Kenapa Qurban di Kemboja

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai kawan-kawan tanya kenapa perlu qurban di Kemboja kenapa tidak di Malaysia. Jawapannya umat Islam di Kemboja lebih memerlukan berbanding kita. Biasa berlaku di Malaysia selepas musim haji, peti sejuk penuh dengan daging qurban sehingga disimpan berbulan-bulan. Di Kemboja mendapat sebahagian daging qurban seperti mendapat emas yang sangat berharga nilainya. Mereka yang miskin hanya makan daging setahun sekali itu pun kalau dapat bahagian daripada korban dilakukan di kampung mereka.

rumah atas air di kemboja

masyarakat rumah rakit di kemboja

Lihat sahaja gambar-gambar pengalaman kami memziarahi Kampung Chananng, sebuah perkampungan di atas air di Tasik Tonle Sap. Kami perlu menaiki sampan lebih kurang 30 minit untuk sampai di perkampungan ini untuk menyerahkan sumbangan beras hadiah daripada berbagai persatuan dan individu. Melihat pakaian yang dipakai masyarakat di sini terasa sedih entah berapa tahun tidak bertukar. Kebanyakan pakaian ini adalah sumbangan dermawan dari Asia Tenggara. Kepada yang berminat boleh hubungi kami tetapi pastikan memberi pakain yang berkualiti bukan yang sisa-sisa koyak rabak.

wanita kemboja di rumah rakit
Klik gambar ini untuk melihat lebih banyak gambar lawatan kami di Kampung Chananng.

Saksikan video penjelasan mengapa perlu korban di kemboja dan aktiviti eQurban membantu umat Islam Kemboja di SINI.

Ibadat korban sangat dituntut dalam Islam. Dengan pengalaman beberapa tahun dalam mengurus ibadat qorban & aqiqah kini eQurban.com mengajak umat Islam utk melaksanakan ibadah tersebut pada tahun ini. Dengan hanya RM320 anda bukan sahaja dapat membantu umat Islam Kemboja tetapi lebih penting dapat membantu diri sendiri di alam akhirat kelak. Jangan bertangguh untuk korbankan duit anda, korek akaun bank biar kosong di mata kasar tetapi kaya raya di sisi ALLAH. Terbukti umat Islam yang sentiasa ambil bahagian dalam qorban tidaklah miskin malah bertambah melimpah ruah rezeki mereka. Buangkan perasaan tidak ada duit maka tak nak buat ibadah qorban kerana sebenarnya ibadah qorban adalah pembuka pintu kepada rezeki yang tidak disangka-sangka.

“Aku (atau para sahabat) telah bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, apakah udh-hiyah(korban) itu ?, Nabi menjawab: “Inilah sunnah ayahmu Nabi Ibrahim.” Mereka berkata: “Apakah yang kita peroleh dari udh-hiyah (korban) ?” Nabi menjawab: “Di tiap helai bulunya, kita memperoleh satu kebajikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid ibn Arqam).

Perlaksanaan ibadah qorban, aqiqah & nazar 2014:

  1. Qurban Lembu dan Kambing di Kemboja
  • 1 bahagian lembu RM320
  • 1 ekor lembu RM2240
  • 1 ekor kambing RM580

Kepada rakan Blogger yang ingin membantu mempromosi boleh juga mendaftar sebagai rakan affiliate, ada sedikit komisen disediakan.

 

Qurban & Aqiqah di Kemboja

 

 


Spread the love

321 Comments

  1. Berapa sgt harga yang dilaburkan utk korban di Kemboja ini jika dibandingkan dgn kebaikan yg diperolehi melalui bantuan ikhlas kita buat saudara di sana. Semoga Allah memberkati segala usaha yg dilakukan… aamiin..

    1. Aku pun ada terfikir tentang perkara ni. Walaupun rata2 org Malaysia mewah dgn daging lembu lepas raya haji, masih ada ceruk2 pedalaman yg tak dpt lgsg daging; Sabah/Sarawak to name few. Esp Masjid kt kampung2 pun ade berapa kerat je lembu/kambing yg dikorbankan.

      But then its now about “korban di Malaysia atau di Kemboja/Mekah yg lebih baik”, kalau boleh berkorbanlah ke seluruh dunia. Kalau tak boleh, apa2 yg kita yakin sampai kepada org yg sepatutnya.

      Cuma kadang banyak betul agensi di Malaysia yg buat macam2 pakej utk sedara mara seIslam kita di luar negara, sampai ada yg iklan di FB Ads & Google Adwords pun. Agensi2 yg fokus org2 susah di negara kita sepertinga tidak sepopular mereka. Itu yg buat aku tertanya2.

        1. Betul tu, bila baca apa yang Tuan Denaihati ceritakan dalam entri ini, kesian sangat dengan orang miskin di Kemboja ini. Sebab itulah kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
          Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Kuey Teow GorengMy Profile

  2. Betul tu, kehidupan masyarakat Islam di Kemboja amat menyentuh perasaan dan amat memilukan bagi kita saudara Islam di Malaysia. Pensyarah saya pernah menceritakan pengalaman beliau apabila menyertai satu aktiviti kampus sempena hari raya qurban di Kemboja. Situasi yang sama seperti DH ceritakan. Mereka hidup di atas bot kecil.. Makan, minum.. tidur.. ditempat yang sama. Bila pasukan kampus kami sampai dan apabila mereka mengetahui hajat kami kesana, mereka merasa sangat bersyukur dan berterima kasih di atas keprihatinan kami keatas nasib mereka. Pensyarah pun ada cakap yang mereka hanya makan daging lembu setahun sekali sahaja. Itupun pada hari raya qurban jika ada pasukan kemanusian ataupun mana-mana agensi yang datang menziarahi ‘penempatan’ mereka.
    Curahan rasa Anies Msletoes @ ..ICYDKMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!