Assalamualikum dan Salam 1Dunia, siapa kata aku tidak menonton bola sepak Malaysia walaupun selalu bercerita kehebatan pasukan Arsenal. Tidak kurang hebatnya menonton bola sepak Malaysia dengan pertarungan setiap perlawanan yang hebat. Lihat sahaja kerancakan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 antara Pahang vs Kedah yang berakhir kemenangan kepada Pahang dengan agregat 6 – 3.
Setiap pasukan bola sepak di Malaysia sudah meningkat prestasi sehingga mampu menarik peminat setia memenuhi stadium. Semangat menonton bola sepak Malaysia sudah tiada beza dengan menonton kelab-kelab besar eropah. Sebagai anak Johor sudah pasti pilihan aku adalah pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Lagi pun kawan sekolah aku jadi doktor pasukan JDT.
JDT telah berubah setelah diambil alih kepimpinannya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). JDT lebih menarik apabila berani berbelanja besar membawa pemain superstar Malaysia. Alhamdulillah JDT berjaya menewaskan Felda United untuk layak ke final Piala Malaysia menentang Pahang. Kerancakan perlawanan seperuh akhir JDT vs Felda United dicemari beberapa perlakuan pemain JDT yang kurang profesional seperti tindakan Nazrin Nawi walaupun sudah mendahului dengan selesa ke final. Sebagai pemain profesional tidak wajar pemain bertindak mengikut emosi setelah diasak oleh pasukan kalah kerana akhirnya yang rugi adalah pasukan JDT apabila tiga pemain utama tidak dapat beraksi diperlawanan akhir gara-gara menerima kad kuning kedua dan juga kad merah.
Keputusan JDT vs Felda United : 3 – 1 (6 – 5)
Perlawanan final Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang pada 1 November ibarat buku bertemu ruas. Kedua-dua adalah pasukan terbaik di Malaysia dengan barisan pemain yang hebat. JDT atau Pahang mana satu yang bakal menjulang Piala Malaysia 2014. Semuanya akan ditentukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8.45 pm. Siaran lansung final Piala Malaysia 2014 boleh ditonton di RTM1 dan Astro Arena 801.
Barisan pemain final JDT vs Pahang.
Johor Darul Takzim : Al-Hafiz, Jasuli, Antonio, Shas. Asra, Safiq, Shakir. Amri, Diaz, Norshahrul dan Figueroa.
Pahang : Azhan, Saifu, Stewart, Razman, Shahrizan, Akil, Faizal, Azidan, Gopi, Conti dan Nwakaeme.
Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang : 2 – 2 (Penalti : 3 – 5)
413 Comments
Kerja keras Zainal Abidin Hassan dan anak buahnya pasti mendapat gsnjaran yang setimpal dengan kejayaan ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Kemenangan penalti nih lebih kepada tuah semata2.. tahniah pasukan pahang juara piala malaysia 2014..
Curahan rasa UpProfits @ ..JDT vs Pahang Final Piala Malaysia 2014
Sudah pasti nama jurulatih disebut-sebut sekarang ini dan saya rasa pasti dapat gelaran Datuk daripada Sultan Pahang nanti. Insya Allah…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Bukan senang pasukan Pahang nak pertahankan kekuaraan Piala Malaysia, namun Pahang tetap berjaya juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tidak dilupa juga tahniah buat jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan yang berjaya membentuk skuad terbaik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Pasti tahun depan perlawanan akan lebih menarik dengan pemain import yang berkualiti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Walaupun Johor Darul Takzim kalah, namun hanya melalui penalti. Boleh cuba lagi tahun depan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tahniah buat pasukan Johor Darul Takzim dan Pahang beraksi dengan penuh bersemangat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Johor Darul Takzim dan Pahang sama-sama hebat, cuma Johor tidak bernasib baik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Kedua-dua pasukan Pahang dan JDT menunjukkan persembahan yang terbaik kerana boleh menghabiskan masa yang ditetapkan dengan keputusan yang sama sehingga ke jaringan penalti
Bermain dalam masa kecederaan bukan sesuatu yang mudah, keletihan menjadi penyebab seduatu pasukan turun persembahannya
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tahniah buat pasukan Pahang kerana menjuarai Piala Malaysia 2014. Sedih sikit sebab JDT kalah. Sobs sobs.. Tapi takpe, adat permainan mesti ada kalah mesti ada
Kedua2 pasukan telah menunjukkan persembahan yang sangat baik. Namun pasukan yang lebih baik disertai dengan nasib yang baik telah muncul sebagai pemenang. Tahniah Pahang.
Curahan rasa UpProfits @ ..JDT vs Pahang Final Piala Malaysia 2014
JDT masuk final dah cukup hebat sbb bermula dari pasukan sebuah kelab je.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Apa Itu Advertorial?
Nak sediakan pasukan yang mantap seperti JDT perlukan pelaburan yang besar. Namun dalam masa 2 tahun dah merangkul piala tuh merupakan pencapaian yang sangat baik. Harap JDT dapat kekalkan momentum dan konsistensi.
Curahan rasa UpProfits @ ..JDT vs Pahang Final Piala Malaysia 2014
Tahniah Pahang Darul Makmur..dgn semangat juang yg tggi walsupon hanya 10 pemain ..Pahang masih berbisa..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Cabaran November #1 ”11 Tempat Ingin Di Lawati Di Dunia” ❤
Ohh 10 orang pemain ke? Saya tak tahu pula tu sbb memang tak tgk sbb tak ada Astro. 🙂
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Kenyir Elephant Village (KEV) Kenyir Terengganu
Kedua-dua pasukan sama kuat dan terbaik. Cuma tuah tak menyebelahi JDT biarpun menguasai 90 minit permainan..akhirnya tewas penalti.
Curahan rasa UpProfits @ ..JDT vs Pahang Final Piala Malaysia 2014
bila Pahang dah juara Piala Malaysia ni…maka negeri Pahang cutilah hari ni gamaknya…syoknye dapat cuti…dapat rehat-rehat kat rumah
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Huawei Honor 4X
yey..pahang menang…tapi dua-dua pasukan memang hebat…nasib menyebelahi Pahang untuk jadi juara Piala Malaysia tahun ni…tahniah
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Huawei Honor 4X
Hmmm memang kira sama-sama kuatlah sbb leh sampai jaringan penalti … tentu bangga pemain sbb dapat habis 90 minit dengan baik.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Bagaimana Menjadi Blogger Berpengaruh?
Comments are closed.