Keputusan Contest Gadget Impian

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bukan hanya peserta akhir contest Gadget Impian malah semua pembaca setia blog Denaihati tertunggu-tunggu keputusan. Daripada 103 peserta yang layak masuk pusingan awal hanya 18 yang layak masuk pusingan akhir dan akhirnya tinggal 11 Blogger berjuang bersungguh-sungguh mengejar Gadget Impian. Contest ini diurus sedemikian rupa supaya ada sistem saringan dan hanya Blogger yang bersungguh sahaja akan mendapat Gadget Impian.

Berikut adalah senarai 11 peserta akhir yang berjaya menamatkan saingan yang hebat :

  1. Affanruslan.com
  2. Ariffshah.com
  3. Faizalfredley.com
  4. Puanbee.com
  5. Zulseffort.com
  6. Eiz1004.upprofits.com
  7. Naman0807.blogspot.com
  8. Yanmieonline.com
  9. Hanspunyablog.blogspot.com
  10. Ziefauzi.com
  11. Normj1001.blogspot.com

Tabik kepada semua peserta yang berusaha bersungguh-sungguh, kalaulah ada budget rasa nak bagi semua hadiah tapi apa kan daya tak dapat sponsor untuk semua. Terima kasih juga kepada pembaca setia lain yang sangat membantu dan contest ini membuktikan yang kita semua boleh bekerjasama mencapai kejayaan bersama. Terima kasih juga kepada semua penaja Eizil.comAnarm.neteQurban.com, Jerungperkasa.comKedai Kak SitiRakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak.

Keputusan contest Gadget Impian akan diumumkan di Majlis Sepetang Bersama Blogger yang akan diadakan pada 2.00pm, 15/4/2012 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya dihadapan lebih 100 Blogger jemputan. Kepada pembaca setia yang tidak dapat bersama pada majlis tersebut boleh mengikuti secara live melalui twitter dengan hashtag #JumpaDenaihati.

Semua peserta akhir wajib datang dan mengesahkan kedatangan dengan mengirimkan email ke akademi@denaihati.com kecuali Affan Ruslan yang berada jauh di Canada.

Rugi sangat kalau tidak datang ke Majlis Sepetang Bersama Blogger kerana bukan sahaja dapat berjumpa dengan ramai Blogger tetapi majlis ini juga mendapat sponsor hadiah cabutan bertuah yang menarik  daripada beberapa syarikat serta akan dihiburkan oleh the Singing Blogger.


Spread the love

339 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!