan.lepas ni boleh ke antarabangsa pulak
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
Alhamdulillah.. berkat semangat mereka semua.. berkat usaha jugak tu..kalau usaha debgan betul.. memang akan dapat.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
lepas ini bukan sukan bola sahaja harap hoki, sukan renang, tenis yang lain ad apeminat dan pemgikutnya yang ramai juga ya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Petua Dan Cara Menajamkan Mata Pengisar
sukan sukan lain pon ada peminat masing masing..cuba tak popular sangat di kalangan rkyat malaysia hehe
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
saya pun kadang² je join hubby tengok bola.selama ni tak pernah nak tengok pun.
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
Setiap sukan ada peminatnya tersendiri.. tapi kalau bola sepak memang jadi bualan hangat..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Tahniah buat pasukan Pahang. Buat JDT juga, jangan kecewa sila cuba lagi
Curahan rasa daddydee @ ..Dibanjiri Warga Asing: Semua Orang Punya
adat pertandingan kan..ada menang ada kalah..respek dua dua team sebab tunjuk semangat juang
takpe JDT,bukan tuah kali ni,mungkin tahun depan JDT pula..teruskan semangat tu
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
Semoga bola sepak kita trus majulah harapnya.. bolehlah pemain melebarkan sayap ke peringkat yang lebih hebat.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Betul.. tahun depan ada lagi.. tapi harap harap TRW pulak tunjuk taring tahun depan..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Betul.. tahun depan ada lagi.. tapi harap harap TRW pulak tunjuk taring tahun depan.. dah dua tahun kebellakangan ni asyik bagi kat orang je.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Saya lihat final piala Malaysia kat kedai mamak, kat rumah tiada siapa yang mahu temankan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
tonton bola di kedai mamak for sure akan lebih meriah kan bro..nak nak kalao ada awek cun heheh
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
hanya duduk dirumah,temankan husband tengok bola,mesti seronok,tengok ramai²
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
Hahaha.. bola kalau tengok sorang sorang memang sayulah jawabnya.. kat rumah saya.. mcm nak runtuh satu rumah.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Pahang juara lagi dan saya bangga sebagai anak Pahang. Hihi
Curahan rasa shamiera osment @ ..Resepi Jeruk Mangga Asam Boi
kena amik masa lama gak tu kalao nak lawan EPL kak..org mesia lagi suka tgk EPL dr liga malaysia hehe
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
Tahniah.. saya pun tumpang gembira.. semoga bolasepak pahang terus maju lepas ni..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
semoga akan lebih ramai lagi anak muda tempatan bergiat dalam arena sukan bola sepak ini
Curahan rasa cahayacinta @ ..Doa Dan Cara Berbakti Kepada Ibu Bapa Telah Pergi
semoga sukan bola malaysia akan mendapat perhatian lebih meluas lagi dari perlawanan liga english
Curahan rasa cahayacinta @ ..JUALAN AMAL: Palestin Dan T-shirt Palestin
gemar melihat pakaian pemain bola malaysia baju smart dan warna nampak senada sahaja
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kekejaman Bukan Milik Kita
Johor darul takzim terpaksa berputih mata lagi terpaksa tunggu tahun depan pula utk merebut Piala Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
pejam celik pejam celik dah tahun depan kan..harap semua team dah bersedia utk harungi musim baru
asal sahaja ada bola dekat rumah stok kopi wajib ada bersama dengan biskut lutut
Curahan rasa cahayacinta @ ..Prince Charming: Siapa Awak?
Kat rumah stok kopi tongkat ali power root dah habis, terpaksalah pergi kedai mamak lihat bola sepak ni.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
best best..sambil layan bola, sambil hirup kopi panas kaw-kaw..leh tambah semangat tu
teringat masa kedai makan suasana melayan bola dalam kedai itu sungguh riuh rendah.mujurlah hanya dalam kedai sahaja..
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 29/2014_Win a 3 Days 2 Night Trip Macau
memang amat faham dan masak sangat tuan denaihati suka pasukan bola arsenal
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 30/2014_British Council – Education UK Exhibition 2014
Walau pun Denaihati suka Arsenal tetspi beliau tidak lupa juga pada piala Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
indahnya bila kemenangan dapat kecapai bersama tahniah untuk pasukan pahang anda layak
Curahan rasa cahayacinta @ ..Pengalaman, Toturial, Review Layctacyd Feminine Wash
kemenangan akan dapat bagi mereka yang tak pernah rasa putus asa..main 10 orang pun boleh jadi juara tu
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
gembira bila anak muda tanpa mengira usia memberikan sokogan pada kepada team bola masing-masing
Curahan rasa cahayacinta @ ..Doa Dan Cara Berbakti Kepada Ibu Bapa Telah Pergi
Ya suri, kecil, kecil , tua , mudah semua minat dengan bolasepak, cuma Malaysia masih jauh nak ke Piala Dunia
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
agak-agak berapa tahun lagi nak tengok Malaysia melangkah ke Piala Dunia..tak mustahil kan..tapi bila?
Curahan rasa JMR23 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
masa ni memang terserlah perpaduan dan semangat berpasukan..tak kira kaum, sumer support pasukan masing-masing
Comments are closed.