Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku memang seorang peminat sukan bola sepak. Kalau sebelum ini hangat dengan pertandingan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil yang dijuarai oleh pasukan feberet aku iaitu Jerman. Baru-baru ini pasukan negeri kelahiran aku JDT tewas kepada Pahang pada Final Piala Malaysia 2014. Manakala pasukan kasayangan aku Arsenal masih terumbang ambing di pusingan pertama BPL 2014/15 dan mengharapkan prestasi akan meningkat sehingga menjulang piala pada akhir musim.
Kali ini peminat bola sepak Asia Tenggara dihidangi dengan kehangatan AFF Suzuki Cup 2014. Aku sentiasa memerhati perkembangan pasukan Harimau Malaya sejak menjadi juara AFF Suzuki Cup 2010 menewaskan Indonesia. Untuk AFF Suzuki Cup 2014 pasukan bola sepak Malaysia telah diundi dalam kumpulan B bersama pasukan Singapore, Thailand dan Myanmar bermain di Stadium Jalan Besar Singapore. Kumpulan A terdiri dari pasukan Vietnam, Indonesia, Laos dan Filipina yang bermain di Stadium Hang Day Vietnam.
Keputusan AFF Suzuki Cup 2014 Kumpulan A
- Filipina vs Laos : 4 – 1
- Vietnam vs Indonesia : 2 – 2
- Filipina vs Indoensia : 4 – 0
- Laos vs Vietnam : 0 – 3
- Vietnam vs Filipina : 3 – 1
- Indonesia vs Laos : 5 – 1
Keputusan AFF Suzuki Cup 2014 Kumpulan B
- Malaysia vs Myanmar : 0 – 0
- Singapore vs Thailand : 1 – 2
- Malaysia vs Thailand : 2 – 3
- Myanmar vs Singapore : 2 – 4
- Singapore vs Malaysia : 1 – 3
- Thailand vs Myanmar : 2 – 0
Untuk kumpulan A, pasukan Vietnam dan Filipina sudah melayakan diri ke Separuh Akhir AFF Cup 2014 manakala untuk kumpulan B penentuan Singapore vs Malaysia akan menjadi penentuan untuk mengiringi Thailand. Aku dan semua penyokong Harimau Malaya sangat-sangat mengharap pasukan Malaysia dapat menewaskan Singapore kerana kemenangan sahaja akan melayakan ke Separuh Akhir AFF Cup 2014. Semuga Dollah Salleh akan dapat menggunakan strategi yang betul untuk menentang Singapore yang hanya mengharap seri sahaja.
Aku tetap bersama Harimau Malaya sebagai mana aku setia dengan Arsenal dimasa senang dan susah. Jangan hanya memuji ketika menang tetapi memaki seranah apabila tewas. Pasukan bola sepak yang hebat tidak boleh dibina sekelip mata tetapi memerlukan masa yang panjang. Semuga JDT akan menjadi satu pasukan kelab yang akan mengerakkan kemajuan bola sepak Malaysia.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Perlawanan Malaysia vs Singapore memang sentiasa panas terutama apabila penyokong Harimau Malaya tidak dibenarkan menyokong dengan ramai.Alhamdulillah dengan jaringan Mohd Safee Mohd Sali (minit ke-61), Safiq Rahim (penalti-minit ke-91), Indra Putra Mahayuddin (minit ke-94) telah berjaya membenam Singapore dan membawa Malaysia ke Separuh Akhir menentang Vietnam pada 7/12/2014 di Kuala Lumpur dan pada 11/12/2014 di Vietnam
Video review perlawanan Singapore vs Malaysia
- Filipina vs Thailand : 0 – 0
- Malaysia vs Vietnam : 1 – 2
Jadual Separuh Akhir Kedua AFF Suzuki Cup 2014
- Thailand vs Filipina : 3 – 0
- Vietnam vs Malaysia : 2 – 4
Jadual Akhir AFF Suzuki Cup 2014
- Thailand vs Malaysia : 2 – 0
- Malaysia vs Thailand : 3 – 2
Tak ada rezeki untu Harimau Malaya setelah tewas aggregat 3 – 4.
Cuba lagi 2016.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
527 Comments
tak sabar pula aku nak tunggu aksi separuh akhir lawan vietnam nanti..semoga harimau malaya menang
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Respek Ultras Malaya
Betul tu, semoga ada lah harapan untuk Harimau Malaya membaham Vietnam pula nanti
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pencuci Pinggan Shaklee Melembutkan Kulit
lately memang tak sempat sangat nak tengok tv.. bola pun tah ke mana mana…
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Syarat untuk berjaya dalam perniagaan Amway
semoga semangat harimau malaya kembali meningkat…
semoga dapat jadi juara untuk musim kali ni..
Curahan rasa maria @ ..Tips Elak Anak-Anak Bergaduh Supaya Tenteram Rumahtangga
hoho..
tahniah pada yang menang dan layak ke separuh akhir.
tahniah juga pada malaysia yang berjaya layak juga walaupun nampak tipis je peluang hari tu.
Curahan rasa titan @ ..Say NO to Sos Tomato.
Memang nampak ke’tipis’an Harimau Malaya nak baham Singapura hari tu, tapi mungkin dah rezeki jadinya Malaysia menang juga
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ekstrak Beech Tree Bud Memperlahankan Penuaan
Chaiyok Malaysia…semoga dapat menewaskan Vietnam weekend ni..bangun,bangun, bangun harimau bangun..jangan tidur lagi…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Mesej Cinta dari Maya Karin
Dalam tak sanggka tuh hebat rupanya Malaysia nih kan… Ingatkan takder harapan dah… Go..Go cayokkkk Malaysiaaa…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Bersabarlah
tahniah pasukan Malaysia kerana memberi harapan untuk mara ke peringkat seterusnya!
Curahan rasa Kakiblog @ ..Cari Jodoh Dalam Blog Hero Borneo
Baru rasa bertambah semangat kembali selepas Harimau Malaya bangkit hari tu…Good Luck Harimau Malaya !
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat
Baru rasa semangat nak menonton bola sepak semula. Kalau tak memang tak ingin nak tengok 🙂
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ekstrak Beech Tree Bud Memperlahankan Penuaan
terbaik! insyaAllah peluang tetap ada untuk menang separuh akhir seterusnya layak ke final….yeaaaah!!!!!!!
Curahan rasa hafizmd @ ..Apa Keputusan Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir Piala Suzuki AFF?
Good luck team Malaysia untuk semi final. Do the best!
Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..Web Diserang Malware
Terujat sungguh saya masa Malaysia score gol last minit tu. Ingatkan takde peluang menang dah. Mujurlah pengadil bagi tendangan penalti.
Curahan rasa Ammar @ ..APA ITU AKTA HASUTAN 1948
Betul tu. Ingatkan tidak dapat bolos. Rupanya, bijak dia memperdayakan penjaga gol lawan.
Curahan rasa Vander Good @ ..Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Semoga Malaysia menang akhir nanti ya. Kekalkan momentum prestasi yang bagus itu.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Persediaan Persekolahan Anak
Mereka kena kekalkan rentak kemenangan ketika bertemu dengan pasukan vietnam nanti.
Curahan rasa Vander Good @ ..Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
syukur berhasil juga untuk ke semi final..moga2 ada harapan cerah untuk kembali rampas takhta juara…
Curahan rasa maria @ ..Cara Tambah Selera Makan Anak Supaya Tidak Lagi Disindir Kemetot
Nampaknya ada peluang kita rakyat malaysia untuk melihat piala tu dibawa ke negara kita.
Curahan rasa Vander Good @ ..Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Memang terbaik Team Harimau Malaya ni. Skrg viral #keeperkatmana versi #Awakkatmana. Sy suka dgr berulg2 kali. Best video tu 😀
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Pengalaman mendaftar syarikat perniagaan
haha..memang terbaik sapa yg mula2 dapat idea #keeperkatmana tu..klaka habis..
Curahan rasa maria @ ..Cara Tambah Selera Makan Anak Supaya Tidak Lagi Disindir Kemetot
Memang menjadi viral di laman sosial. apapun, perlawanan antara malaysia dan singapura memang terbaik.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
bertemu Vietnam ni pun bukan jalan yang senang…Malaysia perlu menang besar untuk bekal bertandang ke bemain di tempat mereka pula
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Ya, malaysia perlu menang ke atas vietnam. Sebab vietnam memang hebat dalam bola sepak ni.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
Comments are closed.