Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku memang seorang peminat sukan bola sepak. Kalau sebelum ini hangat dengan pertandingan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil yang dijuarai oleh pasukan feberet aku iaitu Jerman. Baru-baru ini pasukan negeri kelahiran aku JDT tewas kepada Pahang pada Final Piala Malaysia 2014. Manakala pasukan kasayangan aku Arsenal masih terumbang ambing di pusingan pertama BPL 2014/15 dan mengharapkan prestasi akan meningkat sehingga menjulang piala pada akhir musim.
Kali ini peminat bola sepak Asia Tenggara dihidangi dengan kehangatan AFF Suzuki Cup 2014. Aku sentiasa memerhati perkembangan pasukan Harimau Malaya sejak menjadi juara AFF Suzuki Cup 2010 menewaskan Indonesia. Untuk AFF Suzuki Cup 2014 pasukan bola sepak Malaysia telah diundi dalam kumpulan B bersama pasukan Singapore, Thailand dan Myanmar bermain di Stadium Jalan Besar Singapore. Kumpulan A terdiri dari pasukan Vietnam, Indonesia, Laos dan Filipina yang bermain di Stadium Hang Day Vietnam.
Keputusan AFF Suzuki Cup 2014 Kumpulan A
- Filipina vs Laos : 4 – 1
- Vietnam vs Indonesia : 2 – 2
- Filipina vs Indoensia : 4 – 0
- Laos vs Vietnam : 0 – 3
- Vietnam vs Filipina : 3 – 1
- Indonesia vs Laos : 5 – 1
Keputusan AFF Suzuki Cup 2014 Kumpulan B
- Malaysia vs Myanmar : 0 – 0
- Singapore vs Thailand : 1 – 2
- Malaysia vs Thailand : 2 – 3
- Myanmar vs Singapore : 2 – 4
- Singapore vs Malaysia : 1 – 3
- Thailand vs Myanmar : 2 – 0
Untuk kumpulan A, pasukan Vietnam dan Filipina sudah melayakan diri ke Separuh Akhir AFF Cup 2014 manakala untuk kumpulan B penentuan Singapore vs Malaysia akan menjadi penentuan untuk mengiringi Thailand. Aku dan semua penyokong Harimau Malaya sangat-sangat mengharap pasukan Malaysia dapat menewaskan Singapore kerana kemenangan sahaja akan melayakan ke Separuh Akhir AFF Cup 2014. Semuga Dollah Salleh akan dapat menggunakan strategi yang betul untuk menentang Singapore yang hanya mengharap seri sahaja.
Aku tetap bersama Harimau Malaya sebagai mana aku setia dengan Arsenal dimasa senang dan susah. Jangan hanya memuji ketika menang tetapi memaki seranah apabila tewas. Pasukan bola sepak yang hebat tidak boleh dibina sekelip mata tetapi memerlukan masa yang panjang. Semuga JDT akan menjadi satu pasukan kelab yang akan mengerakkan kemajuan bola sepak Malaysia.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Perlawanan Malaysia vs Singapore memang sentiasa panas terutama apabila penyokong Harimau Malaya tidak dibenarkan menyokong dengan ramai.Alhamdulillah dengan jaringan Mohd Safee Mohd Sali (minit ke-61), Safiq Rahim (penalti-minit ke-91), Indra Putra Mahayuddin (minit ke-94) telah berjaya membenam Singapore dan membawa Malaysia ke Separuh Akhir menentang Vietnam pada 7/12/2014 di Kuala Lumpur dan pada 11/12/2014 di Vietnam
Video review perlawanan Singapore vs Malaysia
- Filipina vs Thailand : 0 – 0
- Malaysia vs Vietnam : 1 – 2
Jadual Separuh Akhir Kedua AFF Suzuki Cup 2014
- Thailand vs Filipina : 3 – 0
- Vietnam vs Malaysia : 2 – 4
Jadual Akhir AFF Suzuki Cup 2014
- Thailand vs Malaysia : 2 – 0
- Malaysia vs Thailand : 3 – 2
Tak ada rezeki untu Harimau Malaya setelah tewas aggregat 3 – 4.
Cuba lagi 2016.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
527 Comments
game semalam sangat-sangat menduka citakan kami rakyat Malaysia dengan segelintir rakyat yang bertindak “bodoh” terhadap penyokong pihak lawan..
Curahan rasa Aisyah @ ..Doa Dan Cara Penyembuh Rabun Mata
Macam ni la yang terjadi kalau tiada semangat kesukanan dalam diri penyokong
Semoga malam ini skuad harimau malaya dapat membawa bekalan selesa utk saingan separuh akhir kedua nanti. Kelebihan bermain ditempat sendiri wajar digunakan sebaik2nya. Good luck Harimau Malaya!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Merentasi Sempadan Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama
Malaysia boleh menang punya, cuma nak kena 100% team play yang mantap.
Curahan rasa Kereta Sewa Shah Alam @ ..Kereta Sewa Kota Damansara Lokasi Terbaru Perkhidmatan Kereta Sewa
Kekuatan Harimau Malaya terletak pada kekuatan semangat penyokong2nya ….minta semua penyokong setia Harimau Malaya turun ke Stadium Shah Alam Ahad jam 8.00 malam ni utk perlawanan separuh akhir pertama Malaysia vs Vietnam…
Curahan rasa JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI @ ..JAWATAN KOSONG TAN CHONG MOTOR
tahniah Malaysia kerana layak ke pusingan separuh akhir menentang Vietnam nanti….buat yang terbaik Harimau Malaya….
Curahan rasa NOREHAN SAAD @ ..MENYUSUKAN BAYI PRAMATANG , BAGAIMANA CARANYA ?
Tahniah pasukan Bola Sepak Malaysia kerana berjaya membenam pasukan Singapore 3-1… Semoga bermain dengan lebih cemerlang lagi dalam pusingan seterusnya.. Sehingga berjaya menjulang AFF Suzuki Cap 2014…
Curahan rasa Anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Perlawanan yg mendebarkan sehingga keakhir saingan…harap2 kali ini juga akan menang selesa.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Merentasi Sempadan Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama
Semoga kita menang dengan vietnsm dan balas dendam semula dengan thailand kat final.
Curahan rasa guliroket @ ..Dah baca buku Soccernomics?
memang Malaysia kene jadi juara…barulah rakyat Malaysia dapat balik semangat untuk sokong harimau malaya
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full specs Nokia N1
Ya Betul!! Saya pun harap begitulah.. Semoga kita berjaya menjulang AFF Suzuki Cap 2014…
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi Terbaru Isteri Saya, Cantik Tak? (Bahagian 48)
Laluan separuh akhir sama spt tahun 2010… Mungkinkah Malaysia akan juara juga spt di tahun 2010 tersebut? Semoga berjaya!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Merentasi Sempadan Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama
Insya Allah. Ayuh Harimau Malaya bangkit semula dan julang piala AFF Suzuki
tahniah pada yang menang..hehe walau mak jemah memang bukan peminat bola sepak..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Ibu Darah O Berisiko Anak Kena Sakit Kuning?
Hehe tak apa, walaupun minat atau tak. Jom kita sokong Malaysia tanah tumpahnya darahku
Tahniah malaysia! Saya team Malaysia tetap bersama mu. Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi..
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..RAHSIA KULIT CANTIK IBU BERANAK DUA PERSIS ANAK DARA
kira2 siapa yg bakal jadi pemenang yah ???
http://goo.gl/z0jbbI
teruskan berjuang malaysia..dulu minat jugak bola..sekarang tak tengok..tapi tetap sokong.. 🙂
Curahan rasa zaza zehra @ ..Kerepek Pisang Tanduk Dari Laila Crispy Chips & Taste
semoga Malaysia terus mengorak langkah kejayaan..jom sokong Malaysia ramai-ramai
Curahan rasa Kakiblog @ ..Tips Kemaskini Blog
Wow! Sangat2 hebat pemain2 bolasepak Malaysia ni! Dari tidak berminat dengan bola, terus minat jadinya saya. Review terbaik!
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Pemenang Segmen Jom Rumikan Ayat ini
Tahniah pemain bola sepak yg telah mengharumkan Malaysia! Kalian memang hebat!
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Kepala panas, rambut kena bakar
Tahniah Malaysia…
Hopefully menang dengan vietnam pulak lepas nie…
Dapat final, satu langkah untuk dapat cuti free… he he
Curahan rasa fazrol @ ..Hari pertama minyak tanpa subsidi!
Tahniah kepada Harimay Malaya sebab melayakkan diri ke separuh akhir, semoga berjaya sehingga ke perlawanan akhir
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Masalah Whitehead dan Blackhead Bukan Lagi Igauan!
insyaAllah,,,sama2 kita doakan yg terbaik utk harimau malaya….go go go harimau malaya!!!!!
Curahan rasa hafizmd @ ..Apa Keputusan Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir Piala Suzuki AFF?
Ya itulah sewajarnya… Doakan kejayaan dan memberi sokongan yg tidak berbelah bagi…
Selamat berjuang Harimau Malaya!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Merentasi Sempadan Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama
Comments are closed.